Bab 43

15 1 0
                                    

"Dalia, tu suami kau tunggu," kata Ariyana sambil masuk ke dalam keretanya.

Dalia berjalan ke arah kereta suaminya. Dia sempat melambai Ariyana perlahan. Terpaksa dia naik Daniel.

"Assalamualaikum," ucap Daniel. Senyuman manis diberi.

"Waalaikummussalam," jawab Dalia perlahan. Dia masuk ke dalam kereta. Tak rela pun dia suka juga! Tak perlulah dia susahkan Ariyana.

"Awak dah makan ke?" Soalan Daniel memecahkan kesunyian.

"Belum."

"Ni saya ada beli karipap. Makanlah. Tapi jangan sepah. Hehe." Daniel mengambil plastik berisi karipap itu lalu menghulurkan kepada Dalia.

Dalia mengambil walaupun merajuk! Makan tetap makan!

"Terima kasih."

Tipulah kalau hati dia tak terusik dengan Daniel ni. Tapi dia perlu keras hati. Nak tengok sejauh mana Daniel nak pujuk. Dia juga nak tengok sama ada Daniel benar-benar boleh dipercayai lagi atau tak.

Dia perhati Daniel yang memandu kereta. Rasa bersalah pun ada. Dia kerap menyalahkan Daniel. Walaupun dia tahu ini cuma salah faham.

Tetapi salah faham yang memeritkan. Sungguh, sakitnya itu hingga sekarang terasa. Harapnya episod duka dalam kisah hidupnya ini akan berakhir secepat mungkin.

Berat kalau dia nak pikul lama-lama. Tak sanggup.

"Pandang, pandang. Nak cakap, cakap jelah." Daniel bersuara. Dia senyum senget.

Dalia cuak sedikit. Ingatkan Daniel tak perasan. Dia pandang ke luar. Nak maaf kan atau tak? Kenapalah susah sangat dia nak berkeras ni!

Dalia mengukir senyuman. Susah dia nak tahan senyum ni. Dia lihat karipap yang baru sahaja dia makan. Karipap ni ada racun ke apa?

"Karipap tu saya ada sembur sikit. Sebab tulah." Daniel berseloroh.

Tersentak Dalia dibuatnya.

"Awak ni ada ilmu apa sampai boleh baca hati orang?" Dalia berkerut.

"Ilmu cinta," balas Daniel sebelum tawanya meletus.

Dalia menjulingkan mata ke atas. Pick up line lagi! Teringat pula dia sewaktu di London. Waktu dia bahagia.

"Okey... Serius, bila kita dengan seseorang sehari sejiwa, apa yang kita rasa akan sama dengan apa yang orang tu rasa."

"Hmm." Dalia angguk tanda setuju.

"Jadi awak setuju kita sehati sejiwa?" Tanya Daniel. Dia sesekali pandang Dalia disebelah.

"Setuju..." Jawab Dalia spontan.

"Maksudnya awak setuju kita berdua ni percaya antara satu sama lain?"

Dalia angguk.

"Great! Maksudnya awak dah maafkan saya!" Daniel tersenyum gembira.

"Eh, bukan macam tu..." Dalia cuba menafikan. Walaupun hakikatnya, memang benar. Dia dah maafkan Daniel. Berapa lama lah dia boleh ego. Dua hari ajelah nampaknya dia merajuk.

Dia pandang Daniel tak puas hati. Aduh mudah betul dia termakan!

Daniel ketawa tak henti melihat Dalia panik. Senang je nak pujuk! Ingatkan perlu makan masa berhari-hari.

"Gelak ye? Tak apa saya nak sambung merajuk!" Dalia peluk tubuh. Dia cebik bibir.

"Oh ya saya lupa pula," kata Daniel seraya mencapai sesuatu di kerusi belakang. Matanya masih tumpu pada jalan raya. Tetapi tangan masih menggapai.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now