BAB 46

19.7K 986 95
                                    

Berakhirlah Pencarianku by Hafiz Suip & Ernie Zakri

" Hang dah ambik semua barang dah?"

Aku mengangguk mengiyakan. Mulut terkumat-kamit, Aku kira-kira kembali di dalam kepala, yaa semua sudah diambil. Aku pasti. Alah kalau tertinggal boleh suruh Cik Suami datang ambil. sayang bini kan? Tangan Mami dan Nek Khadijah Aku kucup lembut, dapat Aku rasa ubunku disentuh perlahan.

" Nanti kalau free mai la jenguk Opah, rumah opah laguni la sentiasa terbukak untuk hempa dua"

" Insyallah, kalau ada masa memang Adwa datang, Opah jangan risau, nanti Adwa dengan Zar akan mai selalu" Aku siku pinggang Zar perlahan, dia menoleh ke arahku. Beberapa saat sebelum dia menangkap mesej yang ingin Aku sampaikan.

" Haa opah, Insyallah nanti Zar bawak mai laa cucu kesayangan Opah ni. Kami pi dulu, tu ubat jangan lupa makan pulak" Sempat lagi Zar mengigatkan Nek Khadijah. Iyalah kalau boleh sentuh ubat pun dia tidak mahu. Dia kata umur tua-tua sebergini ubat herba jadilah...

" Hang tu, jangan buat benda pelik, Jadi apa-apa kat Adwa, Mami cari hang sampai ke kem tu!"

" Abang, kalau hang teringin nak jadi mandul seumur hidup, hang buat laa pelik-pelik kat Adwa, Aku sula hang" Dahlia menjeling tajam. Terus masam mencuka wajah Zar, tangan miliknya merangkul kemas bahuku.

" Nii, Aku tau la jaga bini Aku, hang tu kalau duk merenyam sangat, Aku jodoh hang dengan kawan setan Aku tu, baru hang tau langit tinggi ka rendah. Ni kami pi dulu apa-apa satgi Zar wassap macam biasa. Assalamualaikum"

Lambain diberikan, lalu deruman enjin kereta milik Zar berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah Nek Khadijah. Aku akan rindu dengan mereka semua, sungguh layanan mereka terhadapku bukanya seperti menantu, tetapi seperti keluarga kandung sendiri.

Aku jeling sekilas ke arah Zar, rambut hitam ditata kemas. Seluar slack berwarna hitam dipadankan dengan t-shirt polo Ralph Lauren berwarna biru gelap. Haruman yang selalu dia pakai, Hugo Boss menusuk ke rongga pernafasan Aku. Mata hitam itu fokus pada pemanduan nya.

Handsome! Aku puji di dalam hati. Tidak salah kan menggatal dengan suami sendiri?

" Adwa, mata hang tu Aku tengok serupa nak terkeluaq dari songket dah. Aku tau Aku handsome, jangan lah pandang Aku serupa lagutu" Zar menegur diriku, namun mata ini masih tidak beralih daripada wajahnya.

" Awak handsome lah Zar" Pujiku ikhlas. Rasanya ini kali pertama Aku sebergitu jujur tentang apa yang Aku rasa padanya. Automatik Zar Uzair tersedak. Wajahnya mula memerah, dan dia lekas-lekas berhentikan kereta di tepi bahu jalan. Aku naik hairan, kenapa? Puji pun salah ke?

" Adwa, kalau hang nak gatai ka apa ka, tunggu kita sampai rumah naih, Aku ni tengah bawak kereta tau, tak pasai-pasai kita accident nanti. Haih...waktu duk rumah Opah takmau pulak naik bulu laguni" Automatik Aku menepuk kasar bahunya. Aku hanya memuji, dan dia sudah melalut terlalu jauh.

Hampir empat jam perjalanan, kami hampir tiba di kuaters tentera laut. Tiada yang luar biasa, namun semuanya nampak kemas malah tersusun elok. Zar pakirkan kereta lalu dia berkata..

" Barang kita semua hang tak payah angkat, Aku dah call kuli dah"

" Kuli?" Keningku terjungkit rasa hairan. Tidak sampai beberapa saat, telefon milik Zar berdering menandakan adanya panggilan yang masuk.

" Haa, Aku sampai dah, hempa kat mana?"

" Ok, kalau lagutu ni Aku dengan Adwa tunggu kat bawah ni" Zar letakkan panggilan, bibirnya tersungging senyuman yang penuh makna. Haih...Aku boleh sahaja angkat beg-beg berisi barangan kami, bukanya banyak mana pun. Tidak mahu susahkan orang lain.

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now