Bab 24

24 1 0
                                    

Mereka masuk ke dalam kedai makan yang berada dalam kawasan itu. Kedai biasa sahaja tetapi harga makanannya mahal benar!

Mereka duduk di meja yang berada di penjuru kedai. Ramai juga pelanggan di dalam kedai ini.

Dalia hanya memesan air teh tarik dan nasi ayam. Sementara Ariyana memesan nasi goreng ayam dan air kosong.

"Lepas ni kau nak jalan-jalan ke nak balik hotel dulu?" tanya Ariyana.

"Hm, aku tak kisah. Nak balik hotel dulu boleh, nak pergi mall  pun boleh." Ikutkan hatinya memang nak balik berehat. Nak tidur puas-puas akibat penat memandu.

"Balik hotel lah eh? Aku nak tidur!"

"Punya lama tidur dalam kereta tadi pun tak cukup eh?" Dalia menggeleng.

"Tak weh! Penat." Ariyana ketawa kecil.

"Esok nak jalan mana je?" tanya Ariyana.

"Tak fikir lagi. Aku tak kisah, pergi IOi lah nak?"

"Eh boleh!" jawab Ariyana riang.

"Aku nak cuba satu kedai air dekat situ. Orang kata sedap."

"Boleh je." balas Ariyana ringkas.

Mereka menikmati makanan dengan senyap. Tanpa bertukar-tukar cerita.

Sesekali Dalia berkira-kira tarikh pulang Daniel. Tidak sabar dia nak tanya soalan yang dipendam lama. Soalannya mudah, namun nak dapatkan jawapan susah.

Terkadang bibir automatik mengukir senyuman bila teringat pada Daniel. Teringat pada Daniel yang sering bagi hadiah.

"Ha ni dah kenapa dari tadi dok senyum-senyum?" Ariyana menjongketkan sebelah keningnya.

"Bila masa lah pula aku senyum ni? Kau salah nampak ni." nafi Dalia.

"Helo aku tak rabun lagi tau! Mata aku sihat." Ariyana menjulingkan mata ke atas.

"Mesti pasal Daniel kan? Teruk kau ni!" tawa dia berderai. Dia tahu Dalia sedang fikir tentang Daniel.

"Tak ada masa." Dalia masih menafikan.

"Tak apalah Lia. Mesti kau tengah teringat sweet moment kau dengan dia kan? Yelah orangnya tak ada memori jelah ada."

"Kita orang bukanya selalu jumpa. Mana datang sweet moment nya?" Dalia menggeleng.

"Eleh."

"Eh betullah. Kita orang ni tak pernah keluar berdua. Mesti ada orang lain sekali tau. Lainlah kalau kau dengan Maliq... Setiap minggu dating!" jawab Dalia.

"Mana ada..." balas Ariyana.

"Sedap tak kedai aiskrim kau pergi minggu lepas?" sindir Dalia. Diringi bunyi ketawa.

"Okey, memanglah aku dengan Maliq ada jumpa. Tapi bukanlah setiap minggu pun." Ariyana memberi alasan.

"Suka hatilah. Tapi mak aku pesan, kalau berdua selalunya ada yang ketiga."

"Siapa?" soal Ariyana penuh tanda tanya .

"Syaitonn!" Dalia ketawa kecil.

"Laa aku fikir yang ketiga tu manusia."

DARI tadi Dalia hanya terbaring di atas katil sambil bermain telefonnya. Toleh ke kiri, Ariyana sudah Lena tidur.

Tiba-tiba rasa lapar. Melihat jam sudah pun menunjukkan pukul 1:00 malam. Sudah tengah malam. Terlintas idea untuk beli makanan di kedai berdekatan. Dia yakin kebanyakkan dah tutup. Jadi dia buat keputusan untuk pergi ke kedai runcit 24 jam sekitar situ.

Walaupun perjalanan mungkin agak jauh, tambah lagi dengan kawasan yang dia tidak biasa pasti lagi lamalah masa untuk ke situ. Dia tetap hendak ke kedai. Perut sudah berbunyi!

'Dapat mi segera pun sedap ni!" bisik hati Dalia. Walaupun sudah menikmati sepinggan nasi ayam petang tadi, dia masih terasa lapar.

Dia bangun daripada katil dan bersiap. Pakai yang mudah aje. Sarung cardigan dan tudung sahaja memandangkan bajunya sudah labuh. Seluar pun longgar.

Dia mencapai kunci keretanya yang diletakkan atas meja. Perlahan-lahan dia menapak ke arah pintu. Daun pintu dikuak perlahan, tak mahu ganggu rakannya yang sudah tidur.

KERETA nya dipandu dengan perlahan. Disebabkan dia tak biasa dengan jalan ni dia perlu berhati-hati. Risau terlepas lorong atau salah jalan.

Dia fokus memandu. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Seperti ada orang yang mengekorinya. Dia kerling cermin pandang belakang. Hanya ada lebih kurang tiga buah kereta sahaja. Lenggang sungguh jalan di malam hari.

Lampu merah memberhentikan keretanya. Sambil itu dia memerhati keadaan sekeliling. Berhadapan dengannya ada sebuah kereta hitam. Dia berasa takut. Perasaan itu datang tanpa diundang.

Dia rasa macam pernah nampak kereta itu. Tapi tak pasti dimana. Bulu roma berdiri tegak. Sudahlah sini tiada satu pun kereta. Hanya ada kereta misteri itu.

Yang bertambah misteri lagi kereta itu hanya berhenti. Tidak bergerak langsung seolah-olah menunggu dia.

Apabila lampu hijau menyala dia teruskan perjalanan. Dalam hati sudah berdoa agar dijauhkan segala musibah.
Bila semakin dekat dengan kereta itu jantung mula berdegup kencang. Peluh mengalir walhal pendingin hawa keretanya masih berfungsi dengan baik.

Kereta hitam itu mula bergerak seolah menuju ke arah dia. Dia menelan air liur terasa kesat. Walaupun kereta itu bertentangan dan berada dilorong sebelah.

Kereta hitam itu secara tiba-tiba memecut laju ke arah keretanya. Tidak sempat dia mengelak.

"Allahuakbar!" jerit Dalia. Keretanya dirempuh.

Gelap. Pandangannya gelap.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now