Bab 2

54 5 0
                                    

Tetamu masih belum tiba.Dalia duduk di atas sofa empuk di ruang tamu rumahnya.Dia sudah siap membantu ibu dan kakaknya memasak dan mengemas rumah.

Dia terngiang-ngiang dengan kata-kata Insyirah semalam.Dia memang tidak mempunyai kekasih jadi pasti ibunya akan mencarikan calon untuk dia.

Ketukan di pintu menyedarkan dia dari lamunan.Dia bangun dan membuka pintu.

"Assalamualaikum." salam diberikan oleh Puan Anisa.

"Waalaikummussalam.Jemput masuk Puan." Dalia membuka pintu dengan lebih luas.

Puan Ainah yang dari tadi sibuk bersiap muncul.

"Anisa!Lama tak jumpa." Puan Ainah memeluk kawannya.Sudah lama mereka tidak berjumpa akibat Puan Anisa yang sibuk menguruskan syarikat suaminya.

"Assalamualaikum aunty." Daniel meletakkan tangan di dada dan menundukkan kepala tanda hormat.

"Waalaikummussalam.Dah besar kamu sekarang ya.Dulu jumpa masa kamu sekolah rendah lagi." Puan Ainah ketawa kecil.

"Ni Kak Syirah kan?" soal Daniel sambil menunjuk ke arah Insyirah.

Insyirah mengangguk.

"Yang ni..." dahi Daniel berkerut.

Dalia pula terdiam.Ingin saja dia lari masuk ke dalam bilik tetapi tidak sopan pula.Lagi pun dia perlu menjamu tetamu dahulu baru boleh masuk ke dalam bilik.

"Yang ni Dalia.Mungkin kamu tak kenal. Sebab tak pernah jumpa kan." Puan Ainah menunjukkan jari ke arah Dalia.

Daniel hanya diam memandang ke arah Dalia.

Mereka kemudian masuk ke dalam rumah.Dalia menghidang air kopi yang dibuat tadi.Dia menjemput tetamu untuk minum.

"Sedapnya air kopi ni." puji Puan Anisa sambil meneguk cawan air kopi itu sekali lagi.

"Dalia yang buat aunty.Dia memang pandai bab-bab memasak ni." Insyirah memuji adiknya.

"Patutlah sedap.Dah boleh kahwin ni!" tawa mereka bersatu.Sementara Dalia cuma tersengih malu.

"Ada calon?" soal Puan Anisa.

"Tak ada aunty." Dalia menjawab sambil tersengih.

"Siapa kata tak ada? Ni Daniel ada.Boleh jadi calon." Puan Anisa ketawa terbahak-bahak.Memang niatnya untuk bergurau cuma kalau Dalia sudi apa salahnya.

Dalia terdiam.Dia memandang Daniel.

"Dia?Memang tak lah!" detik hati Dalia.

Daniel hanya memandang ke arah Dalia dan menjeling.

"Dia ni?Tak nak aku." bisik hati Daniel.

Puan Ainah pula hanya memandang ke arah Dalia sambil senyum.Manalah tahu kalau mereka berdua ada jodoh.

"Ha pandang-pandang pula tu.Ada hati ke?" soal Insyirah sambil memandang Daniel.

"Dia ni?Memang tak lah!" ayat itu terluncur dari mulut Daniel.

Semua terdiam.Sementara Puan Anisa hanya menepuk belakang badan anaknya.

"Aku pun tak ada hati dekat kau lah!" Dalia menjeling ke arah Daniel. Dengan tidak sengaja ayat itu terkeluar dari mulutnya.

Dalia meminta izin untuk ke dapur dengan alasan ingin meminum air kosong.

"Ingat aku nak ke dekat dia? Perangai macam tu ee memang taklah!" Dalia membebel seorang diri.

"Depan orang lain bukan main baik. Padahal. Hampeh"

"Nasib baik ada diaorang tadi. Kalau tak memang aku dah bebel sejam Lima puluh minit."

"Mengata aku ke?" soal Daniel dari belakang.

Terdiam Dalia seketika.

"Ni bukan mengata. Ni meluahkan. Kalau mengata aku dah ajak satu keluarga tadi. Lepastu aku cerita betapa tak nak mengalahnya kau. Dahlah tak minta maaf!" balas Dalia. Jelingan tajam diberikan.

"Helo. Siapa cepat dia dapat laa. Ingat apa?"

"Lagi satu kau ni memang suka cakap seorang-seorang ke?" Daniel gelak kecil.

"Aku bukan cakap seorang okey! Aku memang suka luahkan perasaan aku dekat diri aku. Kenapa salah? Tak kan?"
sengaja dia tekan perkataan luah.

"Relax, jangan marah."

"Peliklah kau ni. Benda kecil pun nak dendam sangat." Daniel gelak kecil.

"Pelik apanya. Biasalah! Dahlah meluat aku tengok muka kau." Dalia mengatur langkah ke ruang tamu. Sempat lagi dia menjeling Daniel.

"Eh sebelum kau pergi, mana toilet?"

"Tu." Dalia menunjukkan jarinya ke arah tandas.

"Eh sabar tunjuklah dulu. Nanti aku tersalah masuk bilik pulak."

"Tak adanya. Kat situ ada satu je bilik."
Tanpa menunggu Daniel. Dalia terus bergerak meninggalkan dapur.

SELEPAS tetamu pulang Dalia menghembuskan nafas lega.Dari tadi dia terpaksa hadap muka Daniel.

"Balik pun. Bolehlah baring atas katil!" Dalia gelak.

"Lia." panggil Puan Ainah.

"Ye ibu..." terbatal niat nak bergolek atas katil empuknya.

"Kamu tak nak kahwin ke?"

Dalia diam. Dahinya berkerut.

"Dah kenapa tiba-tiba tanya ni bu? Lagipun Lia baru je habis belajar."

"Memanglah kamu baru habis belajar... Tapi apa salahnya? Lagi senang nanti tak payah nak kerja."

"Lia tetap nak kerja bu. Okaylah Lia nak mandi ni."

"Jawablah dulu... Kalau ada orang merisik kamu, kamu nak?" soal Puan Ainah.

"Kalau Lia jawab, boleh Lia masuk bilik?"

Puan Ainah mengangguk.

"Jawapannya... Tak!" Dalia gelak terbahak-bahak.

"Okey Lia mandi dulu eh?" Dalia terus bergerak menuju ke dalam bilik.

"Belum apa-apa dah tanya pasal kahwin. Memang nak halau aku ke?" Dalia mengeluh.

"Tapi kenapa eh aku baru tahu Daniel tu anak Puan Anisa?" Dalia berfikir.

Dia tidak terlalu kenal dengan Puan Anisa tetapi daripada apa yang dia tahu, Puan Anisa ialah kawan baiknya ibunua sejak dulu.Tuan Azman pula sangat akrab dengan Tuan Qayyum.

Sudah lama sebenarnya dia tidak berjumpa dengan keluarga Puan Anisa kerana tidak mempunyai kesempatan.Dia tidak pernah berjumpa dengan Daniel kerana Daniel bersekolah asrama.Selepas habis sekolah Daniel menyambung belajar di Universiti yang agak jauh dari negeri asalnya.
Walaupun begitu, Dalia seperti sudah pernah jumpa dengan Daniel.

Mengapa?

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now