BAB 17

20.8K 1.1K 158
                                    

Hang pi dulu, satgi Aku ikut”

Arthar mengangguk faham, Ummi dan Abbinya sudah bergerak pulang setengah jam yang lalu, mangkuk tingkat yang ada di tangan Zar diambil lalu dia berkata lagi,

“Jangan lambat sangat, satgi Cikmie ada taklimat yang dia nak beritahu. Fasal kes baru-baru ni, rasanya team lain dah dapat jejak ahli korporat yang terlibat”

Zar mengangguk faham, dibiarkan sahaja mangkuk tingkat itu diambil.

Bagus juga kalau makanan yang diberikan Puan Fatimah dikongsi oleh kumpulanya, nasib sahaja mereka itu tidak memilih, lagi-lagi Endika, belalang pun boleh dimakanya.

“Aku tak lambat Insyallah, nak jalan-jalan sat”

Arthar lemparkan senyuman manis, lalu dibawa langkahnya menuju ke arah Bangunan Tun Abdul Rahman. Zar menoleh ke arah sekeliling, masih ramai lagi ahli keluarga yang tidak pulang, berborak ketawa bersama insan tersayang. Dia senyum tipis, kerana itu tidak berlaku pada dirinya. Dia hayunkan langkah menuju ke tembok di tepi laut, ingin mengambil angin sebentar.

Sempat lah dia rehatkan minda sekejap sebelum mensyuarat harian dimulai.

Namun belum sempat dia labuhkan punggung di tembok itu, dari jauh ekor matanya dapat menangkap satu pasangan yang sangatlah tidak sejoli sedang bersuap-suap makanan, dan apa yang lebih membuatkan hati Zar merasa panas, itu Adwa Naila!

Terasa darah bagaikan dipam-pam ke setiap urat badan, Baru semalam dia berkata pada dirinya supaya redha akan setiap ketentuan tuhan pada hubungan dia dan Adwa, namun pada saat ini, rasa cemburunya meluap-luap walaupun dia tahu bahawa Adwa hanya menganggap dirinya tidak lebih daripada seorang sahabat. Tanpa lengah terus dipacu langkahnya ke arah mereka berdua.

“ Assalamualaikum” Salam diberi, namun wajah dimuka masam mencuka.

Saat Aku mendengar salam yang entah dari mana, Aku tolehkan wajahku ke arah sang penyapa. Terkedu Aku dibuatnya, dalam beribu-ribu manusia yang ada di pangkalan tentera laut ini, sudah kenapa Zar Uzair juga Aku terserempak hari ini? Makanan yang disuap oleh Zaf terasa payah untuk ditelan. Aku kerling ke arah Zafran, Dia juga terkesima.

“ Waalaikumussalam” perlahan sahaja Aku menjawab salamnya. Lagi bertambah hairan di hati apabila melihat wajahnya yang masam mencuka. Sembelit kah dirinya? Asyik emo sahaja. Aku cebik bibirku, Dia ini menganggu sahaja!

“ Tuan” Zafran bangun daripada duduknya, badan ditegakkan lalu tangan diangkat ditabik hormat.

Dikerling sekilas pada lencana pangkat lelaki asing di hadapanya ini. Leftenan Komander, pangkat yang jauh lebih tinggi darinya. Sudah mengapa pengawai berpangkat sebergini menegur dia dan kekasihnya?

“Tuan, ada apa-apa yang saya boleh bantu?

Aku lihat Zafran bertanya kepada dirinya, namun Zar tidak mengeluarkan sebarang kata, matanya masih tepat memandang ke arah Aku, hampir beberapa saat sebelum matanya dikerling semula ke arah Zafran.

“ Hang tunang dia ka?” soalnya kepada Zafran.

Lagi berkerut dahiku, sudah lah datang entah dari mana, Aku tutup penutup bekas makanan yang Aku bawa untuk Zafran. Jelas Zaf melihat Aku dengan pandangan yang ingin meminta perjelasan.

“ Zar, awak buat apa dekat sini?”

Aku bertanya kepada dirinya dengan nada yang lembut, Aku pegang tangan Zafran supaya duduk kembali di sebelahku, dia turuti sahaja. Lagi Aku lihat dengan jelas mukanya semakin berkerut seribu, sudah macam tengah menahan sembelit yang berminggu- minggu, hampir sahaja ketawa Aku meletus.

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now