Bab 16

26 1 0
                                    

Keretanya dipandu laju di jalan raya. Berjaya memintas kereta Insyirah. Semestinya dia ingin cepat pulang ke rumah. Walaupun agak berat untuk dia meninggalkan rumah kampungnya.

Jalan yang tidak licin membuatkan Dalia sedikit teruja. Membolehkan dia untuk memecut laju!

Deringan di telefon menyebabkan dia terpaksa memperlahankan kelajuan keretanya. Tangan meraba-raba beg tangan. Mencari telefon pintarnya.

Butang hijau ditekan.

"Lia. Jangan bawa kereta laju-laju kita orang jat belakang je ni." pesan Puan Ainah. Hati sedikit gelisah melihat kereta anaknya yang laju.

"Ye! Tadi tu terlaju... Eh orang bawa kereta ni mana boleh main telefon."

"Bawa betul-betul."

"Yee ibuu."

Panggilan telefon dimatikan. Dia sambung memandu dengan kelajuan biasa. Tidak boleh membawa laju, nanti ibunya dibelakang marah.

DALIA membelai Si Vanilla. Hati sedikit tenang apabila mereka hanya datang untuk hantar kucingnya.

"Nasib tak singgah, kalau tak aku kenalah hadap si Daniel tu." Dalia mengeluh.

"Dalia..." sapa Insyirah. Dia melabuhkan punggung disebelah Dalia.

"Baik eh Daniel tu. Rajin betul nak tolong jaga kucing kau! Kau yang suruh dia jaga ke?"

"Lia nak suruh dia? Memang taklah! Terpaksa je! Ariyanalah... Dia cakap boleh tolong jaga, tiba-tiba Daniel pula yang jaga. Lia kalau boleh memang tak nak langsung. Tapi dah ibu tak bagi terpaksalah..."

"Ala jujur jelah! Kau dah suka dia kan? Tak apa bagus tau! Nanti aku bagi tahu ibu, biar cepat kahwin." Insyirah ketawa jahat.

"Kak Syirah!" jerit Dalia. Lengan Insyirah ditepuk sekali.

"Aduh, sakitlah! Janganlah marah Lia. Benda baik apa salahnya?"

Dalia menjulingkan mata ke atas. "Kak Syirah ni! Orang dah tak suka dahlah. Buat apa nak paksa?"

"Aku tahu, kau sebenarnya suka dia kan? Ego je lebih."

"Kau dengan dia pun macam dah kenal. Mesti pernah jumpa kan? Ha tulah tak nak cerita dekat aku..." sambung Insyirah.

"Ala Lia jumpa dia dekat kedai je. Bukan kenal pun. Kak Syirah ni memang tak ada topik lain eh? Asyiklah cakap pasal Daniel je!" Dalia menggelengkan kepalanya.

"Apa yang bising ni? Macam budak-budak!" marah Puan Ainah yang baru sahaja keluar daripada biliknya.

"Tak ada apa pun ibu..." balas Insyirah dengan lembut.

"Daripada bergaduh baik kau orang pergi solat! Dah pukul 5:30 dah. Solat tu dapatlah juga pahala daripada dok borak entah apa." Puan Ainah memberi teguran.

"Syirah dah solat. Lia ni je..."

"Eh pandai-pandai je. Lia dah solatlah. Daniel dengan aunty balik je tadi terus Lia solat." Dalia membalas.

"Ye eh. Ha baguslah." Insyirah menggaru kepala yang tidak gatal.

"Baguslah kalau dah solat. Dah besarkan. Solat tu wajib. Jangan leka sangat dengan dunia. Kita tak tahu bila kita mati. Boleh jadi esok, malam ni. Bila-bila je. Jadi, selagi ada peluang nak buat kebaikan tu buat! Jangan leka." Puan Ainah bersuara. Panjang lebar dia menasihati.

Dalia menelan air liur yang terasa kesat menuri kerongkong. Ibunya menyata kan kebenaran yang tidak dapat disangkal. Kematian tidak boleh dijangka, tidak boleh ditunda. Ianya adalah sebuah rahsia yang paling besar dalam hidup kita.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now