Bab 11 👑

246 6 0
                                    

     

         Anjell terdiam. Ayrell melihat Mikael dan Anjell bergilir-gilir, Ayrell sebenarnya juga tertanya-tanya mengapa Anjell mengambil masa yang lama menghantar makanan pada Emilia.

'Dia nak saya teman dia' Anjell berbahasa isyarat pada Mikael. Mata Mikael pula memandangnya tajam. Ayrell yang sedang bermain telefon terus melihat mereka berdua bergilir-gilir.


"Kau gila Mikael. Apa kau ingat adik aku nak buat kat girlfriend kau tu?"


Mikael mengeluh kecil. Anjell pula teragak-agak berjalan dan duduk disebelah Ayrell.


"You are being protective, Mika"  Knight pula bersuara, mata hijaunya fokus melihat laptopnya.


"Shut up. Dia tengah buat apa Anjell?"


'Bersihkan badan' Anjell berbahasa isyarat. Mikael perlahan mengangguk.


"Rumah tu kau dah settlekan?"



"Dah, also rumah tu telah dijual dengan harga yang lumayan" Knight menjawab.



Emilia menyarungkan baju pada tubuhnya dan melihat dirinya didalam cermin. 'Cantik baju ni' Emilia berkata dalam hati, wajahnya disolek sedikit dan rambut ikal mayangnya disikat.


Kaki gadis itu mula melangkah keluar dari bilik. Sebaik sahaja dia keluar, matanya melihat isi rumah itu.


'Besar giler!! Kalau macam ni boleh sesat weh!'



Auranya merasakan ruang tamu hanya berdekatan sahaja, lalu Emilia melangkah turun anak tangga dan pusing kearah kiri. Matanya melihat tingkap besar ditepinya, ada beberapa orang yang berkot dan sedang mengawal dari luar.



Pintu berwarna coklat dibukanya perlahan lalu gadia itu melihat wajah-wajah yang dikenalinya. Jejaka-jejaka yang berada di ruang tamu itu melihatnya. Dengan teragak-agak Emilia mula hendak menutup pintu.


"Emilia!" Pintu yang hendak ditutup itu terbuka kembali apabila Ayrell memanggilnya.


"Come in!" Emilia dengan teragak-agak masuk dan pintu ditutup. Dengan perlahan dia melangkah dan berdiri dihadapan mereka.


"You alright?" Ayrell bertanya, dan Emilia mengangguk.


"Um, what happen?" Semua terdiam.


"Kau memang suka simpan semua masalah kaukan?" Mikael bersuara sambil melihat fail ditangannya.



"Ha?"


"Yes! Masalah kau kat sini, kau didera dengan Mak tiri kau yang sial tu, masalah kedua kau, kau kumpul duit banyak-banyak supaya kau dapat sambung belajar dekat Itali tapi Mak tiri kau yang jahanam tu ambil duit kau dan banyak sangat masalah kau kat sini. Aku malas nak cerita" Mikael berkata dengan tidak puas hati. Mussa pula hanya menahan ketawa, apa yang kelakarnya pun aku tak tahu.



"Ma-macam mana awak tahu?"



"Of course I know, you are my girlfriend and it's my responsibility to know everything about youlah! Haiyaa" Mussa hampir tersemburkan gelaknya, Ayrell pula menahan senyum, Knight menutup mulutnya yang sedang tersenyum. Anjell pula tersenyum lucu disebalik mask nya.



Emilia menjeling tajam pada mereka, membuatkan mereka mematikan senyuman dan ketawa. Tahu kau takot.


"Bagitahu saya, apa awak nak dengan saya? Apa jadi pada family saya?" Emilia bertanya, matanya melihat Mikael sedang membelek fail-failnya.


1] Putera Mikael IsqandarWhere stories live. Discover now