BAB 38

20.3K 1.2K 106
                                    

Recommended song: Takdir tercipta by Hafiz & Adira

" Adwa makan sikit pun jadilah" Untuk ke sekian kalinya rayuan Mama Aku endahkan. Mata kembali melihat ke arah langit yang terbentang luas, rongga pernafasan menyedut udara yang terasa aman dan damai. Ahh, alangkah bagus kalau hidup Aku juga seperti ini.

" Mama letak bubur ayam tepi ni yaa, kalau dah sejuk, panggil, Mama boleh panaskan balik" Mama cium dahiku perlahan, automatik badan terasa keras. Trauma dengan sentuhan, bersentuh kulit mahupun sesama jantina.

Ini adalah hari keempat Aku dibenarkan keluar daripada hospital. Keadaan fizikal sudah membaik pulih, namun dari segi mental? Aku boleh dikategorikan sebagai pesakit gila.

Gila, Iyaa kenapa gila? Kesan daripada apa yang Zafran lakukan, ianya telah membangkitkan rasa ketakutan ekstrem terhadap kaum Adam, meskipun kepada ayah kandung sendiri. Pantang disebut nama lelaki jahanam itu, Aku mula kehilangan akal waras.

Zafran? Dia ditahan reman dan sedang menunggu hari pembicaraan. Aku akan menuntut cerai secara fasakh. Kenapa?

Mengikut Seksyen 52 (1) dibawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984, sang isteri boleh meminta permohonan fasakh di mahkamah dengan beberapa alasan seperti selalu menyakiti isteri dan menyebakan kehidupan isteri menderita, memaksa isteri hidup secara lucah, menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan wajib dan sebagainya.

Dan untuk Zafran, usah dikata. Dia memanggil Aku dengan gelaran nusyuz walhal dia? Sampai mati sekalipun Aku takkan lupa, dan andai hidup dia ditakdirkan panjang, biar dia lalui dan terseksa dengan rasa bersalah sampai ke liang lahad.

Itu adalah hukuman buatnya.

Bebola mata kembali meliar melihat pemandangan di depan mata, Adwa Naila yang sekarang ini bukanya Adwa yang sama seperti dahulu. Dahulu wanita yang bernama Adwa ini sentiasa tersenyum, sentiasa cantik wajahnya dihiasi solekan dan gincu yang merah, sentiasa memakai pakaian yang warnanya ceria dan memukau mata sesiapa yang memandang. Sentiasa mengemas kini kisah hidupnya di dalam sosial media.

Sekarang? Pftt ingin Aku ketawa sekuat hati. Hanya wanita yang bibir pucat, wajah sembap, dan terlalu kurus. Baju pula sekadar t-shirt hitam. Padan dengan hidup yang Aku lalui sekarang ini.

" Zar..." Tersasul nama lelaki itu di bibir kering ini. Rasa bersalah masih berbekas di hati. Setelah kejadian dimana Aku menusuk kaca ke lengan miliknya, dan apabila Aku sedar kembali, dia sudah menghilang entah kemana. Yang ada hanyalah satu buku kecil terselit di beg milikku.

Aku ingin bertemu denganya, ingin memohon maaf namun akal ini berkata tidak. Lihat sahaja apabila Papa ingin berjumpa denganku, automatik tubuh ini mengiggil sejuk, dan jantung dipam laju.

Ianya akan mengambil masa. Ingin berputus asa, namun sampai bila? Aku juga ingin hidup seperti dahulu. Dimana Aku boleh ketawa dan bergembira tanpa rasa sakit seperti yang Aku rasakan sekarang ini.

Aku pantas membuka beg baju yang Aku bawa ke rumah Nek Khadijah dulu, lalu buku kecil pemberian lelaki itu Aku capai. Ada tertulis nama Zar di hadapanya. Aku labuhkan punggung di birai katil lalu tangan ini menyelak satu persatu helain kertas itu.

Aku terkedu.

Di setiap helain itu...adanya coretan ayat mengenai diriku. Apa yang dia rasa, apa yang dia ingin lakukan. Setiap patah itu Aku baca dengan bibir yang Aku ketap kuat.

" Aku suka dekat dia...tapi dia milik orang lain Ya Allah"

" Hari nikah dia, Aku nampak dia adalah wanita yang paling bahagia di muka bumi, jadi Aku lepaskan rasa cinta Aku, Aku ketepikan perasaan Aku asalkan dia bahagia"

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now