Emilia mendengus geram dan berjalan laju menaiki tangga. Tangannya terus membuka pintu bilik yang baru didiaminya tadi.
Gadis itu masuk dan mencari seluar yang tekah dipakainya semalam, Emilia ada menyelit telefon dipoket seluarnya.
Seluarnya dijumpai dalam bilik air lalu tangannya laju menyeluk poket seluarnya. Terpegang sesuatu yang keras lalu dikeluarkan, telefonnya dijumpai. Emilia tersenyum gembira.
"Yes! Yes! Yes!" Emilia lompat gembira keluar dari bilik air. Dengan adanya telefonnya, dia dapat menghubungi Lily. Jarinya menekan punat ditepi untuk menghidupkan telefonnya. Tidak bernyawa.
Dicuba kali kedua, tidak bernyawa juga. Kali ketiga, kelima, keenam.
"NOO!!!" Emilia menjerit.
Telefonnya sudah meninggal dunia empat hari lepas kerana gadis itu tidak mengecas telefon itu. Emilia terbaring dilantai bilik itu dengan kesal. Sudah tiada harapan, dia tidak dapat pulang atau menelefon sahabatnya.
"Kau betul-betul nak pergi ke?" Emilia melihat Mikael berdiri dimuka pintu sambil menyilangkan tangan kedada.
Emilia bangkit dari baringnya, telefonnya disembunyikan dibelakang. Mikael mendekati gadis itu, Emilia gugup lalu perlahan-lahan jalan kearah lain.
"S-saya tak boleh tinggal sini.." Emilia berjalan perlahan-lahan dan tangan Miakel menariknya dan disandarkan kedinding.
Emilia kaku diposisinya. Dirinya tersandar pada dinding, tidak boleh lari kerana berada diantara tangan jejaka itu. Jantungnya berdegup laju, salivanya ditelan banyak kali.
"Emilia..." Mikael bersuara, nafas jejaka itu amat hampir pada wajah gadis itu.
"I love you.." mata ungu gelap itu melihat Emilia dengan penuh kasih sayang.
Emilia memberanikan diri dan mengakat wajahnya melihat mata ungu jejaka itu. Wajahnya terus kemerahan mendengar perkataan itu keluar dari mulut jejaka kesayangannya.
"I.."
"I love you too..."
-
Lily terkeju dimuka pintu apabila melihat Emilia dihadapannya.
"Lily!"
"Emi!!!" Dua sahabat itu berpelukan dan tersenyum gembira.
"Emi!?" Pikka bergegas keluar dari biliknya setelah mendengar Lily menjerit nama Emilia.
"Pikka!!"
"Ya Allah, Emilia! Dah berapa haru tak jumpa kau dah nak masuk seminggu!"
Mereka peluk dan tersenyum lebar.
Haih, dah macam setahun tak jumpa. Nilah perempuan!"Dah, tak boleh bernafas nanti Emilia tu" Lily mengankat beg bagasi Emilia dan dibawa masuk kedalam. Pikka pula pelik melihat barang-barang Emilia berada di sini.
"Emilia? Kau nak tinggal sini ke?" Emilia mengangguk bersama senyuman lebar. Pikka terus kembali gembira.
"Yay! YAY! Kau tido dengan aku! Lily tido luar!" Lily menjeling tajam pada Pikka.
"Apa!?" Lily terus menggeletek badan Pikka. Pikka pula hanya gelak, Emilia hanya tersenyum lebar melihat gelagat mereka.
Setelah barang Emilia diletakkan didalam bilik. Lily dan Pikka keluar dan duduk diruang tamu bersama Emilia.
"Emi, kenapa kau kene tinggal sini?" Pikka menyoal dan duduk diatas sofa sambil mengunyah mister potato chip nya.
"Mikael yang suruh" Lily menjawab. Emilia mengangguk dan tersedar.
YOU ARE READING
1] Putera Mikael Isqandar
RomanceHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..