Bab 13

24 1 0
                                    

"Iced mocha, tiga. Iced latte dua."  Akhirnya dapat juga Dalia memesan. Setelah beratur panjang.

"Okey, tu sahaja?" soal juruwang itu.

"Yup."

"Okey total RM50."

Dalia menghulurkan sejumlah wang secukupnya.

Dia melihat orang yang sudah beratur dikedai ini. Panjang.

"Eh tu macam Dina!" cepat Dalia melangkah ke arah Dina yang sudah beratur kebelakang.

"Dina. I dah belikan air. You pergilah dulu kat dia orang okey." tegur Dalia.

"You beli air apa?" soal Dina.

"Iced latte. Okey kan?"

Dina berkerut dahi. " Semua sama ke?"

"Ada iced mocha juga. You nak yang mana?"

"I tak suka tu semua. I suka..." tidak sempat Dina menghabiskan ayatnya. Daniel muncul.

"Dalia. Dah order ke?"

"Dah. Aku order iced mocha dengan iced latte."

"Aku nak iced mocha lah." balas Daniel.

"I pun suka iced mocha." Dina bersuara.

"Er... Okey?" Dalia terus mengatur langkah ke kaunter pembayaran semula untuk ambil air yang telah dipesan.

"OKEY. Ni air kau orang. Iced mocha tu aku punya."

"Thanks weh! Berapa?" soal Ariyana. Sudah sedia nak bayar.

"Tak apa aku belanja." Dalia senyum nipis. Sekali sekala belanja apa salahnya.

"Nah." sekeping not berwarna hijau muda dihulurkan kepada Dalia.

"Buat apa ni?" Dalia mengangkat kening.

"Nak ganti baliklah." jawab Daniel.

"Tak payah. Kalau nak ganti, ganti kau punya je. RM16." Dalia berkeras tidak mahu ambil. Memang niatnya untuk belanja.

"Ambil jelah."

"Entah kau ni Lia. Anggap jelah Daniel belanja!" Ariyana mencelah. Kalau duit tadi dihulurkan kepada Ariyana sudah tentu dia ambil! Bak kata orang rezeki jangan ditolak!

Dalia mengambil dengan teragak-agak. Rasa serba salah pula.

"Er... Terima kasih. Yang aku punya aku bayar balik eh?"

"Tak payah. Aku belanja." balas Daniel.

Dina berdehem. "Daniel, you memang suka air ni ke?"

"Hm." balas Daniel ringkas. Macam terpaksa.

"Eh samalah kita! Jodoh agaknya!" Dina ketawa kecil.

"Er, ha jodoh!" Ariyana mencelah. Dia turut ketawa kecil. Tidak ikhlas. Sekadar menghilangkan kejanggalan.

"Okeylah, aku nak balik dulu." pamit Dalia.

"Okey. Jumpa lagi nanti!" Ariyana melambai ke arah Dalia.

BAJU dimasukkan ke dalam beg. Hendak dibawa balik ke kampung. Tidak lama, mungkin dalam tiga hari sahaja.

Selesai mengemas, tiba masa untuk dia pulang ke kampung! Tempat yang paling dia suka. Suasana kampung yang aman damai. Udara segar. Berada dekat dengan keluarga. Boleh menggamit memori lama.

Satu perkara yang dia tidak suka ialah, dia tidak boleh membawa Si Vanila pulang bersama ke kampung. Dari awal lagi dia sudah dilarang oleh Puan Ainah dan Insyirah. Jadi penyelesaiannya, dia perlu hantar kucing kesayangannya kepada Ariyana. Kawan baik sejati!

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now