Ketika ini, Rafael, Rania dan Melissa dalam perjalanan ke New York untuk pertemuan dengan salah seorang pelabur syarikat Rafael. "Is there anything you want Tengku?" tanya Mika kepada Rania. "Nope" jawab Rania. Mika masih berusaha untuk dekat dengan Rania tanpa mengetahui bahawa hati Rania sudah dimiliki oleh Adam. Tiada siapa yang mengetahui akan hubungan antara Adam dan Rania melainkan Daniyal dan keluarga Rania sendiri. Adam merupakan anak yatim piatu. Orang tuanya meninggal dalam kemalangan jalanraya ketika hendak pulang dari sebuah majlis keramaian.
"Mommy.. daddy.. Rania masuk bilik sekejap ya" Melissa dan Rafael mengangguk. "Tengku Rania" panggil Mika ketika Rania melintasi area penyediaan makanan. Rania menoleh. "Tengku mahu ke mana?" tanya Mika. "Why?" tanya Rania. "Im just asking" Rania tidak menjawab. Dia berlalu meninggalkan Mika. "Sombong betul" gumam Mika. "Tengku Rania tu tak sombong pun.. cuma kau tu yang terlampau galak sangat" ucap Naura.
Mereka tiba di New York setelah mengharungi 13jam lebih perjalanan. Keluarga Rafael terus menuju ke hotel penginapan mereka. Begitu juga dengan crew kapal. Mereka menginap di hotel yang sama dengan keluarga Rafael. "Ini kad bilik Rania.. Rania pergi la berehat sana.. mommy dengan daddy nak keluar sekejap" ucap Melissa pada anak sulungnya itu. Rania mengangguk. Dia berjalan menuju ke lift untuk naik ke atas. "Hai Tengku Rania" sapa Mika. Rania tidak memberi respon.
Ting!
Pintu lift terbuka. Rania masuk ke dalam lift diikuti oleh Mika, Naura, Sarah, Daniyal dan Adam. Mika cuba merapatkan dirinya pada Rania. Rania sudah terhimpit pada dinding lift. "Excuse me Mr. Mika" panggil Rania. "Yes Tengku Rania" Mika menoleh sambil tersenyum kerana namanya dipanggil oleh Rania. "Boleh berdiri jauh sikit?" tanya Rania. Adam melirik ke arah Mika. "Oh maaf Tengku" Mika beralih dari posisinya berdiri. Rania keluar dari perut lift setelah tiba di lantai dimana biliknya berada. "Have a nice rest Tengku" ucap Mika. Rania terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. "Mika, can you please behave a bit? You just make her feel more and more uncomfortable with you" ucap Naura. "Well" Mika mengangkat bahunya. Adam dan Daniyal saling menatap antara satu sama lain.
YOU ARE READING
My Pilot
RomanceKisah percintaan antara Adam Hariss, juruterbang peribadi keluarga diraja dan Tengku Rania Alyssa, seorang puteri dari keluarga kerabat diraja.