Bab 48

25 2 0
                                    

"Tak apalah kalau dulu dipaksa, sekarang yang penting. Dan, saya yakin cinta hari ini bukan dipaksa lagi." Bibir Dalia mengukir senyuman manisnya.

"Alhamdulilah kalau awak dah maafkan saya." Daniel yang tadinya berdebar mendengar penjelasan Dalia, berasa lega. Dia yang yang tadi duduk tegak, kembali bersandar.

Keadaan jadi sunyi seketika. Dalia kembali membaca buku.

Apabila rasa dirinya diperhati, Dalia toleh ke sebelah. Memang benar perasaannya, Daniel sedang tenung dia.

Entah kenapa perbuatan Daniel itu mengundang tawa Dalia.

Daniel tersenyum melihat wajah Dalia. Rindu dia nak dengar Dalia tertawa. Selama seminggu ini, Dalia tak pernah langsung ketawa. Paling tidak, senyum aje. Itu pun tidak ikhlas.

"Apa pandang, pandang?" sergah Dalia. Dia mengangkat kening beberapa kali.

Daniel pandang buku disebelah Dalia. Dengan teruja dia bertanya,

"Buku yang awak baca tu, tentang apa?"

"Awak nak dengar ke?" pinta Dalia untuk kepastian. Dia tahu Daniel suka membaca, tetapi bukan genre romantik seperti yang Dalia selalu baca. Daniel lebih suka buku thriller, mystery.

"Iya, kalau awak yang cerita saya akan dengar," jawab Daniel. Dia tak berminat pun dengan buku yang Dalia baca, tetapi dia hendak berbual dengan Dalia. Dia rindu nak dengar Dalia bercerita. Seminggu sudah hubungan mereka renggang.

Dalia tersengih sendiri.

"Buku ni tentang perempuan yang ego tinggi kahwin dengan lelaki penyabar!" Dalia menjawab dengan teruja.

"Best ke buku tu?"

"Best."

"Menarik," kata Daniel.

Dalia angguk beberapa kali tanda setuju. Dia dari zaman sekolah suka baca novel. Sampai semua rakan gelar dia ulat buku. Ke mana-mana pasti dengan buku.

Dia pula tidak ramai kawan, Ariyana lah satu-satunya. Itu pun apabila dah masuk alam universiti. Sebab itulah hidup dia sentiasa dengan buku.

DALIA tak henti senyum. Dia mengusap perutnya.

"Ya Allah. Jadikanlah aku ibu yang sabar dalam mendidik dan membesarkan anak -anak." Dalia berdoa. Tubir matanya terasa hangat. Dia mengesat air jernih yang mengalir perlahan.

Ikut kiraan tarikh, esok. Dia bakal melahirkan anak kembarnya, dengan izin Allah SWT. Perasaannya bercampur baur.

Gembira tak terhingga. Dalam masa yang sama, rasa sedih, takut menguasai diri. Dia takut kalau dia hilang nyawa sewaktu melahirkan.

"Dalia Farhana?" soal lelaki itu.

Dalia yang tadi termenung jauh, mengangkat wajah. Dia senyum nipis, kemudian mengangguk.

"Ini, pemberi dia tak mahu dikenali." Lelaki itu menghulurkan sebuah kotak.

Dalia mengambil kotak itu perlahan. Dia teragak-agak. Kenapa pula di taman bunga begini ada orang bagi hadiah? Siapa lagi yang akan bagi kalau bukan cinta hati dia.

"Saya pergi dulu ya," kata lelaki itu. Dia kemudian melangkah pergi meninggalkan Dalia sendiri.

Dalia bukan kotak itu. Dia tergamam. Dia mengambil kunci yang terletak dalam kotak. Dia terdiam seribu bahasa.

"Assalamualaikum," ucap lelaki itu.

Dalia mengangkat wajah.

"Awak yang bagi?" soal Dalia.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now