“Aku tunggu dalam kereta, hang pi sorang boleh?”
Aku cebik bibir, tangan masih sibuk membelek wajah di cermin, mahu memastikan semuanya terletak elok, setelah berpuas hati Aku toleh ke arah Zar yang masih sibuk membelek telefon pintar di tangan, Kereta yang betul-betul diparkir di hadapan Zus Coffee kerana hutang budi yang dibuat kemarin,
“Ala teman la, saya order air bukanya satu saja untuk saya, untuk awak, untuk Dahlia, untuk Nek Khadijah sekali”
Rungut diriku, Aku lihat dia menghela nafas panjang sebelum wajahnya tepat memandang ke arah Aku, telefon di tangan diletak tepi
“Depa bukanya tak bagi beg kertas kan, mengada sungguh hang tau dak hang ni?”
“Ishh yelah-yelah, tunggu tau, awak jangan pergi mana-mana”
Aku buka pintu kereta lalu Aku tutup agak kasar, protes, Bukan mahu mengada cumanya entahlah, kalau dengan Zafran dia akan selalu menemani, akan cuba sedaya upaya untuk ringankan beban bahkan untuk biarkan Aku mengangkat kotak sekalipun dia akan larang, jadinya diri ini sudah terbiasa.
Manja, itu perkataan yang sesuai!
Tapi apabila dengan Zar Uzair ini, semuanya terbalik, hati kering beku mengalahkan ais kutub utara, Macam tadi, Nek Khadijah kirim kepada kami untuk membeli barangan basah untuk dapur, Yaa memang Zar yang membayar semuanya tapi tidak sedikit pun dia menghulurkan tangan untuk memegang plastik berisi bahan basah itu, dengan selamba berjalan lenggang kangkung dan yang susahnya adalah Aku!
Pintu masuk Aku buka lalu Aku lihat pesanan yang Aku pesan sudah siap, total empat semuanya, dan semestinya Zar yang tolong bayarkan. Agak-agak kalau hidup bersama Zar ini betapa bertuahnya kerana dirinya tidak lokek dengan duit tetapi menghadap perangainya pula adalah satu cabaran.
"Terima kasih"
Ucapku ikhlas lalu berlalu pergi, namun apabila Aku sampai pada kereta, ianya berkunci! Aduh sudah Aku katakan padanya supaya tunggu, mamat ini menghilang entah ke mana pula? Sudah la panas, sekarang tepat pukul dua petang dan matahari betul-betul terasa terasa tegak di atas kepala, rambut yang diikat dengan pony style juga terasa melekit di tengkuk dek peluh
“Drrrrrr”
Telefon yang berbunyi menandakan panggilan masuk Aku lihat, tertera nama Zar di skrin, lekas Aku slide ke tepi dan menjawab panggilanya,
“Hello awak dekat mana ni? Kan saya suruh tunggu”
“Assalamualaikum”
Tersedak aku dibuatnya, kerana tergesa-gesa sampaikan salam juga aku tidak berikan, dengan suara tersekat-sekat kerana malu aku menjawab
“Err waalaikumussalam, awak dekat mana ni? Bayang awak pun saya tak nampak, panas ni kalau saya pengsan macam mana?’
“Alah bukan panas macam kat neraka tu, jangan duk buat merap sangat boleh dak, hang pandang depan”
Aku kerut dahi, pandang hadapan? Aku gerakkan bebola mata ke arah hadapan dan dari seberang jalan Aku lihat dia, Zar Uzair berdiri tegak sambil melambai ke arah Aku,
“Haa, mai lintas sini, jom makan dulu”
Aku anggukan kepala lalu panggilan Aku putuskan. Kepala tertoleh kekiri dan kanan untuk melihat kereta yang lalu lintas, Ishh bukan main banyak lagi dan hampir dua minit Aku terteleng kepala akhirnya Aku bawa langkah ku deras melintas jalan ini, Zar masih setia berdiri di situ dan apabila aku sudah hampir ke arah dirinya ada satu kereta meluncur laju walhal lampu isyarat sudah berwarna merah,
“Pinn” hon kereta berbunyi nyaring,
Otak terasa kosong, terasa darah berhenti mengalir dalam badan kerana situasi yang sendiri Aku tidak jangka, Aku pejam mata dan terasa pegangan pada beg kertas coffee juga sudah melurut jatuh ke bawah, Dan apa yang lebih menyebalkan adalah kaki terasa kaku tidak bergerak
YOU ARE READING
ZAR | COMPLETED
RomanceCOMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibir...