Bab 23

23 1 0
                                    

Baju telah siap disimpan tapi di dalam beg. Beg yang dibawa pula hanya beg sandang bersaiz serdahana. Disebabkan mereka yang berada sehari sahaja disana, jadi tidak perlulah dia membawa pakaian terlalu banyak.

Dia keluar daripada bilik dengan pergerakan paling laju. Sudah sangat teruja!

"Dah siap!" suara Dalia ceria. Dia hanya mengenakan seluar jean hitam yang longgar dan blaus hitam yang labuhnya melebihi lutut. Dipadankan dengan tudung berwarna krim.

"Okey jom! Tapi sebelum tu check dulu rumah kau ni. Ada tingkap ke yang belum tutup." Ariyana mengingatkan.

Dengan segera Dalia memeriksa keselurahan rumahnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi meow. Dalia menepuk dahi. Bagaimana dia boleh terlupa tentang kucing kesayangannya ini?

Dia merenung kucing itu lama. Tidak tahu nak buat apa. Tak kanlah dia perlu cancel rancangannya? Kalau tinggal di rumah risau pula dia buang hajat merata. Iyalah, kucing indoor kan duduk pun mesti dalam rumah.

"Yana!" panggil Dalia dari dapur.

"Kucing aku macam mana?" soal Dalia sebaik sahaja kelibat Ariyana muncul.

"Haahlah! Hantar hotel kucing jelah. Okey?"

"Hmm. Boleh juga. Lagi pun tak ada pilihan. Tak kanlah kita nak cancel plan kita kan."

"Dah, jom bawa dia sekali."

DALIA memberikan tumpuan kepada pemanduan. Keadaan kereta pula sunyi sepi selepas dia menghantar Si Vanilla ke hotel kucing tadi.

Kereta yang dipandu tidak terlalu laju. Keadaan jalan raya tidak sesak walaupun hujung minggu. Mujurlah. Tidaklah dia berasa stress sepanjang perjalanan.

Lagu diradio menjadikan keadaan yang sunyi lebih bising. Sesekali Dalia kerling Ariyana yang berada disebelah. Kelihatan seperti sudah dibuai mimpi indah! Padanlah senyap sahaja.

Nampaknya perjalanan hampir dua jam ini akan menjadi senyap. Radio sahajalah yang menjadi peneman. Jika dia memandu pada malam hari, pasti matanya akan mengantuk. Mujurlah langit masih cerah menyinari kereta.

Mereka sudah rancang, setelah sampai sahaja di Putrajaya mereka akan masuk hotel dahulu. Kemudian makan dia kedai-kedai yang ada disitu. Jika masih ada masa lebih mereka hendak balik berehat dahulu.

Lebuh raya yang tidak sesak menjadikan perjalanan lebih tenang! Ditambah pula dengan cuaca yang redup. Memang patutlah Ariyana tidur dulu.

"Tidur je Yana ni. Nasiblah perjalanan tak jauh sangat, kalau tak memang aku dah ngantuk sekarang ni." Dalia membebel.

Sesekali dia teringat juga pada keluarganya yang sudah selamat tiba di Bali. Pasti menyeronokkan! Tetapi hatinya sedikit sayu kerana tak dapat ikut bersama.

Mujurlah ada sahabat macam Ariyana. Hari yang gelap boleh jadi terang dan ceria. Bertuah sungguh.

"YANA bangun." suara Dalia sedikit kuat.

Ariyana membuka mata perlahan. Dia membetulkan postur badannya.

"Dah sampai ke?" soal Ariyana.

"Dah Yana. Tulah kau tidur je manalah nak tahu kan?" sindir Dalia.

Ariyana tersengih. "Dah ngantuk, tidurlah..."

Dalia menjulingkan mata ke atas sebelum keluar daripada kereta. Dia berjalan ke arah bonet kereta. Beg sandangnya dan Ariyana dicapai.
Beg yang dibawanya ringan. Mudah sikit dia nak bawa.

"Nah." Dalia hulurkan beg kepada Ariyana yang sudah menunggu di tepi kereta.

"Nak makan kat mana eh?" soal Ariyana sambil mengambil begnya. Perut sudah buat konsert! Lapar betul akibat pagi tadi tak sarapan.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now