Emilia mendekati meja sahabat-sahabatnya bersama senyuman lebar dan gembira.
"Emilia!!" Pikka memeluknya lagi. Eih, budak ni memang suka betul peluk orang. Emilia berdiri ditepi mereka dan melihat Rosie dan Theo duduk bersebelahan sambil bergurau senda. Emilia terus tersenyum lebar melihat mereka.
"So, are you happy now? Kau dah kahwin dah sekarang, and kau akan hidup bahagia. Tiada gangguan lagi.." Emilia mendengar kata-kata Pikka dan hanya berdiam sahaja.
"Happy sangat! Eh, tapikan!" Lily dan Pikka mengerutkan dahi.
"Korang bila pulak?" Pikka dan Lily memandang sesama sendiri. Dan tersenyum nipis.
"Tak apa, jodoh ditangan Tuhan. Adalah nanti yang nakkan korang jugak.. Insya Allah akan ada.." Rosie menjawab bersama senyuman manis. Theo pula hanya memandang gadisnya itu dan sambung makan.
Emilia melihat jari Theo dan Rosie. Ada cincinlah.. Emilia menutup mulutnya yang tersenyum lebar. Secara tiba-tiba, tangan melingkar dipinggangnya membuatkan Emilia tersentak.
"Kau tak nak makan ke?" Mikael berada dibelakangnya. Emilia pula terkejut dan terasa sesak nafas kerana tangan Mikael melingkar dipinggangnya. Sesak nafas kejap..
"Nak makan, tapi takpelah sekejap lagi saya makan" Emilia berbisik pada Mikael.
Mikael pula memandangnya dingin dan terus pergi meninggalkan gsdis itu.Emilia melihat jejaka itu pelik. Kenapa tiba-tiba dingin je ni? Emilia masih tidak mahu makan sekarang kerana kakinya sering berasa sakit apabila berjalan.
"Emilia, duduklah!" Fabio mempelawa Emilia untuk duduk disebelahnya. Emilia pula teragak-agak untuk duduk, kerana berada berdekatan dengan lelaki lain. Yelah, dia dah kahwin kot and then duduk pulak sebelah lelaki lain..
"Emilia, are you happy today?" Emilia memandang Fabio yang sedang memerhatikannya.
"Yepp, very happy and nervous.. Hehe" Emilia tergelak janggal.
"You are so lucky to have a husband like him, Emilia.." Levi pula bersuara sambil meminum airnya.
"Ehmm..thank you?" Sumpah dia rasa janggal sekarang sebab dia duduk bersebelahan Fabio dan muncul pula si Gabriel yang duduk disebelahnya.
Emilia kini duduk diantara Fabio dan Gabriel. Secara tiba-tiba, satu pinggan berisi nasi minyak berlauk dalca sayur dan ayam masak merah diletakkan dihadapannya.
Emilia melihat gerangan yang memberikan makanan itu. Mikael berwajah dingin berada dibelakangnya meletakkan pinggan tersebut lalu ditarik rambut Fabio.
"Auh, adoih!! Woi!!" Fabio mengerang sakit akibat rambutnya ditarik oleh Mikael.
"Kau selamba je duduk sebelah bini aku dekat-dekat ye! Kau bangun sekarang!" Mikael berkata dan menarik rambut jejaka itu. Fabio pula mengerang sakit.
Lalu, Fabio bangum dari tempat duduk. Mikael pula yang duduk ditempat duduk Fabio tadi sambil melihat dingin pada Emilia. Emilia pula tersentak, takut melihat Mikael seperti hendak menerkamnya.
"Makan tu aku dah ambikkan untuk kau" Mikael berkata dengan lembut. Emilia menangguk.
"Terima kasih awak.." Emilia berkata tanpa melihat mata ungu gelap yang dingin itu. Lalu, dia makan dam berborak bersama sahabat-sahabatnya.
_
Seusai mereka berjamah, para tetamu mula satu persatu pulang. Mikael berterima kasih pada mereka kerana sudi datang ke majlis perkahwinannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/357250331-288-k588721.jpg)
YOU ARE READING
1] Putera Mikael Isqandar
RomanceHe set fire to the world around him but never let a flame touch her... 👑 Mikael × Emilia🌹 .. {WARNING NO COPY}❌ {IDEA DAN REKAAN SENDIRI}✔️ {MALAYNOVEL} enjoy your read..