Bab 33

16 1 0
                                    

Akhirnya mereka mendarat di London dengan selamat. Hala tujuh mereka yang pertama semestinya tempat penginapan. Daniel telah menempah sejak dua hari lepas lagi.

Setelah berehat di hotel, mereka mulakan perjalanan. Sebenarnya mereka tidak mempunyai rancangan nak ke mana hari ini. Jadinya, mereka hanya bersiar-siar di taman sekitar hotel.

"Awak nak makan tak?" tanya Daniel.

"Saya belum lapar lagi," balas Dalia. Dia tersenyum sepanjang masa. Dia teringatkan diri kanak-kanaknya yang pernah bercita-cita hendak ke sini. Akhirnya tercapai.

"Kalau awak belum lapar tak apalah. Nanti bila awak nak makan, cakap aje. Nanti saya bawa."

"Okey." Dalia angguk.

"Awak, saya nak cakap something boleh?" Daniel berdehem.

"Cakap pasal apa tu? Macam serius je."

"Hm... Memang serius pun."

Terus pudar senyuman Dalia. Dia memalingkan wajah ke arah Daniel.

"Salah satu sebab lain saya ajak awak bercuti ke sini, sebenarnya saya nak kenal kan awak dengan seseorang."

Dalia berdebar. Seseorang itu siapa? Automatik dia terfikir mungkin girlfriend Daniel? Iyalah, dulu Daniel sambung belajar di sini.

"Kenapa awak macam terkejut sangat ni?"

"Awak nak kenal kan saya dengan siapa? Kalau manusia, perempuan pula tu, saya tak nak kenal." Dalia berterus terang.

Daniel gelak. Tak sangka pula kesitu Dalia fikir.

"Ish, sampai ke situ pula awak fikir. Saya ni nak kenal kan awak dengan bapa kandung sayalah."

Kening Dalia bertaut. "Maksud awak ayah? Bukan ke ayah di Malaysia?"

"Okey... Macam ni, mama pernah kahwin masa dia belajar di sini. Selepas tu something happened. Saya sendiri tak tahu apa yang jadi, dan menyebabkan mereka divorced."

Dalia tekun mendengar. Dia tak pernah tahu pula Puan Anisa sudah pernah berkahwin.

"Kemudian, selepas mama tamat belajar di sini, dia balik ke Malaysia. Lepas beberapa tahun dia jumpa dengan ayah. Dan lepas tu mereka kahwin." Daniel menerangkan satu persatu.

"Okey. Kiranya bapa kandung awak tu orang London?"

Daniel angguk.

"Kenapa saya tak tahu pun selama ni?"

"Sebelum ni, saya pernah nak cerita dekat awak tapi... Masa tu awak accident. Jadinya saya tak sempat nak cerita."

"Lepas saya accident kenapa awak tak cerita?"

"Tak apalah. Lagi pun yang penting awak dah tahu sekarang."

"Kiranya waktu awak pergi London dulu tu untuk jumpa dia ke?"

Daniel angguk.

  "Awak nak ikut saya jenguk dia?" soal Daniel.

"Boleh. Saya nak kenal juga dengan ayah awak." Dalia senyum.

"INILAH rumah ayah kandung saya."
Selepas bersiar-siar tadi, mereka terus bergerak menuju ke sini.

Mereka menapak ke pintu rumah yang tertutup rapat. Daniel mengetuk pintu beberapa kali sehinggalah daun pintu terkuak.

"Mom, it's Daniel!" laung Ivy gembira. Pintu dikuak luas.

"And she's... Your wife...?" soal Ivy.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now