Bab 19

20 1 0
                                    

"Lia." panggil Puan Ainah yang sedang berehat di sofa.

"Kenapa ibu?" Dalia berjalan menuju ke arah sofa. Dia duduk disebelah Puan Ainah.

"Macam ni Lia..." Puan Ainah menghulurkan kepada Dalia sekotak cincin.

"Cincin? Untuk Lia ke? Ibu belikan ke?" Dalia tersenyum lebar. Gembira sungguh!

"Bukan ibu belikan, ada orang datang meminang kamu."

Dalia tergamam. Terkaku seketika. Siapa pula yang masuk meminang?

"Siapa?" soal Dalia.

Berdebar pula menunggu jawapan daripada ibunya.

"Daniel." jawab Puan Ainah.

"Luth Daniel?" Dalia mengangkat kening.

"Ye. Luth Daniel. Anak aunty Anisa."

Bagai mahu tercabut jantung. Terkejut dengan jawapan yang diberikan Puan Ainah. Terlopong mulut dia seketika.

"Kalau Lia nak tolak, tak apa... Nanti ibu bagi tahu aunty."

"Bagi Lia masa fikir dulu ibu." Mulutnya berat untuk katakan dia tidak setuju. Tetapi pada masa yang sama, dia tidak hendak menerima pinangan itu.

"Tak apa ibu faham. Nanti kalau kamu dah ada jawapan, bagi tahu ibu. Ibu dah cakap dengan aunty yang ibu tunggu jawapan kamu. Dia kata kalau kamu tak setuju, nak buat macam mana kan?"

"Okey ibu. Lia masuk bilik dulu ya?" balas Dalia lembut.

Dalia bangun dan terus masuk ke dalam bilik. Banyak perkara yang perlu dia fikirkan.

Walaupun mata terasa berat, dia tetap gagahkan diri untuk mandi dan menunaikan solat fardhu.

Selesai solat, dia menghempaskan badan ke atas katilnya. Mata ditutup. Tidur lebih penting sekarang, jawapan untuk Daniel esok sahaja dia akan fikirkan.

"SERIOUSLY?" Ariyana terjerit kecil. Terkejut dengan cerita Dalia.

Sudah dua hari berlalu, dia perlu untuk membuatkan keputusan. Susah untuk dia tolak. Tetapi dia berkeras tidak mahu terima.

"Hari itu bukan main cakap aku kahwin dulu, tahu-tahu kau kahwin dulu!" Ariyana ketawa terbahak-bahak.

"Ee kau ni. Belum tentu lagi okey aku terima? Sebab tu aku nak dengar pendapat kau."

"Pendapat aku? Sekarang ni yang nak kahwin aku ke kau? Aku pun nak kahwin sebenarnya tapi bukan dengan Daniel lah. Dengan..." Ariyana tersengih.

"Kau ni, tak membantu langsung!" Dalia menjulingkan mata ke atas.

"Okey... Fine. Pendapat aku terima lah. Sebab kau cakap kau nak tolak tapi rasa berat nak cakap, kan?"

"Hm. Tapi aku tak suka dia. Jadi aku nak tolak. Tapi entahlah Yana. Setiap kali aku nak cakap dengan mak aku yang aku nak tolak pinangan dia tu rasa susah. Rasa macam aku cakap benda yang salah. Ke sebab nak reject orang memang rasa macam tu?"

"Bagi aku tak! Sebab kau ingat tak waktu kau reject Hazim dulu? Kesian pula bila aku teringatkan... Tak ada budi bicara terus jujur!" Ariyana ketawa kecil.

Dalia tergelak. "Bila kau cakap balik, rasa serba salah pula."

"Aku ingat lagi, masa tu kau cakap kau tak suka dia Dan tak kan suka! Terdiam weh dia masa tu." Ariyana ketawa.

"Bukan salah aku. Dia yang cakap aku ni girlfriend dia depan semua orang sapa suruh!"

"Ye weh! Masa aku dengar dia cakap macam tu terkejut aku. Aku ingatkan kau couple dengan dia senyap-senyap."

"Tak ada maknanya aku nak couple. Lagi-lagi dengan dia!"

"Kau memang macam tu kan. Lainlah orang tu Daniel..."

"Helo. Memang taklah. Haram okey? Lagipun sekarang ni ada hal yang lagi penting nak dibincangkan."

"Dan aku rasa aku tak nak terima." sambung Dalia lambat-lambat.

"Itu apa yang kau rasa, bukan apa yang kau patut buat. Bagi aku kau sebenarnya ada je hati untuk dia. Lagipun... Dia tu handsome! Macam mat salleh. Dia ada mix ke eh?"

"Aku minta pendapat kau bukan suruh kau puji dia!"

"Puji tu pendapat akulah!"

"Bagi tahu Maliq!" Dalia ketawa kecil.

"Eh aku puji dia. Tapi Maliq tu di hati!" Ariyana tersengih.

"Lia, kali ni aku serious." Ariyana berdehem.

"Setiap kali ada dia mesti kau jadi lain."

"Lain macam mana? Aku rasa sama je."

"Lainlah, lagi-lagi waktu Dina tu sibuk dengan Daniel. Kau punya menyampah tu macam... Jealous!"

Bila Dalia dengar nama Dina hatinya terasa sakit. Teringatkan Dina yang sentiasa sibuk mengikuti gerak geri Daniel.

"Haa diam tu, mesti sakit hati kan?"

"Eh mana ada... Lagipun sakit hati bukan bermakna sayang atau suka." nafi Dalia.

"Sakit hati maksudnya jealous dan kalau kita jealous itu bermakna kita sayang orang tu!"

Dalia terdiam. Ada betulnya apa yang dikatakan Ariyana. Tetapi hatinya susah untuk menerima kenyataan.

"Lia, masa Daniel ada hari tu, setiap kali Dina cakap dia nak ikut Daniel muka kau nampak marah. Nampak macam kecewa pun ada."

"Well, aku tak salahkan apa yang kau cakap tu. Semuanya betul. Tapi aku tak yakinlah Yana. Kau sendiri cakap Dina tu sibuk dengan dia, mana tahu Dina tu sebenarnya girlfriend dia?"

"Aha! Kan betul aku cakap kau suka dia!" Ariyana tersenyum lebar.

"Pasal Dina tu tak payah risaulah. Kau tengoklah Daniel tak layan langsung Dina. Sepatah dia cakap sepatah Daniel balas. Ada yang tak balas langsung! So tak perlulah kau risau ya."

"Memanglah tapi...."

"Macam nilah. Aku dah tolong bagi pendapat aku dan sedarkan kau kenyataan sebenar. Keputusan tu terletak pada kau. Aku tak nak paksa, tapi aku tak nak kau menyesal."

"Hm. Aku tak tahulah..." Dalia membalas.

"Kau nak ke dia kecewa sebab kau tolak dia? Dan kau nak ke dia bahagia dengan orang lain?"

"Kalau tak ada jodoh, aku reda je."

"Okey Lia. Macam aku cakap, aku bagi nasihat dan pendapat je. Selebihnya kau kena fikir sendiri. But trust me, kalau kau tak kan sanggup nak tolak pinangan dia."

"Thanks Yana sebab bagi pendapat kau. Nanti aku fikirkan balik."

"Kalau kau nak tanya dengan dia pasal Dina apa kata esok kau ikut aku. Esok Maliq ajak keluar... Daniel dengan adik dia ada sekali. Kau boraklah dengan dia."

"Tak nak lah. Takkan aku nak duduk borak dengan dia kot?"

"Okey tapi kau still kena teman aku! Lagi pun kita kan dah lama tak keluar."

"Tak naklah. Kalau nak ajak aku keluar aku nak kita Dua je tak nak ada orang lain."

"Okey... Kalau kau tak nak tak apalah..."

"Kau nak keluar dengan dia orang? Tak kan kau seorang je perempuan?"

"Eh mana ada. Adik Daniel ada sekali lah."

"Yelah tu!"

  "Ye Dalia Farhanaa. Jangan risau. Sebab tu aku ajak kau sekali."

"Tengoklah esok... Aku kerja esok."

  "Laa tak apalah kalau macam tu. Eh tapi adik Daniel bukan satu tempat kerja dengan kau ke?"

"Dulu lah, sebab Insyirah dia dah buka cawangan baru jadi aku tolong dekat cawangan baru tu esok. Pekerja belum ramai lagi." jawab Dalia.

"Wah tanniah weh."

"Kalau arwah ayah ada mesti dia happy."

"Lia, kau jangan sedih okay?"

Dalia senyum pahit. Dia mengangguk.




Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now