Bab 32 👑 [Special Chapter]

296 3 0
                                    

      

       "Yey! We are ready!" Emilia menjerit dan terus mengangkat Malique yang ketawa riang. Jam menunjukkan sudah pukul lapan pagi, mereka akan bergerak awal setiap kali hendak bercuti.

"Hari ni kita pergi camping! " Emilia mengambil beg sandang kecilnya dan mendukung Malique. Mereka keluar dari bilik dan kaki melangkah laju menuruni tangga.


Matanya melihat pintu utama yang terbuka luas menampakkan susuk Mikael berpakaian kemeja putih dan lengan dilipat kesikunya. Tangannya yang berotot  mengangkat beg sandang yang penuh dengan baju dan bekas hijau besar berisi makanan dan minuman lalu diletakkan barang-barang tersebut kedalam bonet keretanya.


"Ada lagi ke beg?" Mikael bertanya sambil mengangkat beg khemah.


"Takde dah, jom!" Emilia terus masuk kedalam kereta Alza berwarna ungu lavender.


Pikka memberitahu didalam group whatsapp untuk menaiki kereta Alza. Emilia yang melihat message Pikka hanya mengerutkan dahi, naik kereta Alza dan menggunakan warna kereta yang berlainan? Setelah itu, Emilia memberitahu Mikael untuk memakai kereta Alza untuk bercuti.

Mikael pula hanya mengakur sahaja dan membeli sebuah kereta Alza berwarna ungu Lavender, warna ungu itu sememangnya warna kegemaran Emilia. Kerana itu Mikael membeli kereta tersebut.

"Alright, let's go. Are you ready, Que?" Mikael berkata dan melihat Malique yang duduk ditempat duduk keselamatan bayi pada bahagian belakang.

Malique tersenyum riang sambil menghayunkan tangannya kedepan. Emilia gelak kecil dan tersenyum lebar melihat keriangan. Dengan lafaz bismillah Mikael mula memandu dan menuju kedestinasi pertama dimana mereka akan berkumpul sebelum berkonvoi.

Beberapa minit memandu Emilia melihat kebelakang, matanya melihat Malique yang sudah tidur. Bangun awal tidurlah dia.

Sesampai di sebuah stesen minyak, mereka terlihat beberapa buah kereta Alza yang berlainan warna. Mereka memberhentikan kereta dibelakang kereta Alza berwarna putih. Kelihatan seseorang keluar dari alza putih.

"Itu Mussa" Mikael diikuti Emilia keluar dari kereta. Enjin kereta dibiarkan hidup kerana Malique berada di dalam, masih tidur si kecik ni.

"Woi!" Levi menjerit pada Mikael.

"Engko tak reti bagi salam ke!?"

"Assalamualaikum, Pak Cik. Apa khabar?" Mikael memandang dingin padanya. Emilia berjalan kearah Lily.


"Lily!" Mereka bersalam dan kemudian. Pikka dan Bianca turut keluar dan bertemu mereka.


"Takde kereta lain ke nak suruh kami pakai?" Mussa bertanya.


"Biarlah, kereta Alza ni senang nak bawak. Tak terlalu besar dan kecil, nak bawak masuk hutan senang!" Lily membalas.

"Semua dah ada ke?" Mikael bertanya dan melihat sahabat-sahabatnya satu persatu.


Mussa, Lily, Pikka, Ayrell, Anjell, Bianca, Levi, Fabio, Gabriel, Mikael, Emilia dan Malique sahaja yang ada. Pikka memberitahu lima belas orang akan menyertai tetapi disini hanya ada dua belas sahaja, mana lagi tiga?

"Siapa lambat?"

Kemudian, kelihatan kereta Alza berwarna blue caramia. Mata ungu gelap melihat kereta itu berhenti dibelakang keretanya, kemudian pintu pemandu terbuka dan muncul wajah tampan Theo.

"Theo!" Theo tidak membalas dan hanya senyum kecil. Rosie turut keluar dan bertemu mereka.

"Ok dah semua dah kumpul. Yey! kita semua bercuti bersama-sama!" Pikka berkata dan melompat riang, Ayrell hanya menggeleng melihat perangai keanak-anakan Pikka.

1] Putera Mikael IsqandarWhere stories live. Discover now