Knight hanya fokus melihat enam monitornya yang merupakan CCTV teesembunyi dalam bahagian syarikat Mikael.
"Knight, dia kat mana?" Ayrell bertanya, Knight mendengar tetapi tidak membalas dan masih fokus pada monitornya.
"Saw him, dia baru keluar elevator" Mata Knight berwarna hijaunya fokus melihat Mussa berjalan diiringi dua pengawal dalam monitor.
Mussa berjalan keluar dan masuk kedalam kereta. Mikael melihat dari tingkap besarnya dan menarik nafas lega. Mussa selamat berjalan masuk kedalam kereta dan dipandu pulang oleh pemandunya.
"Target safe " Suara Ayrell membalas dimikrofon pada jamnya, Mikael mengangguk.
_
Wajah Mikael muncul secara tiba-tiba dalam fikiran Emilia. Lalu, senyuman terbit dibibirnya. Sejak mereka meluahkan perasaan dan kejujurannya, Emilia lebih kerap memikirkan wajah Mikael.
Lily muncul bersama Pikka dibelakang Emilia.
"Emilia!" Tersentak lalu menoleh melihat sahabatnya dibelakang.
"Jauhnya termenung, fikirkan boyfriend ke?" Pikka bertanya bersama senyuman usik.
"Eh, eh tahu-tahu aje" Emilia menjawab. Mata Pikka membulat kecuali Lily, Lily sudah lama mengetahui Emilia sudah mempunyai teman lelaki.
"Eh, betul ke!? Kau dah ada boyfriend!? "
Emilia menangguk dengan teragak-agak."Oh my god, siapa!?"
"Sorry, tak boleh bagitahu nama!"
"Alaa.." Pikka melayukan diri. Lily pula tersenyum pada Emilia.
Ting! Ting!
Emilia melangkah kearah kaunter.
"Yes, order-" mata Emilia melihat Mikael dihadapannya.
"Mikael? Awak buat apa kat sini?" Emilia terkejut kecil.
"Kau habis kerja pukul berapa?"
"Um, hari ni balik pukul 8:20 malam. Kenapa?" Mikael senyum manis.
"Aku nak ajak kau pergi makan" Emilia memandang Mikael.
"Takpelah, awak ni susah-susah je"
Emilia menundukkan wajah malu hendak melihat wajah tampan Mikael."Apa susah-susahnya. Kau girlfriend akukan, apa salahnya kalau aku bawak kau keluar pergi dating.. "
Tangan Mikael menongkat dagunya. Wajah Emilia berubah merah lalu kepalanya dialihkan kearah lain. Blushing..
"Comellah kau ni, nanti aku datang balik ok?" senyuman manis diberi pada Emilia. Emilia mengangguk lalu melihat jejaka itu beredar dari cafe.
Kaki Emilia laju melangkah dari kaunter menuju kedapur. Lily yang sedang mencuci pinggan melihat Emilia.
"Lily, hari ni aku mungkin balik lambat tau, sebab Mikael ajak aku makan malam ni"
"Ok!"
"Ok? Betul ke kau bagi aku balik lewat ni?"
"Yes! Asalkan boyfriend kau ada dengan kau dan jaga kau baik-baik, faham?" Emilia gelak kecil mendengar.
"Ok, Miss Lily!" Emilia tabik pada Lily lalu beredar.
Emilia berjalan bersama senyuman lebar dibibir. Gembira betul dia..
![](https://img.wattpad.com/cover/357250331-288-k588721.jpg)
YOU ARE READING
1] Putera Mikael Isqandar
RomansaHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..