"Cakap!" Tangan terus mencengkam rambut lelaki dihadapannya dengan kasar.
"Bagitahu cepat, sebelum aku hilang sabar!" Jejaka itu memandang marah dengan wajah yang bengis melihat lelaki yang sudah berlumuran darah.
"Pergi matilah, setan.." lelaki itu berkata, dan jejaka itu ketawa kecil. Jejaka itu menarik nafas dan dihembus, menahan marah.
"Ayrell..." Ayrell jejaka bermata biru gelap itu menoleh pada suara yang memanggilnya. Mikael.
Ayrell dengan kasar melepaskan rambut lelaki itu, kakinya melangkah keluar dari bilik dan bertemu Mikael diluar. Kain dikeluarkan dari poket seluarnya dan dilap tangannya yang berdarah itu.
"Dia cakap tak?" Mikael bertanya.
Ayrell menggeleng, Mikael menahan marah, jarinya mengurut dahinya. Sudah beberapa minggu namun lelaki itu masih tidak mahu membuka mulut.
"Nak buat apa, sekarang? Takkanlah nak tunggu 1000 tahun baru dia nak bercakap?" Ayrell menyoal sambil menyandarkan badan kedinding dan tangan disilang kedada.
"Kalau dia taknak cakap....." Tangan kanan Mikael menyeluk poket dalam kot hitamnya. Ayrell hanya menjeling melihat Mikael. Dan buku jari tembaga berwarna hitam dikeluarkan, lalu disarungkan kejari kirinya.
"Kita paksa dia cakap" Mikael masuk kedalam dan menutup pintu. Lelaki itu yang berlumuran darah itu menjeling Mikael dengan dingin.
"Apa lagi kau nak?" Lelaki itu meludah darahnya. Mikael melihat lelaki itu dengan tajam, dengan laju tangan kirinya menumbuk wajah lelaki itu. Ayrell yang memerhati di tingkap bahagian luar terus bereaksi seakan menahan sakit.
"Uuh, sakit tu.." Ayrell berkata dengan perlahan.
Lelaki yang ditumbuk itu terus tertoleh kesebelah dan darah tersembur dari mulutnya. Tangan Mikael mencengkam kasar rambut lelaki itu.
"Kau nak cakap ke tak?" Mikael bersuara dengan mata yang berapi.
"... Syaitan betullah kau ni.." Mikael yang mendengar ayat tersebut terus ketawa. Lelaki itu hanya melihat perangai Mikael yang berubah secara tiba-tiba. Dia menganggap Mikael tidak waras, tiba-tiba sahaja gelak.
"Aku memang syaitan pun.." mata Mikael yang berwarna ungu gelap itu merenung keanak mata lelaki dihadapannya. Membuatkan lelaki itu takut untuk bersuara.
"Lebih baik kau cakap..atau.." Mikael menunjukkan sekeping gambar kepada lelaki itu. Gambar seorang wanita bersama anak lelakinya yang berumur 6 tahun. Lelaki itu terus terkejut.
"Isteri dan anak kau jadi mangsa.." Mikael berkata bersama senyuman jahat. Mata berwarna ungu gelap itu ditenung. Mulutnya digemam, air matanya mengalir.
"Nama dia Sharil.." Lelaki berumur 20 tahun lebih itu menangis dengan senyap. Wajah Mikael terus berubah dingin dan terus bangun, tetapi langkahnya terhenti, kepala menoleh melihat lelaki dibelkangnya. Lelaki itu menangis dengan senyap.
"Kau ada masalah ke dengan bos kau tu?"
Lelaki itu cuba menahan tangisannya, tetapi dia tidak mampu."Saya ada berhutang dengan bos saya, dia tahu saya diatangkap dengan Encik. Jadi dia berpesan untuk tutup mulut dan jangan bagitahu apa-apa pun, kalau tidak dia akan bunuh isteri dan anak saya termasuk saya, sebelum Encik.."
Mikael melihat dengan mata dingin. Kakinya tidak melangkah keluar tetapi melangkah kebelakang lelaki itu, lalu kunci dibuka dan gari ditangan lelaki itu dibuka.
Lelaki itu terkejut dengan perbuatan Mikael. Tangannya dilihat dan dilihat wajah Mikael yang dingin itu.
YOU ARE READING
1] Putera Mikael Isqandar
RomanceHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..