BAB 48

20K 1K 103
                                    

Keranamu- Dani Kurama

Kepulauan Sabah, Pulau Mantanani

Nafas yang dihembus terasa kasar pada pendengaran telinga. Setiap satu di antara mereka tahu bahawa serkiranya malam ini mereka dijemput illahi, ketahuilah bahawa perjuangan mereka ini bukanlah sia-sia, melainkan demi tanah air yang tercinta.

Kerana apa yang mereka lakukan ketika ini adalah satu jihad. Jihad yang tidak semua insan mampu lakukan.

" Bismillahirrahmanirrahim"

Masing-masing menadah tangan, khusyuk mendengar setiap bait doa yang dilafazkan.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), hinanya kesengsaraan, keburukan qadha' (takdir), dan kegembiraan para musuh."

Diaminkan. Zar tatap setiap satu anak buahnya, gugup di hati ditahan sedaya upaya yang boleh. Ini bukan kali pertama bahkan sudah acap kali mereka melakukan misi yang merbahaya seperti ini, sudah beribu kali nyawa mereka hampir melayang namun entah kenapa malam ini dirinya terasa lain.

Seolah-olah...ada sesuatu yang bakal berlaku. Sesuatu yang sangat buruk.

" Ingat, kita masuk secara senyap, rampas dan tembak sehingga mati andai pihak musuh tak nak negosiasi. Kalau cover kita burn, paling penting tangkap suspek utama kita, Rieyu Kim, dan selamatkan penduduk kampung kalau ada antara mereka dalam bahaya" Sekali lagi Zar mengingatkan anak buahnya.

" Zar" Arthar seru nama Zar perlahan, jauh di lubuk hati berharap Zar mungkin akan merubah permikiran andai terjadi sesuatu yang negatif. Tetapi dia Zar Uzair, bagi dirinya nyawa rakan-rakan nya, nyawa penduduk kampung dan insan yang tidak berdosa jauh lebih utama berbanding diri sendiri.

Kerana itu adalah harga bagi beret unggu yang disarung di atas kepala. 

" Keselamatan hempa semua jauh lebih penting dari diri Aku"

" Jadi...kalau plan yang kita rancang gagal, dan keadaan terlalu mendesak, tinggalkan Aku. At least kalau hempa selamat, ada info yang boleh kita beritahu pihak atasan, faham?" Masing-masing mengangguk mengerti. Sekarang pukul sembilan malam...dan laut luas terlihat sangat nyaman ketika ini.

Aman sebelum badai melanda.

Helikopter Fennec yang membawa mereka semakin lama semakin dekat pada destinasi yang dituju. Rancangan mereka ialah, mereka akan turun daripada helikopter yang membawa mereka menggunakan tali. Teknik Fast Ropping ( FRIES) akan diguna pakai seperti mana yang telah mereka semua setujui.

" In two minutes!"

Pintu helikopter dibuka, serentak itu terasa wajah mereka ditampar angin laut yang dingin hingga dirasai ke tulang dalam. Di bawah sana, bot tempur atau lebih dikenali sebagai Rigid Hull Inflatable Boat telah siap menunggu mereka. Satu persatu melangkah turun ke bawah dan apabila tiba giliran Zar, bahunya ditepuk oleh seorang bintara muda.

" Tuan...saya doakan kepulangan tuan dan ahli yang lain. Saya tahu datang nya kita di sini tidak pernah  dijemput dan tidak pula dialukan...tetapi tuan asbab itulah kita saling menjaga antara satu sama lain, Saya doakan tuan selamat..."  Tabik hormat diberikan, Zar senyum lembut.

" Insyallah" Lalu tangan nya mengenggam erat tali yang siap dipasang. Seusai kakinya melabuh di bot serba hitam itu, isyarat diberikan.

" This is GAMA leader, we ready to go" Walkie talkie yang berada di tangan digenggam kemas, menunggu arahan selanjutnya.

" Proceed dengan Ops Mantanani"

Enjin boat tempur membelah laut malam, berdasarkan mata-mata yang telah dipasang, Kumpulan dadah yang diketuai oleh Rieyu ini menggunakan bahagian belah utara pulau sana, dikelilingi dengan paya bakau jadi mereka memilih untuk berlabuh di belah selatan. Kawasan yang terletak agak jauh dari perkampungan nelayan, harus meredah hutan yang agak tebal sebelum mereka sampai ke titik lokasi.

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now