Bab 24 👑

189 3 0
                                    

     

       Emilia menukar cerita di television berberapa kali tetapi dirinya masih berasa bosan. Emilia turun dari sofa dan menuju kepintu utama, pintu dibuka dan melihat beberapa pengawal sedang mengawal.

"Uhm, encik?" Emilia memanggil salah seorang pengawal itu. Dan pengawal itu berjalan kearah Emilia.

"Ye, Puan?"

"Um, saya nak tanya. Mikael pulang pukul berapa?" Emilia bertanya pada pengawal itu.

"Selalunya, Encik Mikael pulang malam. Dan kadang-kadang lewat petang" Emilia mengangguk tanda faham dan mengeluh. Bermaksud dia akan bersendirian sehingga malam tiba.

"Puan, sila masuk ye untuk keselamatan Puan. Ini arahan Tuan Mikael" Emilia mengangguk dan terus melangkah masuk kedalam, pintu yang hendak ditutup terhenti apabila Emilia melihat satu motor besar masuk keperkarangan mansion nya.

Pengawal-pengawal tertunduk pada orang yang menaiki motor besar itu. Susuk tubuh itu seperti seorang perempuan bersama beg dan bagasi yang besar. Persoalan Emilia sekarang, macam mana bagasi tu boleh letak kemas atas motor besar itu!?
Tak jatuh ke!?

Helmetnya ditanggalkan dan terserlah wajah perempuan yang anggun menawan. Wajah perempuan itu amat cantik dan mampu memikat mana-mana lelaki.

Emilia melihatnya, perempuan itu mungkin dalam lingkungan dua puluh tahun lebih. Bermaksud dia adalah seorang gadis, gadis itu turun dari motor besar dan berjalan kearah Emilia.

"Um, ye c-cari siapa?" Emilia teragak-agak bertanya. Gadis itu memandang Emilia atas bawah dan tangannya yang tersarung sarung tangan berwarna hitam ditanggalkan.

Tangan diseluk ke dalam poket jaket kulit putihnya dan mengeluarkan sekeping gambar. Lalu, matanya memandang Emilia kembali.

"You Emilia Bin Mohd Emran?" Emilia yang mendengar mengangguk.

"Ye kenapa?" Gadis itu melopong dan terus memasukkan kembali gambar itu didalam poketnya.

"Oh my God! It's you! It is you! Oh, you Mikael wife! Oh my, you are so adorable!" Emilia melihat gadis itu dengan pelik dan hairan. Siapakah gadis ni? Macam mana dia kenal Mikael dan bagaimana dia tahu namanya?

"Hello, my name is B Bianca! You can call me B for short!" Gadis bernama Bianca itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Emilia. Emilia pula teragak-agak untuk menyalam gadis itu.

"Umm, hai Bianca" Emilia membalas senyuman Bianca.

"Ok, first of all. I nak ucapkan tahniah untuk perkahwinan korang. And I bawak hadiah untuk korang and I sebenarnya kawan Mikael dari Perancis. But now I came here! And don't worry Emilia, I already have a boyfriend so I won't stick with your husband!" Bianca menjelaskan sambil mengangkat bagasi dimotor besarnya. Emilia mengangguk janggal.

"Um, Bianca masuklah dulu. Awak minum dulu ok?" Bianca mengangguk setuju lalu masuk kedalam sambil membawa bagasinya.

Emilia menutup pintu dan mempelawa Bianca untuk duduk dahulu. Sebaik sahaja Emilia kedapur untuk membuat minuman untuk Bianca. Bianca mengeluarkan dan bermain telefon seketika.

Emilia membawa sedulang berisi dua cawan dan satu teko menghampiri Bianca.
Bianca yang sedang bermain telefonnya terus meletakkan telefonnya dan bangun menolong Emilia meletakkan dulang diatas meja.

"Here, let me help you" Bianca gegas mengambil dulang ditangan Emilia dan diletak diatas meja. Emilia senyum manis dan duduk dihadapan Bianca.

"So, tell me!" Emilia mengerutkan dahi.

1] Putera Mikael IsqandarWhere stories live. Discover now