ch 35.

323 3 0
                                    

Rania dan Adam sudah tinggal sendiri. Rania sendiri memujuk kedua orang tuanya untuk mengizinkan mereka tinggal di penthouse milik Adam. Raisya juga sudah tinggal di apartment milik Daniyal. Cuma Raissa sahaja yang masih tinggal di mansion Rafael. Ini disebabkan permintaan Melissa sendiri untuk Raissa tinggal bersama mereka. Aaron juga tiada masalah tentang itu kerana memikirkan pekerjaannya yang selalu on call tak tentu masa jadi jika mereka tinggal di mansion Rafael, Aaron tak perlu risau akan keselamatan keluarga kecilnya itu.

Adam memeluk Rania dari belakang ketika isterinya itu sedang sibuk menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Adam menutup api dapur dan mengangkat tubuh Rania untuk duduk di atas minibar. Rania melingkar tangannya pada leher Adam. "Kenapa hmmmm?" tanya Rania. "Biar begini sayang.. biy saja nak bermanja dengan sayang sebelum biy pergi kerja" pinta Adam.

Adam menghantar Rania ke pejabat ayah mertuanya sebelum neluncur laju ke airport

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adam menghantar Rania ke pejabat ayah mertuanya sebelum neluncur laju ke airport. Rania mula merasa tidak sedap badan sejak pagi tadi tapi dia tidak memberitahunya kepada Adam. Rania berbaring sebentar di atas sofa bilik pejabatnya. "Rania" Rafael muncul dari balik pintu bilik Rania. Dia melihat Rania sedang tidur. "Rania.. bangun sayang.. kita makan tengah hari sama2" Rania membuka matanya. "Daddy" Rafael mengangguk. Rania bangun dari pembaringannya. Seketika dia merasakan pandangannya berputar. "Daddy" panggil Rania sebelum pandangannya gelap. "Rania.. Rania.. bangun sayang.. Rania.. kenapa ni sayang.. Rania.. Rania" Rafael menepuk lembut pipi anak sulungnya itu.

Adam langsung bergegas ke hospital setelah dimaklumkan oleh Rafael tentang Rania. "Rania mana daddy? Bagaimana keadaan Rania dad?" tanya Adam. "Sabar Adam.. doktor belum keluar lagi" jawab Rafael.
Cklek!
Adam langsung bangun dari duduknya. "Bagaimana keadaan isteri saya doktor?" tanya Adam. "Isteri tuan dalam keadaan baik.. bayi dalam kandungannya juga dalam keadaan baik.. cuma isteri tuan perlu rehat secukupnya memandangkan kandungannya masih baru lagi" jelas doktor. "Isteri saya mengandung?" tanya Adam. "Ya tuan.. isteri tuan mengandung.. kandungannya sudah memasuki 3 bulan" jelas doktor lagi. Adam memeluk ayah mertuanya itu. "Adam akan jadi ayah.. daddy, Adam akan jadi ayah" ucap Adam. Rafael menepuk bahu menantunya itu sambil tersenyum bahagia.

My PilotWhere stories live. Discover now