BAB 39

19.2K 1.1K 102
                                    

Recommended song: Sejati by Faizal Tahir


"Awak tak panas ke?" Soalan yang tertahan di hujung lidah akhirnya terkeluar. Pandangan risau Aku berikan pada Zar. Namun dia menggeleng kepalanya, tangan pula diangkat menunjukkan isyarat thumbs up. Menandakan dia baik-baik sahaja tika ini.

" Betul ni?" Lagi sekali Aku bertanya, dan kepala miliknya dia anggukan buat kali kedua. Mana tidaknya, sekarang ini musim panas dan bukanya musim hujan, namun boleh pula dia muncul di hadapan Aku dengan berpakain seperti ini.

Satu set costume Hello Kitty lengkap menutupi wajahnya juga.

Hati terasa hangat, tersentuh dengan tindakan dirinya. Hampir empat minggu berlalu semenjak kejadian malam itu, perlahan demi perlahan Aku mula membuka diri, mengajar agar jangan menjadi terlalu paranoid. Makan masa, itu yang pasti namun tidaklah teruk hingga Aku tidak mampu berhadapan dengan mana-mana lelaki.

Boleh...cumanya kalau ingin bersentuhan kulit, ianya membuatkan seluru bulu roma Aku mencanak naik. Jantung pula mula berdegup kencang. Pada waktu malam pula, adakalanya Aku akan terbangun daripada mimpi, berpeluh satu badan.

Seolah sisa sentuhan Zafran masih berbaki pada diriku.

Dan bila Zar punya masa terluang, dia akan datang kemari. Aku sangkakan Papa dan Mama tidak menyukai kehadiranya, Iyalah reaksi Papa awal-awal berjumpa denganya dahulu tidaklah baik mana namun...hati manusia itu sifatnya berbolak balik bukan?

Seperti petang ini, dia datang kemari, berjumpa denganku. Duduk bersama di tepi kolam renang di halaman rumah keluarga Aku. Cuaca redup hari ini, meniup rasa tenang seketika buat diri. Dan minggu depan adalah pembicaraan mengenai kes Zafran dan kes pencerain yang Aku tuntut.

Insyallah...kali ini semuanya akan baik-baik sahaja. Aku berharap. Berharap bahawa harapan kali ini seperti layang-layang yang tidak putus talinya.

" Hang ok?" Soalan daripada Zar mengalihkan Aku ke dunia nyata semula. Aku toleh kepadanya dan senyum sesaat. Semenjak hari dia berkata dia akan membawa rombongan meminang selepas semua ini berakhir, Aku tidak tahu harus Aku rasa apa.

Bergelar janda...lalu menikahi pula lelaki lain dalam waktu yang singkat. Apa pandangan masyarakat nanti? Adakah Aku ini perempuan sundal? Perempuan murahan yang hanya tahu menarik perhatian lelaki?

" Adwa, hang ada masalah ka?" Aku ketap bibir, apa muka Aku ini senang dibaca?

" Mana ada, saya ok je la. Awak ni kuat perasan sangat kot"

" Hang ingat Aku ni buta tak dapat tengok muka hang serupa tapai basi?"

" Tchh" Aku berdecit perlahan, pandangan kembali terhala pada pantulan air di kolam. Cantik terbias dengan cahaya mentari. Lama Aku berdiam diri sebelum Aku luahkan apa yang bermain di akal fikiran.

" Awak tak rasa macam semua ni cepat sangat?" Jujur Aku bertanya, dan pantas dia menggeleng perlahan, dia berdehem lalu membalas soalan itu dengan perkataan yang disusun elok. Tidak mahu menyakiti hati Aku.

" Cepat, tapi hang tau, Aku nak kahwin dengan hang bukan sebab tubuh hang ka apa tapi..." Jari miliknya menunjuk tepat pada hati Aku.

" Tapi sebab hati hang. Jangan risau, Aku takkan sentuh, takkan sesekali. Cuma Aku nak lindung hang saja. Bila kita dah kahwin, hang dah halal untuk Aku. Aku boleh tengokkan hang dua puluh empat jam, Aku boleh ada, boleh dengar hang punya masalah. Hang tak payah tanggung semua dah hang tau? Pasai kata orang, lantak pi lah dekat depa, ini hidup kita, kita yang hadap bukanya depa. Kalau nak puaskan hati semua orang Adwa, sampai kiamat takkan boleh, kita yang sakit nanti."

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now