"Emilia!"
Emilia tersedar dari lenanya apabila sahabatnya Lily mengejutkannya. Emilia terus mengangkat kepala, matanya yang kuyu terbuka luas melihat sahabatnya itu.
"Oh Lily, kau ni kacaulah aku nak rehat"
Emilia menggaru pipinya. Lily pula hanya menggeleng kepala melihat gadis itu, mata Emilia kembali kuyu."Kau ni sekarang waktu kerja, bukannya waktu tidur. Dahlah tu, cepat bangun pergi layan pelanggan" Lengan Emilia ditarik dan dibawa keluar dari bilik staff.
Dengan malas Emilia berjalan kearah kaunter, tangannya mengambil buku menu dan diberi pada pelanggan lelaki yang baru sahaja duduk. Setelah itu, lelaki tersebut memanggilnya, Emilia melangkah menghampiri lelaki itu bersama mata yang masih kuyu.
"One hot macchiato, please" Emilia menulisl pesanan dibuku kecilnya dan berjalan menuju masuk kebahagian membuat air.
Kelihatan Theo sedang membuat beberapa air dan diletak diatas dulang lalu ditekan loceng dan diberi dulang itu pada Lily.
Mata Theo menangkap Emilia sedang berdiri ditepi pintu kecil."Hi, Emi" Theo menyapa. Emilia memeberikan kertas kecil pada Theo yang baru sahaja menulis minuman pelanggannya tadi.
Theo melihat pesanan dan terus membuat. Emilia menunggu sambil menahan rasa mengantuknya, Theo mengkerling meluhat Emilia terus senyum kecil.
"Mengantuk ke Emi?" Gadis itu mengangguk laju. Theo tergelak kecil dan matanya fokus membuat air.
"Nah, dah siap" Jejaka bernama Theo itu terus meletakkan cawam panas didalam dulang dan diberi pada Emilia. Gadis itu mengambil dengan berhati-hati dan berjalan menuju kearah meja pelanggannya tadi.
"Here your drink, sir" Emilia meletakkan cawan itu diatas meja, kaki terus melangkah beredar dari meja lelaki itu.
"Wait, Miss!" Langkah Emilia terhenti apabila pelanggan lelaki tadi memanggilnya. Badan Emilia berpusing melihat lelaki itu.
Jejaka segak berpakaian sut hitam dan bermata biru gelap itu memanggilnya. Mata Emilia terus terbuka luas melihat ketampanan lelaki itu. Amboi tengok jantan hensem terus hilang mengantuk ye.
"Ye, Encik?" Emilia berdiri dihadapan jejaka itu.
"I order hot macchiato, not latte" Dengan lembut jejaka itu berkata. Emilia tekejut dan tangkas melihat buku kecilnya.
Hot latte - 1
Emilia terus tersenyum kekok. Dengan rasa malu tangannya mengambil semula cawan yang berisi latte itu.
"Eheh, sorry Sir saya salah tulis.." Dengan rasa malu gadis itu bergerak dengan pantas meninggalkan jejaka yang masih senyum padanya. Tulah lain kali jangan tido waktu kerja!
Theo yang sedang mengelap meja, melihat Emilia dengan pelik. Emilia tertunduk-tunduk berjalan kearah Theo.
" Lah, apahal kau ni?" Theo mendekati Emilia.
"Aku salah tulis air..eheheh"
"Eh kau ni, lain kali cuba peka sikit, kalau aku buh 'k' kat belakang peka tu pulak kau marah nanti! " Dengan tegas Theo berkata pada gadis itu. Gadis itu pula mencebik.
"Ish dia ni, asyik-asyik marah, asyik-asyik marah!"
"Aku tak marahlah aku tegur je. Dah apa pesanan sebenarnya?"
"Hot macchiato" Gadis itu menjawab dan Theo terus mengangguk, tangan jejaka itu terus membuat air.
"Nah, dah siap. Latte kau!"
"Theo!"
"Yelah yelah aku gurau je, gurau pun takleh!" Theo meninggikan suara sedikit.
Emilia pula mengambil cawan berisi macchiato itu dan berjalan. Suara Theo kuat gile betullah..

ANDA SEDANG MEMBACA
1] Putera Mikael Isqandar
RomanceHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..