Dua hari berlalu, tangan Emilia
mencuci pinggan dengan teliti memastikan tiada kotoran pada pinggan itu. Secara tiba-tiba, kepalanya seakan-akan sedang berpusing membuatkan Emilia terasa pening.Tangannya dicuci dan dilap dengan kain. Lalu, jarinya memicit dahinya. 'Aduh, apahal pula ni?'. Sebelah tangan Emilia mengelap meja, sebelah tangannya pula memegang dahinya.
Lalu, perlahan-lahan dia terduduk. Mikael yang baru turun terus menuju kedapur, wajahnya cuak melihat Emilia terduduk dilantai mozek dapur itu. Kakinya berlari mendapatkan isterinya.
"Chérie? Chérie, are you alright?" Mikael bertanya, Emilia tidak menjawab. Mikael terus mencempung badan isterinya dan berjalan keruang tamu, badan isterinya perlahan-lahan diletakkan diatas sofa.
"Aduh, kepala Emi rasa sakit.." Emilia merungut.
"Mungkin, Chérie kerja banyak sangat. Get some rest, sayang. Ok? Jangan paksa diri buat kerja" Mikael berkata lalu diusap kepala Emilia. Emilia pula hanya mengangguk.
--
Emilia membuka mata perlahan-lahan lalu kepalanya diangkat. Telefon yang berada dimeja tepinya diambil dan dilihat sudah pukul lima lebih, dan diletak kembali. Badannya terasa lenguh dan lemah.
Dia bangun dari tidurnya lalu turun dari katil. Kakinya berjalan masuk ke bilik air, wajahnya dicuci kemudian dia keluar dari bilik air. Pintu dibuka dan gadis itu keluar dari bilik, matanya melihat kebawah mencari kelibat suaminya.
Lalu, kakinya laju menuruni tangga dan melangkah mencari suaminya. Ruang tamu, tiada. Akhirnya dia melihat Mikael sedang memasak didapur, lengan baju jejaka itu dilipat kesiku, apron dibadannya dan mata jejaka itu fokus memasak.
'Alahai, rajinnya suami aku ni. Berkarisma memasak' Emilia memuji dalam hati. Mata ungu gelap tertangkap susuk wanita. Lantas, dia tersenyum, Emilia mendekati suaminya dan melihat apa yang dimasak oleh suaminya.
"Sedapnya bau! Abang masak apa?" Emilia bertanya.
"Rice and some side dishes" Emilia melihat periuk nasi dan terlihat lampu kecil ada periuk nasi itu sudah bertukar hijau, bermaksud nasi sudah siap masak. Periuk nasi jenama Tefal ini memudahkan untuk memasak masi atau hendak mengkukus makanan.
Emilia mematikan suis dan dibuka periuk nasi itu. Haba panas terkeluar dari periuk nasi yang baru dimasak itu membuatkan wajah Emilia terus berpeluh, lantas tangannya mengambil senduk dan dicedok nasi itu.
'Perfect! '
Dua pinggan diambil dan dicedok nasi masuk kedalam pinggan. Mikael juga sudah siap menyiapkan lauk dan tangannya dicuci, Emilia meletakkan pinggan berisi nasi diatas meja.
"Sit, Chérie" Mikael mengambil pinggan ditangan Emilia dan diletak. Semasa Emilia hendak duduk, dia hampir terjatuh.
"Ah!" Mikael memegang tangannya dengan risau. Setelah itu, dia membangunkan Emilia dan Emilia duduk, tangannya memegang dahinya yang sudah sakit kembali.
"Chérie, nanti makan ubat, ok?" Emilia mengangguk perlahan dan Mikael duduk disebelahnya. Pasangan itu menjamu selera, Emilia hanya makan sedikit sahaja kerana terasa mual.
Seusai itu, tangan Mikael menyentuh dahi Emilia. Terasa dahi dan lehernya panas, lantas Mikael berjalan menuju kebilik air dan diambil sebesen air sejuk suam.
Besen air itu diletak dilantai. Kain diambil dan dicelup lalu memerah kain tersebut dan ditekap pada dahi Emilia. Kain basah perlahan disapu pada wajah Emilia dan disapu pada leher yang panas itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/357250331-288-k588721.jpg)
YOU ARE READING
1] Putera Mikael Isqandar
RomanceHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..