Dengan langkah yang berjaga-jaga mereka berdua berjalan melintasi bilik-bilik kosong yang terletak di dalam rumah kosong itu. Langsung tiada jejak yang menunjukkan bahawa adanya orang lain selain mereka berdua di situ.
“ Ocean rasanya kita dah salah tempat, lagipun lelaki tadi pergi ke arah yang berlawanan”
Dika menyentuh perlahan bahu Zar dari arah belakang, menunggu respon daripada ketua team nya. Memang dia sudah menyangka mereka sudah salah arah. Cis sangat membazirkan masa. Entah-entah suspek itu sudah bolos entah ke mana dan usaha mereka untuk menumpaskan sidiket Macau Drugs semakin nipis.
Namun Zar masih tidak memberikan sebarang respon. Matanya tajam meliar ke segenap ruang.
“ Tuan..”
“ Shhh”
Pantas dicantas ayat yang bakal dilontarkan, tangan diisyaratkan supaya diam dan tidak menuturkan sebarang kata. Deria pendengaran difokuskan sehabis baik.
“ Krekkk”
Bunyi lantai kayu dipijak. Serentak mereka berdua memandang ke arah atas. Zar mengangguk kepalanya, tangan diangkat menunjukkan isyarat ke arah Dika, isyarat supaya menghantar mesej kecemasan kepada ahli pasukanya yang lain.
Suspek itu ada di sini.
Kaki dibawa melangkah menaiki tangga yang sudah rapuh dimakan anai-anai. Cukup rapuh dan serkiranya mereka salah langkah, mereka berdua bakal jatuh ke bawah dan apa yang lebih malang tubuh mereka bakal terhempap mengenai kaca-kaca yang sudah pecah.
Betul-betul terletak di bawah tangga itu.
Seusai mereka berdua tiba di lantai kedua, yang ada hanyalah satu bilik kecil dan pintu bilik itu sudah terbuka separuh. Masing-masing mengangguk, suspek itu ada di situ, mereka yakin. Zar mengeluarkan pistol sejenis COLT M1911A1. Sejenis pistol yang mampu memuatkan tujuh butir peluru. Pistol yang diselitkan di sebalik jaket kulit yang dipakai. Diacu pistol itu ke arah hadapan sebagai langkah berjaga-jaga.
“ Dika”
Arahnya perlahan, Endika mengangguk tanda mengerti. Dengan tindak-tanduk yang berhati-hati dia menolak perlahan pintu yang sudah separuh terbuka itu menjadi lebih luas supaya mereka berdua mampu melihat ruang di dalam.
Bilik itu gelap, hanya disimbah cahaya daripada tanglung-tanglung merah di luar. Dengan keadaan bilik yang berantakan, patung porselin yang pecah merata di lantai menyapa pandangan mata mereka. Dan apa yang lebih menarik perhatian, di hadapan mereka adanya lelaki.
Lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam menutupi kepala, di tanganya ada satu kertas kecil berwarna merah berlogo naga berwarna emas. Dan dia berdiri membelakangi mereka berdua. Zar dan Endika mengacukan pistol ke arah lelaki itu dan bila-bila masa sahaja mereka boleh menarik picu pistol ini. Automatik lelaki asing ini mati.
“ Kami tentera, angkat tangan dan serahkan diri”
Zar menjatuhkan arahan dengan nada yang terlebih dingin. Peluang untuk mereka menyelesaikan kemelut Macau Drugs ada di hadapan mereka. Namun si lelaki itu masih diam tidak bergerak.
“ Aku kata angkat tangan!”
Urat tegang mula timbul di bahagian dahi. Sebal. Itu yang Zar rasakan kerana berjumpa penjenayah yang degil walhal dia merasakan mereka berdua sudah cukup bertoleransi. Mereka boleh sahaja menembak mati lelaki ini namun informasi lebih penting. Lebih berharga daripada nyawa insan tidak berguna di hadapan mereka.
“ Tuan” Endika menepuk bahu Zar, meminta keizinan agar dirinya diberi peluang untuk mengendalikan situasi ini. Bukan Endika tidak tahu, Zar Uzair ketuanya ini nampak sahaja berperangai bersahaja dan gila-gila namun adakalanya kesabaran yang ada di dalam diri hanyalah nipis senipis kulit bawang.
YOU ARE READING
ZAR | COMPLETED
RomanceCOMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibir...