BAB 30

20.5K 1K 174
                                    

Warning: Fizikal Abuses, harsh languages,

Recommended song: Nisan Cinta


Aduh, hang slow la sikit!”

Zar mengaduh kesakitan, lengan yang rabak dek luka itu ditarik kasar. Dijeling sekilas ke arah Qaid, langsung tidak berlemah lembut. Sudah lah lukanya itu agak dalam, habis kulit tersiat dan menampakkan isi merah namun si Qaid ini boleh pula dengan selamba badak nya menekan kawasan  itu dengan kasar.

“ Ceh, tekan sikit je, yang melebih dah kenapa?”

“ Sebab hang tak kena, cuba kalau hang kena mau menjerit serupa pondan!”

Qaid gulingkan mata ke atas, malas mahu melayan sifat drama si Zar ini. Team leader yang satu ini nampak sahaja tegas, kahaq, tapi hakikatnya dalam kumpulan mereka sahaja yang tahu betapa lembut nya hati insan bernama Zar Uzair ini. Terlalu lemah- lembut malah adakalanya sifat itu membawa padah.

Macam sekarang ini.

Luka di lengan itu Qaid perhatikan, nafas dihela. Hari ini ketika mana mereka berempat sedang enak menjamu selera di warung yang terletak tidak jauh daripada kawasan base mereka, Zar bertindak untuk melakukan sesuatu yang gila.

Semata-mata ingin menyelamatkan seekor kucing yang nyaris dilanggar oleh kereta yang dipandu laju, dirinya tercampak ke jalan, ditambah pula lengan kanan nya itu terseret di atas jalan tar. Berbakul-bakul kata makian, dan nasihat dilemparkan kepada Zar ini namun jawapan yang diberikan sangat menyirapkan hati.

“Sebab kucing ni pun makhluk tuhan jugak, takkan Aku nak biaq saja?”

Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Siap package mereka bertiga yang ditarbiah oleh Zar ini.

Qaid menggeleng kepala, dilihat lelaki di hadapan nya ini. Degil, ikut sangat kata hati. Dan bukan dia sahaja, Endika dan Arthar juga sama. Risau serkiranya sifat yang ada di dalam hati insan ini memakan diri satu ketika nanti, Zar...lelaki yang sanggup korbankan hatta diri dan jiwa raga demi insan yang lain.

Langsung tidak memikirkan perasaan sendiri. Qaid adakalanya naik hairan, bagaimana anak yang terlalu baik ini sanggup dibenci oleh bapa sendiri?

Kematian Hawa bukanlah satu kesalahan yang harus dipikul oleh bahu Zar, itu ketentuan illahi. Disimpan kotak pertolongan cemas itu kembali.

“ Lain kali kalau kau buat macam ini lagi, Aku doa kau straight terus ke syurga, berani tak kena tempat”.

“ Ya,, ya dah yang hang duk beletiaq serupa opah Aku ni pasaipa? Patut lah tak dak aci nak dekat hang, semua pakat lari habis”

“ Setidak nya, Aku tak payah makan hati tengok wanita pujaan kahwin dengan lelaki lain”. Sinis Qaid membalas. Puas hatinya apabila melihat Zar Uzair mencebik bibirnya.

“ Assalamualaikum”

Salam diberi, dari muka pintu itu tersembul wajah Endika dan Arthar, kedua-dua nya kelihatan berpeluh-peluh. Seperti baru sahaja menyelesaikan larian sepuluh pusing, namun hakikat nya di tangan masing-masing adanya plastik hijau berisi kuih.

Makan petang.

“Nasib baik hari ni Mak Cik Midah tu bukak kedai kuih dia, kalau dak kebuloq Aku nak makan kuih lapis ni ha”

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now