BAB 24

20.2K 1.1K 195
                                    

Recommended song: sumpah dan cinta matiku by nidji.

Dilihat jam di pergelangan tangan, sudah pukul sepuluh setengah malam dan kelibat wanita yang ditunggu masih lagi tidak kelihatan. Hati terasa sebu, darah bagaikan dipam-dipam. Dia marah, dia kesal dan segala perasaan negatif mula bercampur baur dan ianya menyebabkan emosi yang dirasakan sekarang berkeceramuk. Angin malam yang berhembus lalu menampar wajahnya juga tidak mampu menenangkan rasa di hati.

Lelah.

Sakit, sakit yang berdarah. Sakit yang menyebabkan hatinya berasa perih. Sakit yang membuatkan seluruh tubuh terasa dipaku dan tidak mampu berbuat apa-apa. Sakit yang menjadi punca dirinya tidak merasa aman sedari tadi dan punca sakit ini berpunca daripada darah daging sendiri. Bukanya orang luar.

Ayah yang memaksa, Ayah yang tidak memahami dan juga membuang dirinya bertahun- tahun lamanya. Anak mata hitam itu meliar ke kiri dan kanan, pasangan yang bahagia, bergelak tawa, bertepuk tampar dan semestinya itu bukan dirinya.

Esok pagi Adwa bakal bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Zafran. Dan dia masih di sini, mengikut kata sang ayah walaupun hati berkata tidak. Hati lelakinya tidak setuju akan tindakan yang dia lakukan sekarang ini.

Kalau Hawa masih hidup agaknya apa yang wanita itu akan lakukan?. Zar senyum hambar, pandangan mata dibawa ke arah hadapan. Melihat laut malam yang tenang.

Hawa akan menyokongnya, Hawa akan menasihati dirinya, membebel melihat sikap bodohnya seperti sekarang dan Hawa akan sentiasa berdiri teguh di belakang Zar tanpa berdolak dalih. Kerana Hawa adalah insan yang sangat memahami dirinya, lebih daripada sesiapa pun.

"Abang bodoh kan Hawa?, Tak suka tapi ikut jugak kata pak...". Gumamnya perlahan.

Hawa, sebaris nama yang mampu mengentarkan hatinya, wanita yang memegang takhta yang paling tinggi dalam carta hati, namun itu dahulu. Pandangan nya mula terasa berbalam, air mata yang bertakung sedari tadi mula tumpah namun cepat-cepat dia kesat.

"Mesti Hawa rasa abang bodoh kan?". Dan ingatanya kembali melayang ke masa lalu.

Enam tahun yang lepas, Nurul Hawa Binti Abdulullah telah kembali ke rahmatullah, meninggalkan Zar dan ahli keluarganya di dunia fana ini. Hawa adalah anak angkat yang dibesarkan oleh Ibu dan Ayahnya semenjak dia berusia dua belas tahun disebabkan kedua ibu bapanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Zar senyum nipis, teringat segala memori antara dia dan Hawa.
Sepanjang Hawa bersama keluarga mereka, tiada sedikit pun layanan kekok ataupun tidak baik diberikan padanya, Hawa ditatang bagaikan minyak yang penuh, dan dalam kalangan ahli keluarga Zar, ayahnya yang paling rapat dan menyayangi Hawa. Dia dan Hawa sebaya, jadinya mereka mudah rapat.

Pergi sekolah, pulang, sekelas, senang cerita semuanya dilakukan bersama-sama menjadikan dia dan Hawa erat, lebih daripada adik beradik Zar yang lain.

Hingga dia dan Hawa mencintai satu sama lain. Degup jantung mereka berirama satu lagu yang sama. Dan apabila ayah mengetahui hal ini, dia yang paling gembira, dia yang paling merestui hubungan mereka berdua. Lagi satu bulan berbaki sebelum mereka bakal melangsungkan majlis akad nikah, Hawa, kekasih yang dia kasihi dan disayangi dianayai oleh sahabat yang dia percayai.

Sahabat yang bertahun-tahun dia kenal memilih untuk menikam Hawa hingga mati jiwa wanita itu. Diupah kaum Adam untuk memperkosa kekasih hatinya, dipukul hingga seluruh badan Hawa lebam sana sini dan asbab perilaku kejam itu adalah disebabkan dirinya. Wanita yang bertanggungjawab melakukan semua ini memberikan satu alasan yang sangat tidak munasabah, Alasanya adalah dia menyukai dirinya, dan dia tidak mampu menerima hakikat bahawa Hawa bakal menjadi suri hati kepada lelaki yang dia cintai.

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now