BAB 18

18.6K 1.2K 168
                                    

Banyak nya awak order Zar”

Terkesima Aku dibuatnya, lihatlah di hadapan kami ini ada lebih daripada tiga jenis lauk walhal hanya Aku dan dia sahaja. Ada kerabu pelam, kailan ikan masing, ikan siakap masak stim, udang celup tepung, sup daging dan semestinya makanan kegemaran Aku ketika berada di restoran masakan Thailand, Tomyam Seafood.

“Takpa bukan selalu Aku dapat chance makan ngan hang”

Katanya kembali, Aku ketawa perlahan. Betul lah itu, kemarin bukan main susah payah lagi dia memujuk diriku, berderu-deru mesej dan panggilan daripada Zar masuk ke notifikasi telefon pintar, hanya untuk mengajak Aku makan malam bersama denganya di kedai tepi jalan, kedai tomyam semestinya.

Simple, sangat menggambarkan dirinya.

“Macam mana awak tahu saya suka tomyam?”

Zar mengukir senyuman manis, diambil beberapa jenis lauk di hadapan kami ini lalu diletakkan dalam pinggan kepunyaan diriku.

“Tu la hang, orang suruh makan kismis banyak-banyak takmau, mudah sangat lupa"

Aku kerutkan dahi, boleh pula dia berteka-teki dengan diriku.

“Cepatlah bagitahu saya, macam mana awak tahu saya suka tomyam? Awak stalk saya ke?”

Dia tersenyum senget, kepalanya dibawa sedikit mendekat ke arah Aku, Tidak terlalu jauh ataupun rapat, Dapat Aku tangkap desah nafas nya.

“Kalau Aku cakap Aku stalk hang, hang nak buat apa?”

Aku ketawa sinis, Ahh dia ini suka sangat bermain tarik tali, apa Zar sangkakan bahawa Aku, Adwa Naila adalah wanita yang senang tersungkur dengan lelaki?

Jawapan nya tidak, lihat sahaja Zafran, bertahun-tahun lelaki itu berusaha untuk memikat Aku, hasilnya apabila kami berada di tingkatan empat, Aku menerima cintanya walaupun ketika itu Aku anggapkan bahawa itu adalah cinta monyet.

“Kalau betul awak stalk saya Zar, sekarang jugak saya heret awak ke balai, Awak ingat saya tak berani?” bidasku perlahan.

Dia mendesis perlahan, diangguk kepala berkali-kali sebelum dia mengangkat tangan sebagai tanda menyerah.

“Betul la Aku cakap, memori hang tu macam telefon opah, full only 3gb tau dak, patut cepat lupa. Takkan hang tak ingat kot, waktu hang mai rumah opah Aku dulu, setiap malam hang ajak si Dahlia tu pi kedai akak tomyam hujung kampung, takkan la Aku tak perasan”

Iya juga, macam mana Aku boleh lupa? hendak sahaja Aku ketuk kepala Aku sekarang ini. Buat malu sahaja Adwa Naila.

Aku capai garfu dan sudu, ingin mengambil suapan pertama. Aroma tomyam sedari tadi menggoda Aku, perut sudah berkeroncong hebat, namun belum sempat Aku suapkan ke dalam mulut Aku, Zar pantas sahaja mencantas perbuatan diriku.

“ Aipp baca doa dulu”

“ Saya dah baca dah tadi”

“ Pasaipa Aku tak dengar?”

Aku gulingkan mata ke atas, tangan ditadah lalu doa makan Aku baca dengan lantang hinggakan meja sebelah juga mampu mendengar, biar malu muka si Zar Uzair ini.

“Amin, Ok Encik Zar saya dah boleh makan kan?’

“Minah sewel betul, haa ambik-ambik lauk yang hang nak”

Aku gapai kembali sudu dan garfu, lalu kuah tomyam dihirup, terpejam mata dibuatnya. Dengan rasa masam yang “ piaw” cukup menggembirakan diri Aku sekarang ini. Ralit kami menjamu selera, ada kalanya Zar mengambil beberapa lauk yang lain dan dihulur ke arah Aku.

ZAR | COMPLETEDWhere stories live. Discover now