ch 09.

245 4 0
                                    

Setelah seminggu menghabiskan masa di Kanada atas urusan kerja, akhirnya Rafael dan Rania pulang ke Seoul. Mereka disambut oleh Melissa, Raisya dan Raissa. "Daddy!!" Raissa berlari mendapatkan ayahnya itu. "Rania" Melissa mendapatkan Rania. Rania memeluk Melissa. "Rania rindu mommy" ucap Rania. "Mommy pun rindu dengan Rania" balas Melissa sambil mengucup lembut dahi anaknya itu. "Kak Rania" Rania menoleh. Raisya sudah merentangkan tangannya. "Raisya rindu dengan kak Rania" Rania tersenyum. "Kak Rania pun rindu dengan adik kak Rania yang manis ni" balas Rania. "Eeee tak nak peluk adik ke?" rengek Raissa. Rania dan Raisya ketawa. "Mari sini" Rania memeluk kedua adiknya itu. Rafael dan Melissa tersenyum melihat ketiga2 anak perempuan mereka itu. Mereka bertiga sememangnya sangat rapat. Susah untuk pisahkan mereka bertiga. Teringat kembali saat Raissa mula2 bercinta dengan Aaron. Aaron disoal dengan soalan bertubi dari Rania dan Raisya demi untuk memastikan bahawa Aaron benar2 cinta dan boleh menjaga Raissa sebaik2nya.

"Maaf Tengku" Rafael menoleh ke belakangnya. "Saya dan crew saya minta diri untuk pulang ke rumah Tengku" ucap Adam. "Baiklah.. terima kasih ya.. hati2 di jalan" balas Rafael. Adam mengangguk dan berlalu meninggalkan keluarga itu. "Daddy suka dengan Adam tu mommy.. baik, sopan, hormat orang walaupun wajahnya agak dingin dan kelihatan agak sombong tapi nampak sesuai dengan Rania" ucap Rafael. Melissa memerhatikan langkah Adam sebelum menoleh semula ke arah suaminya. "Daddy pun tahu Rania tu macam mana.. kita suka tapi belum tentu Rania pun suka" balas Melissa. Rafael dan Melissa tahu betapa susahnya untuk mendekati anak sulungnya itu. Berbeza dengan Raisya dan Raissa. Rania hanya akan bersifat terbuka dengan keluarga dan orang yang dia rasa selesa serta boleh dipercayai. Dia akan menjadi seorang yang sangat tertutup jika berhadapan dengan orang luar. Mereka berlima kembali ke vila.

"Mommy, daddy ada belikan hadiah untuk mommy" ucap Rafael. Melissa yang sedang membuat air untuk suaminya langsung menoleh ke belakang. "Hadiah?" tanya Melissa. Rafael mengeluarkan kotak Prada dan menghulurkannya kepada Melissa. "Daddy! Mommy dah lama nak handbag ni.. mana daddy tahu?" tanya Melissa. "Rania yang tolong pilihkan mommy" jawab Rafael.

My PilotWhere stories live. Discover now