Bidadariku by Ismail Izzani
" Dah?"
Aku tersentak. Kepala ditoleh ke arah muka pintu dimana wajah Zar tersembul di situ. Lambat-lambat Aku menggeleng. Hiasan di kepala iaitu tiara pengantin masih tidak dibuka. Kami baru sahaja selesai majlis bertandang sebelah keluarga Zar, dan persalinan gaun putih masih tersarung di badan.
" Nak Aku tolong?" Tidak Aku angguk mahupun Aku gelengkan. Bunyi riuk papan kayu berbunyi, dia melangkah menghampiri Aku lalu jari-jemari miliknya tangkas membuka pin tudung. Banyak, hampir dua puluh pin untuk mengekalkan kedudukan tiara agar tidak terjatuh. Adakalanya Aku kerling sekilas, pakain formal tentera laut berwarna putih yang tersarung tegap di badanya membuatkan hati berkocak hebat.
Zar Uzair terlihat lain hari ini. Terlalu menggonyahkan hati.
" Dah siap" Bisiknya perlahan. Kaku seperti cendana dibuatnya. Shawl putih yang melilit rambutku dia buka perlahan. Mendedahkan setiap helain rambut untuk tatapan matanya. Ini kali pertama rasanya dia melihat rambutku setelah Aku berhijab. Merah pipiku.
" Hang malu ka?"
" Saya tak cakap pun saya malu" Masih lagi cuba menafikan.
" Pipi hang merah"
" Rumah Nek Khadijah memang panas" Dalihku lagi. Zar ukir senyuman nakal.
" Bukan sebab cuaca, sebab Aku kan?" Bingo! Dia tepat. Pantas Aku jarakkan sedikit badanku. Terlebih makan asam pedas keladi ke dia ini? Sampai miang seperti ini? Zar ketawa halus. Jari jemari miliknya bermain lembut hujung rambutku dan tanpa sempat Aku beriak dia cium lembut dahiku.
Ciuman pertama setelah kami sah menjadi suami dan isteri.
" Cup"
Kaku. Seolah-olah Aku disumpah menjadi batu. Ciuman lembut, terasa hangat hingga ke hati. Dengan tatapan mata yang redup, Zar berkata...
" Dah hang pi mandi. Siap semua satgi kita sembahyang sekali" Dihulurkan tuala, serta pakaian yang lengkap kepadaku. Tidak toleh ke belakang, cepat sahaja Aku menuju ke tandas. Gila! Zar Uzair sangat lain apabila bergelar suami. Mahu lemah jantung Aku!
Selesai mandi dan mengambil wudhuk, Aku lihat dia sudah siap menunggu Aku. Lengkap berpakain baju melayu berwarna biru laut dan berkain pelekat. Allah...telekung disarung lalu Aku berdiri di belakang nya.
Solat berjemaah bersama Zar. Dan dia bakal menjadi imam ku selamanya.
" Allahuakbar"
" Assalamualaikum" Salam diberi, dan dia menoleh ke arah Aku. Tangan nya Aku salam dan dikucup lembut. Lama tangan nya diletakkan di ubun-ubun Aku lalu dia berkata...
" Ya Allah yang tuhanku. Berkatilah isteriku, limpahkanlah dia rasa bahagia yang tidak terhingga dan izinkanlah Aku meminpin tanganya hingga ke syurgaMu" Terasa tulus kata-katanya. Hati Aku tahan, tidak mahu menitiskan air mata.
" Alolololo isteri Aku ni nak nangis ka? Terharu bila dengaq suami hang kata lagutu? Kan Aku dah kata Aku ni manis kalah kilang gula" Tidak jadi hendak menangis, tangan miliknya mencubit-cubit pipiku. Habis herot berot jadinya.
Cis...terasa air mata masuk kembali ke dalam kornea mata.
" Malam ni kita nak buat apa? Awai lagi baru pukul sepuluh"
Naik hairan dibuatnya. Takkan dia tidak letih? Seharian hari ini majlis resepsi. Takkan dia nak...
" Saya..." Bukan tidak mahu laksanakan tanggungjawab sebagai isteri tetapi...apabila Aku ingat kembali peristiwa malam itu. Cukup buatkan Aku trauma. Hingga kini walaupun Zafran telah pergi, terasa bekas sentuhan itu masih ada.
YOU ARE READING
ZAR | COMPLETED
RomanceCOMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibir...