BAB 21

18.6K 982 167
                                    

Buat kesekian kalinya Aku tilik penampilan Aku di cermin. Simple berpakain mini dress berwarna soft blue, dengan corak bunga-bunga kecil.

Namun Aku rasakan ada yang tidak kena, rambut diikat gaya messy ponytail, haih sudah hampir setengah jam Aku berdiri di hadapan cermin ini. Zafran juga bakal tiba tidak lama lagi.

“Tak nice la Adwa” Gumamku sendirian.

Aku buka kembali pintu almari baju, diselak satu persatu helain baju namun semuanya tidak kena dengan mood Aku hari ini. Kebanyakan baju yang Aku ada semuanya jenis short dress, jarang sekali Aku membeli pakaian yang lebih bertutup.

Betapa jauhnya Aku dengan tuhanku, hinggakan tiada secebis rasa malu menghinap di hati apabila Aku gayakan pakaian haram ini.

Terlalu jauh Adwa Naila.

Dicari lagi hingga mata Aku tertacap pada satu helain baju, baju yang pernah dihadiakan oleh Dahlia kepadaku. Abaya. Abaya yang berwarna dark maroon berserta shawl yang berwarna sama. Tanpa berfikir panjang, Aku ambil abaya itu. Digosok ala kadar lalu disarungkan pada tubuh badan. Aku tilik penampilan Aku kembali.

Cantik. Ayu. Dua perkataan yang terlintas di akal fikiran.

Tangan Aku mengagau shawl yang disertakan sekali dengan abaya ini, diambil lalu diletakkan ala kadar di atas kepala.

“Tapi lebih cantik macam ini”

Itu ayat yang pernah dituturkan oleh Zar sewaktu dia meletakkan shawl di kepalaku tempoh hari. Aku senyum manis. Kali ini hati terasa lebih selesa dan berpuas hati dengan pakain yang Aku kenakan. Dia sesungguhnya sahabat yang terlalu baik buat diriku.

“Tapi takkan nak pakai macam ini je?”

Dilihat shawl di atas kepala yang diletak secara ala kadar. Tangan mula membuka telefon pintar, carian mengenai style hijab terkini Aku buka. Berkerut-kerut kening dibuatnya.

Susah!

Semuanya style yang susah digayakan. Aku bukanya perempuan yang selalu mengenakan hijab, kalau iya pun hanya beberapa kali sahaja, Aku scroll lagi hingga mata Aku tertacap pada satu style tudung, simple dan mudah.

Tangan mula membelit mengikut panduan yang diberi, jarum peniti pula Aku rembat daripada bilik mama.
Hampir sepuluh minit Aku mencuba dan akhirnya setelah Aku berpuas hati, Aku lirikkan senyuman.

Aku berdiri di hadapan cermin sekali lagi, terasa sesuatu di hati. Satu perasaan yang tidak mampu digambarkan melalui kata-kata.

Ini kalau Zafran nampak, apa agaknya reaksi dirinya ya? Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan dia hari ini. Sedang Aku memuji diri sendiri, telefon bimbit di atas meja berbunyi menandakan adanya panggilan masuk.

“ Drrrr”

Panggilan telefon daripada Zafran segera Aku jawab dengan hati yang berbunga riang.

“ Hello sayang” Jawabku dengan nada yang terlebih girang.

“Hello dear, Zaf dah sampai ni, Zaf tunggu dekat bawah yaa, pakai yang simple-simple je tau, nanti susah pula nak fitting baju”

“Alright, kejap Adwa turun ok?”

Panggilan daripda Zafran Aku putuskan. Sekali lagi Aku betulkan shawl, dilabuhkan sedikit menutupi dada. Aku gapai handbag di atas meja solek. Dimasukkan segala barang yang Aku rasa perlu Aku bawa. Sebelum sempat Aku melangkah keluar dari bilik ini, mata secara tidak sengaja terlihat akan pemberian hadiah daripada Zar Uzair sempena majlis pertunangan Aku.

Satu set handsock muslimah lengkap.
Alang- alang handsock pemberian darinya kena dengan baju abaya Aku hari ini, kenapa Aku tidak pakai sahaja?

Diambil salah satu handsock itu lalu Aku sarungkan pada lengan.

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now