Bab 45

18 1 0
                                    

Selepas satu ujian, datang lagi ujian. Yang kali ini lebih berat. Melibatkan nyawa. Melibatkan kesihatan diri.

Daniel buntu. Dia sendiri tak pasti dengan apa yang jadi. Dia bersyukur isterinya dan kandungan selamat. Tetapi, dia masih belum boleh bertanya dengan Dalia tentang keadaan sebenar.

Dalia stabil. Tetapi, dia tak berdaya. Kata doktor, dia perlukan rehat dalam masa beberapa hari sebelum betul-betul pulih.

"Ibu risau Syirah," kata Puan Ainah sebak. Sebelum ini dia kemalangan,kini ditimpa dengan ujian lagi.

"Syirah pun ibu. Tapi doktor cakap, Lia selamat."

"Daniel, selama ni ibu percaya kamu boleh jaga Lia dengan baik. Tapi..." Puan Ainah mati kata. Dia kecewa dengan menantunya sendiri.

"Maaf ibu. Daniel dah sedaya upaya jaga Lia."

"Jaga kamu kata? Kalau kamu jaga, tak adanya Lia dalam hospital!" Suara Puan Ainah berdentum.

Tersentak Daniel dibuatnya. Kali ini, dia telah melakukan silap besar. Dia sedar.

"Ibu. Sabar." Insyirah mengusap lengan ibunya.

"Daniel, kau pergilah," kata Insyirah. Dia tak mahu keadaan menjadi lebih tegang.

Daniel angguk. Dia menghulurkan tangan untuk menyalam Puan Ainah.

"Daniel pergi dulu," pamit Daniel. Jujurnya, dia masih mahu meminta maaf. Dia benar-benar kesal.

Tak guna untuk dia kata lebih, bukannya ada yang dengar dan percaya. Sekarang dia hanya perlu menunggu waktu yang sesuai. Waktu untuk membetulkan apa yang telah terjadi.

SEJAK semalam. Daniel tak boleh duduk diam. Dia telah pun berjumpa Dalia. Namun, Dalia langsung tak hendak berbual dengan dia. Tak tahu apa puncanya.

Sepatah dia tanya, sepatah Dalia jawab. Lebih teruk, ada kalanya Dalia langsung tak jawab.

Bila ditanya kenapa, diam sahaja jawapannya. Bagaimana dia harus kembalikan hubungan baik dia dan isterinya, kalau keadaannya begini.

"Esok awak dah boleh keluar doktor cakap." Daniel cuba mulakan topik perbualan.

Dalia angguk. Apa kena dengan dirinya ini? Dia nak jawab, tetapi dia rasa ditipu oleh Daniel.

"Mana pergi janji kau Daniel?" Bisik hati Dalia. Dia tak mahu buruk sangka. Dia seboleh-bolehnya nak dengarkan penjelasan. Tetapi, Daniel yang buat seperti tiada apa yang terjadi.

"Dalia, saya nak tanya."

"Apa yang awak fikir?"

"Saya yang sepatutnya tanya awak soalan tu."  Akhirnya dia bersuara.

"Saya fikir pasal awak." Daniel ketawa kecil.

"Apa yang awak fikir sampai awak sanggup buat isteri sendiri macam ni?" Mata Dalia mula berkaca.

"Saya kandungkan anak awak Daniel. Tak sangka selama ni awak yang nak ancam nyawa saya." Dalia tidak dapat tahan air matanya daripada terus mengalir.

"Awak cakap apa ni, Lia?" Daniel berkerut. Cuba fahami situasi.

"Awak jangan pura-pura Daniel! Berapa kali lagi awak nak tipu saya?" Tangisan Dalia semakin kuat kedengaran. Suara sudah mula serak.

"Lia..." Daniel cuba gapai tangan Dalia namun berjaya ditepis.

"Saya akan tunaikan janji saya. Saya bagi awak masa untuk penjelasan."

"Lia saya tak faham. Awak cakap apa ni? Ancam nyawa?"

"Cukup, Daniel. Cukup! Tolong jangan tipu saya lagi. Jujur walaupun sakit." Air jernih itu tidak berhenti mengalir.

Dia tak mahu ditipu lagi. Dia cuma perlukan penjelasan.

"Lia, saya tak pernah tipu awak." Daniel meraup wajah. Dia cuba sedaya upaya untuk faham apa yang  dikata Dalia. Tapi gagal. Dia langsung tak faham dan tak tahu.

"Kalau awak tak nak explain, tak apa. Sebab itu takkan ubah apa-apa pun. Saya betul-betul hilang kepercayaan pada awak. Kalau sekali, saya boleh maafkan. Tapi dua kali?" Dia mengesat air mata menggunakan lengan bajunya.

"Ini ada kaitan dengan apa yang jadi dekat awak dekat kereta?" soal Daniel.

"Saya nak dengan penjelasan ikhlas daripada hati awak. Tak perlu tipu saya," balas Dalia.

"Lia, saya yang nak tahu apa jadi dekat awak."

"Awak upah orang, kan? Untuk bunuh saya. Untuk apa Daniel? Untuk apa!" Tanpa sengaja suara Dalia berdentum.

Daniel menggeleng berkali-kali. Dia tak akan pernah buat begitu. Dalia itu isterinya. Untuk apa dia korbankan nyawa orang yang dia sayang.

"Ya Allah. Lia awak cakap apa ni? Saya tak akan buat macam tu Lia."

Dalia ketawa kecil.

"Teruskan penipuan awak. Saya nak awak keluar." Dalia pandang pintu. Isyarat untuk Daniel keluar sekarang.

Dengan terpaksa, Daniel melangkah keluar.

"Saya penat nak pertahankan diri saya atas benda yang saya tak buat. Saya sanggup bersumpah Dalia." Daniel pandang Dalia tepat pada matanya.

"Kalau awak tak suka pada saya, cakap dari awal. Bukan dengan cara macam ni. Maaf, kalau saya ganggu hubungan awak dengan kekasih lama awak. Awak patut jujur dengan mama."

"Dalia..." Daniel cuba mencari ruang untuk menjelaskan.

"Keluar."

Sepatah kata daripada Dalia membuatkam Daniel berlalu keluar.

Sungguh, hatinya remuk apabila dia dituduh. Dia sangkakan mereka sudah belajar daripada kesalahan sebelum ini. Ternyata tidak. Tidak langsung.

Dia buntu. Dia tak mampu nak berbuat apa-apa lagi. Dirinya sedang berlawan dengan emosi sendiri.

"DANIEL, aku sendiri tak tahu sama ada nak percaya kau, atau Dalia." Maliq menghirup kopi panas yang disediakan oleh isterinya.

"Maliq, aku tak akan buat macam tu."

"Tapi, orang yang tolak dia... Orang tu bagi tahu kau yang upah," kata Maliq perlahan. Tak mahu mengguris hati Daniel.

"Aku tak minta kau untuk percaya aku. Tapi nyawa orang aku sayang dalam bahaya. Dan sekarang ni, dia tak percaya aku. Macam mana aku nak jaga dia?"

Maliq termenung jauh. Dia sakit kepala fikir masalah kawannya. Sepatutnya dia tak perlu masuk campur. Tapi ini boleh jadi kes polis. Nak atau tidak, dia perlu cari tahu.

"Daripada apa yang Dalia cerita, orang tu kata kau suruh buat macam tu pada Dalia supaya bila Dalia me..." Maliq pandang Daniel. Kesian pula bila dia lihat kawannya ini.

"Kau boleh kahwin lain tanpa mama kau marah. Sebab kau kahwin dengan dia pun mama paksa kan?" sambung Maliq.

"Tapi, aku betul-betul sayangkan dia Maliq," balas Daniel. Tidak menjawab pertanyaan Maliq.

Maliq tarik nafas dalam.

"Daniel, ini bukan kes kecil. Ini boleh jadi kes polis." Maliq tekankan perkataan polis.

"Jadi kau percaya pada orang yang tolak isteri aku tu?"

Maliq angkat bahu. Dia tak percaya sesiapa.

"Macam ni, Dalia nak buat report polis. Tapi Yana suruh dia rehat dulu. Jadi, cepat atau lambat dia still akan report polis."

Daniel tunduk. Kecewa. Hancur kebahagian yang baru sahaja mereka bina semula.

"Kalau betul lah kau tak buat, kau buktikan. Dalam masa terdekat ni." Maliq hembus nafas berat.

"Baliklah, selesaikan hal ni." Maliq bangun daripada kerusi.

Cinta Yang DipaksaWhere stories live. Discover now