Prolog

172 7 0
                                    

Hi! Sebelum anda mulakan pembacaan, saya ingin minta maaf jika terdapat kekurangan pada jalan cerita saya. Maaf juga jika jalan cerita kurang menarik, saya cuma meluahkan idea yang terbuku lama diminda.

Akhir kata, penulisan saya tidak sempurna. Jadi jika ada typo atau salah penggunaan bahasa atau salah maklumat, boleh maklumkan pada saya (dm) melalui Instagram.

Enjoy reading!🤍







Dia keluar dari dewan kuliah dengan perasaan cukup lega.Segala kesusahan bertungkus lumus dan bersengkang mata untuk mengulang kaji mata pelajaran berakhir jua.

"Akhirnya berakhir juga penat lelah kita selama ni.Moga membuahkan hasil." sapa Ariyana dari belakang.

"Insyaallah." Dalia mengambil begnya dari tangan Ariyana dan menyandang beg itu.

"Apa plan kau lepas ni?"

"Kerja.Aku nak cari kerja dan bawa ibu aku tunaikan umrah.Kau pula?" balas Dalia.

"Aku nak kerja.Lepas itu... Kalau jodoh dah sampai aku nak kahwin." Ariyana ketawa sehingga terkeluar air mata.

"Biar betul?Ada calon ke?" Dalia turut ketawa terbahak-bahak sambil menepuk belakang badan Ariyana.Ariyana memang tidak pernah bercerita yang dirinya mempunyai kekasih membuatkan Dalia menganggap itu hanyalah gurauan.

"Haa.Yang itu..."

Tidak sempat Ariyana mengahabiskan ayatnya, perbualan mereka terhenti apabila Dalia menerima panggilan telefon daripada ibunya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam ibu.Ada apa call?"

"Kamu dah habis jawab soalan
peperiksaan kan?"

"Dah ibu.Insyaallah nanti orang balik ya."
Dalia sudah lama tidak bertanya khabar dengan keluarganya kerana terlalu sibuk mengulang kaji mata pelajaran untuk peperiksaan akhir tahun.Mujurlah keluarganya faham.

"Baiklah kalau macam tu.Ibu sibuk sikit ni nanti ibu call lagi." talian telefon terus dimatikan Puan Ainah.

Mereka saling berpandangan.Dalia menepuk dahi kerana lupa hendak memberitahu ibunya yang dia sudah selesai menjawab kertas peperiksaan akhir tahun.Dalia jarang sekali terlupa untuk memberitahu perkara penting sebegini tetapi mungkin tekanan peperiksaan akhir tahun yang dia hadapi menyebabkan dia terlupa.

Dalia menghembuskan nafas lega.Semalam merupakan hari paling bahagia untuk dia.Hari graduasi yang dinantikan selama tiga tahun akirnya tiba.Penat lelah dia membuahkan hasil.

Selesai sahaja solat asar Dalia ke ruang makan untuk menjamu selera bersama keluarganya.

"Sedapnya bau.Mesti ibu masak kan?" Dalia menghidu periuk yang berisi sambal udang itu.

"Lebih tepat lagi Kak Syirah dan ibu!" sampuk Insyirah dari belakang.Tawa mereka bertiga bersatu.

Gelagat Insyirah membuatkan Dalia teringat kepada arwah ayahnya.

"Sedapnya!Ibu masak ya?" soal Dalia sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Ya.Tapi lebih tepat chef Azman dan Puan Ainah!" balas Tuan Azman.Mereka semua ketawa terbahak-bahak.Tuan Azman memang kerap membantu isterinya memasak di dapur.

"Ha berangan apa tu?" Insyirah menepuk bahu Dalia.

Dalia menggaru kepala yang tidak gatal.Perangai kakaknya sama seperti arwah ayahnya membuatkan rindu kepada arwah ayahnya membuak-buak.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now