Bab 9

23 1 0
                                    

Dalia menyusun rapi pakaian yang berselerak di dalam almari.Hari ini merupakan hari dia akan mula bekerja di restoran arwah ayahnya.

Selesai mengemas bilik Dalia berjalan menuju ke ruang tamu.Dia melabuhkan punggung ke atas sofa empuk rumahnya.

"Jauh termenung." tegur Insyirah kerana melihat adiknya yang asyik termenung ke arah pintu rumahnya.

"Eh kak.Lama siap." Dalia berdiri dan mencapai begnya yang berada di atas meja.

"Kau lately ni macam pelik je.Kau ada sorok kan apa-apa daripada aku ke?" soal Insyirah.

"Mana ada kak." Dalia menggelengkan kepala.

"Betul ke ni?"

"Betul kakak ku yang cantik dan menawan." Dalia berikan senyuman manis kepada Insyirah.

Mereka keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.

Insyirah menghidupkan enjin keretanya dan mulakan perjalanan.Kereta sunyi sehinggalah Insyirah mulakan perbualan.

"Malam ni ada malam berinai dekat rumah Aliah. Nak naik sekali?" pelawa Insyirah.

"Boleh je, Lia tak kisah. Semalam pun Aliah ada tanya Lia." balas Dalia.

"Okey."

"Pukul berapa eh? Lia lupa pula." soal Dalia. Sejak dua menjak ni banyak perkara yang perlu difikirkan menyebabkan dia mudah lupa.

"Lepas magrib tak silap aku."

"Sampai?"

"9:00 kan?"

"Yekot..." balas Dalia dengan teragak-agak. Dia pun tak ingat.

TIBA di sahaja di restoran, Insyirah membuka pintu dan masuk ke dalam.Dalia hanya mengikuti gerak geri kakaknya.

"Kau jaga kaunter dulu boleh?" soal Insyirah.

Dalia mengangkat kening.Kaunter?Penat lelah dia belajar selama tiga tahu untuk menjaga kaunter sahaja?Fikir kalau kedai keluarga sendiri boleh lah dapat pangkat tinggi sikit.

"Jaga kaunter?Jadi cashier?"

"Ye."

"Kerja lain tak ada ke?" Dalia berkerut dahi.

"Ala kau jaga lah kaunter dulu lagipun kau kan baru.Ada je kerja lain nak bagi kau tapi budak cashier ni tak datang hari ni."

"Orang lain tak boleh jaga?" Dalia masih cuba mengelat.

"Banyak cekadak lah kau ni." Insyirah menggelengkan kepala.

"Urm...Yelah Lia jaga kaunter." Dalia terpaksa akur.

Mereka menoleh ke arah pintu kerana terdengar bunyi pintu dibuka.

"Assalamualaikum.Selamat pagi!" ucap pekerja-pekerja yang baru sahaja sampai.

"Waalaikummussalam." jawab Dalia dan Insyirah serentak.

"Ha ni pekerja baru kita." Insyirah menunjuk ke arah Dalia.

"Hai." ucap Dalia.

"Hai.Saya Fazr." senyuman manis diberikan.

"Saya Dina."

Dalia hanya senyum. Nampak seperti mereka datang sekali.

"Sha."

"Sha ni pekerja lama.Kalau ada apa-apa soalan tanya je dia." Insyirah memandang ke arah Dalia.

"Baik." balas Dalia. Walaupun sebenarnya tidak berapa suka dengan dia. Nampak macam sombong. Atau mungkin sebab dia tak biasa dengan orang?

"Apa lagi?Mula lah kerja.Nak buka lagi dua jam ni." Insyirah memberi arahan dengan tegas.

Dalia cepat-cepat ke arah kaunter dan mengelap sedikit.

"Assalamualaikum.Maaf lambat." ucap suara garau itu.

Dalia menoleh ke pintu ternyata seorang lagi pekerja telah sampai. "Hazim?" terkejut Dalia buatnya.

"Eh Dalia. Ni restoran arwah ayah kau ke?" soal Hazim sambil mendekati kaunter.

"Kau kerja sini?" soal Dalia.

"Haah. Nampaknya kita jadi rakan sekerja lah nanti." Hazim menjawab dengan perasaan senang. Perasaan senang kerana satu tempat kerja dengan Dalia.

SATU persatu pelanggan mula masuk ke kedai.Dalia hanya menjalankan kerjanya.

"Meja 21. "

Dalia mengangkat kepalanya untuk melihat pemilik suara garau itu.

"Kau?" Dalia berasa curiga. Daniel? Untuk apa datang ke sini. Mesti nak jumpa dia!

Daniel hanya diam. Muka langsung tidak beri sekarang reaksi.

"Tak ada kedai lain nak pergi?"

"Asal kau datang sini?" bertubi-tubi soalan Dalia.

"Dah aku nak makan datanglah sini. Takkan nak pergi kedai kasut pula"

Dalia menjeling. "Banyak lagi kedai lain...Kenapa kau tak per-"

Belum sempat Dalia menghabiskan ayatnya Daniel memotong. "Sekarang ni nak bayar je. Kenapa kena soal siasat macam penjenayah pulak ni." Daniel menggelengkan kepala.

"Memang pun! Kau kan stalker!"

"Stalker? Kan Insyirah dan aunty Ainah pun dah setuju. Awak je yang belum."

Dalia pandang Daniel pelik. Sejak bila Daniel berawak saya dengan dia?

"Mana ada ibu setuju. Setuju pasal apa?"

"Ye. Tak percaya tanyalah ibu."

"Aunty!" Dalia terjerit sedikit.

"Okey, aunty. Tanyalah aunty." balas Daniel.

Dalia menjeling. Dia mengira jumlah pembelian. Kalau boleh nak Daniel cepat pergi daripada sini.

"Dua puluh tiga ringgit."

Daniel menghulurkan sekeping not berwarna kuning dan hijau.

Dalia mengambil dan memulangkan baki. "Nah."

"Terima kasih.Jangan datang lagi." ucap Dalia sambil memberikan senyuman.

"Nak halau customer?" Daniel mengambil baki.

"Bukan halau. Cuma menggalakkan supaya tak payah datang je."

"Samalah tu."

Mata Dalia menghantar Daniel keluar dari kedai.

"Asal lah kat mana-mana kedai makan je mesti ada dia." Dalia membebel sendiri.

"LIA dah waktu lunch ni." Insyirah tiba-tiba muncul di kaunter.

"Jadi, dah boleh rehat?"

"Ye. Nanti Dina ganti. Lepas makan kau balik je terus."

"Balik terus? Kenapa pulak?" soal Dalia. Keliru dengan Insyirah.

"Tak apalah. Biar kau ada extra time nak rehat."

Dalia hanya mengangguk. Dia hanya ikut arahan Insyirah.

"Tapi Kak Syirah, malam ni kita pergi sekali ke?" dia bertanya awal-awal. Dia tahu Insyirah pasti pulang lambat hari ini.

"Tengoklah." balas Insyirah.

"Pukul berapa?"

"Dalam pukul 7:30 tapi aku balik lambat sikit. Tak tahu aku pergi ke tak."

"Okey. Nanti apa-apa rogerr."

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now