Bab 29

19 1 0
                                    

"I tak faham apa yang ada dekat you ni sampaikan aunty nak sangat jadikan menantu." Dina memandang Dalia dari atas hingga bawah.

"Kesian Daniel terpaksa kahwin dengan pilihan mama dia. For you information, dia sikit pun tak ada hati dekat you." Dina senyum sinis.

Dalia pandang Dina tajam. Sungguh, kata-kata Dina memang makan dalam. Namun sekarang ni dia rasa nak tolak Dina sehingga jatuh tergolek. Biar padan muka.

Tetapi akalnya masih waras. Dia tak akan berbuat begitu. Dia hanya mampu balas dengan kata-kata walaupun marahnya sudah membara.

"Kesian lagi dekat you, nak sangat dekat Daniel tapi dia pilih I." Dalia tayang muka selamba. Puas hati dia dapat balas.

"Soon you akan datang majlis kahwin I dengan Daniel pula. Tak lama pun. Just wait and see." Riak Dina masih tenang.

Dalia rasa tersentak. Walaupun dia tahu Daniel pasti akan setia namun dia masih rasa sakit hati. Lagi pun dia baru sahaja berkahwin. Dia belum benar-benar mengenali Daniel.

"I tak kisah kalau jadi yang kedua sebab I cinta pertama dia." Nada Dina tenang.

Meruap-ruap kemarahan Dalia. Dia mula mempersoal, benarkah kata-kata Dina?

"Dina, thanks for saying that. I langsung tak terkesan sebab I know the truth." Dalia pandang Dina tajam. Marahnya sudah tidak tertahan lagi. Tetapi dia cuba kawal emosi. Cuba untuk bertenang.

"The truth yang Daniel tak cintakan you?" Dina menjongketkan sebelah keningnya.

Amarah Dalia sudah tidak dapat ditahan lagi. Dalam hati sudah istighfar, muka acah tenang. Tangannya digenggam sekuat hati.

"Awak!" laung Daniel dari jauh.

Laju kepala Dalia berpusing. Mencari punca suara. Bila dipandang wajah Daniel yang memanggil amarahnya terus berkurang. Nafasnya dihela perlahan. Nasib baik suaminya panggil, kalau tidak mungkin ada benda buruk yang jadi tadi.

"Suami I panggil pula. Pergi dulu." Dalia senyum sinis. Laju dia meninggalkan Dina yang tidak berpuas hati.

"LAMA awak borak." Daniel bersuara.

"Nasib awak panggil tadi, kalau tidak..."

"Kenapa, awak?" Daniel menyoal. Nadanya jelas risau.

"Tak ada apa pun. Kalau tidak lagi lama." Dalia senyum. Dia belum ingin jujur.

"Awak sekarang dah masuk waktu zohor. Kita solat dulu jom." ajak Daniel.

"Jomlah. Cakap dengan mama dulu, nanti mama cari pula." balas Dalia dengan lembut. Segala kemarahannya terpadam.

MAJLIS kenduri yang berlangsung dari siang tadi akhirnya berkahir. Setelah selesai solat Isyak Dalia berlalu ke ruang tamu rumah mentuanya. Sofa empuk menjadi pilihan tempat duduknya.

Ibu mentuanya hilang entah kemana. Ke dapur mungkin. Dia meregangkam badan. Penat seharian melayan tetamu.

"Awak, mama mana?" soal Dalia sebaik sahaja Daniel muncul.

"Kat dapur agaknya." balas Daniel. Dia melabuhkan punggung disebelah Dalia. Beberapa buah hadiah di lantai dia susunkan.

"Alhamdulilah selesai pun majlis." Daniel mengucapkan kesyukuran.

"Alhamdulilah." Dalia senyum.

"Awak nak tahu sesuatu tak?" Daniel bertanya.

"Tahu apa? Cakap laa."

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now