Wajah Emilia yang baru lepas menangis, basah setelah mencuci di tandas. Gadis itu takut, amat takut untuk menghadap wajah ibu tirinya, jika ibunya dapat tahu bahawa dia mempunyai teman lelaki.
Bukan kerana hubungan sulit, tetapi takut jika mereka cuba merampas Mikael darinya juga. Semasa Emilia berada disekolah menengah, Emilia kerap disapa oleh pelajar-pelajar lelaki kerana Emilia adalah seorang pelajar perempuan yang amat menawan, cantik dan sopan-santun.
Sehingga suatu hari, sahabat lelakinya yang bernama Darma meluahkan perasaannya kepada Emilia. Emilia pula tidak mahu sahabatnya itu sedih jika dia menolak lamarannya, Emilia dengan gembira menerima lamaran Darma.
Darma amat gembira dengan jawapan Emilia. Darma adalah seorang pelajar lelaki yang comel, sopan dan bijak dalam pelajaran. Wajahnya yang comel juga sesuai bersama rambutnya yang serabai dan cermin mata bulatnya.
Ibu dan Kakak tiri Emilia berasa tidak berpuas hati dengan Emilia. Kerana Emilia adalah gadis yang selalu menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah. Lucinda yang paling tidak berpuas hati padanya.
Ibu tirinya tidak mahu melihat Lucinda sedih jadi dia merancang sesuatu. Di sekolah, Lucinda rapat bersama Darma apabila Emilia ada bersamanya. Sehingga itu, Lucinda cuba mencederakan diri dan menfitnah Emilia melakukannya pada Darma.
Darma pula hanya kesal. Dan percayakan Lucinda, Emilia pula cuba membetulkan keadaan tetapi tidak dipercayai oleh Darma. Emilia mula menitiskan air mata.
Setiap tahun, setiap masa Lucinda dan Ibu tirinya akan selalu merancang rancangan jahat yang sama dan cara yang lain membuatkan Emilia perasan sesuatu. Ibu dan kakak tirinya tidak mahu Emilia bercinta atau disukai mana-mana lelaki.
Emilia mula menitiskan air mata kembali.
"Emi?" Rosie tiba-tiba muncul di muka pintu. Emilia terus mengesat air mata dan mencuci wajahnya semula.
"You ni dah kenapa? Tiba-tiba je menangis macam budak-budak" Emilia menghiraukan kata-kata Rosie dan terus keluar dari tandas. Rosie menjeling gadis itu, dan berdiam diri. Rasa kasihan ada dalam dirinya. Rosie rasa kasihan melihat Emilia.
Mengapa?Kerjanya dilakukan seperti biasa. Dari jauh Mikael memerhatikan gadis itu, tangannya yang disarung glove hitam mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan mendail nombor seseorang.
"Hello? "
"Knight, can you do me a favour?"
"What? "
"Aku nak kau selidik siapa Emilia Bin Mohd Emran, apa nama keluarga dia. Masalah dia semua"
"Wow, kau ni dah obsessed dengan dia ke? Sebelum ni, kau suruh aku selidik bunga apa dia suka " Mikael mengeluh. Ahh, kantoi Mikael uhoho.
"Boleh tak?"
"Boleh "
Mikael terus mematikan panggilan. Mata ungu gelap itu melihat gadis kesayangannya sedang membuat kerja. Dan terperasan sesuatu, Jejaka itu melilau mencari seseorang. Mana Lucinda?
Lucinda melangkah masuk dan menghentakkan kaki dengan marah, punggungnya dilabuhkan kesofa. Puan Kristina yang baru keluar dari bilik melihat anaknya dengan senyuman, lalu menghampirinya.
"Lucy, kenapa ni?" Tangan mengusap
rambut anaknya itu. Lucinda mengeluh berat dan menayangkan wajah sedih."Lelaki tu tak tergodakan Lucy pun! Selalunya, jadi je dengan lelaki lain!"
Puan Kristina serius.

YOU ARE READING
1] Putera Mikael Isqandar
RomanceHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..