7D1A | 08

986 56 9
                                    

- tak tahu esok bole update ke tak, so sye update dua. enjoy hehe

•••

Pulas si dia tidur nyenyak, tiba-tiba satu suara menganggu lenanya.

" Woi, Lena. Bangun! " Suara garau menendang gegendang telinga.

Perlahan Helena mencelikkan mata. Terjegul satu wajah kacak yang menatapnya tanpa perasaan. Hafhiz Daniel.

Dia tak buat apa-apa lagi dah kena herdik. "Woi" pula tu.

Dia pandang pula persekitarannya, berkerut sedikit dahinya. Dia kenal ruangan itu. Biliknya sendiri. Seingatnya tadi dia diculik Neo.

" Doktor Maria kata kau tak ada apa-apa kecederaan. Tak payah nak tidur beria sangat. Nama pun Lena padanlah tidur lena. Hafiy lompat-lompat atas katil ni tadi pun kau tak sedar. " Hafhiz menjeling tajam adiknya. Risau sungguh dia menunggu keputusan doktor Maria selaku personal doctor Helena yang memantau keadaannya sebaik sahaja Helena dibawa pulang. Doktor Maria jugalah yang telah merawat serta memerhati kesihatan mental dan fizikal Helena sejak kejadian dia diculik sebelas tahun lepas.

" Abang Hafiy lompat-lompat atas katil Lena? Patutlah tadi Lena tidur mimpi gempa bumi, terasa pula effect dia. " Helena menegakkan tubuh. Jari dibawa menggosok mata yang terasa mengantuk.

Hafhiz hanya diam. Matanya mengekori sahaja kelakuan adiknya.

" Abang Hafiy mana? " Dari tadi bercakap tentang Hafiy, tak nampak pula batang hidung.

" Toilet. "

Bunyi pam tandas yang datang daripada bilik air menyentakkan Helena. Wajah dialih memandang gerangan yang baru keluar daripada bilik airnya.

" I pinjam toilet you tau, Lena. Lega perut I. " Hafiy mengusap-usap perutnya. Terasa kosong pula setelah mengeluarkan isi. Tak sempat pergi ke tandas tingkag bawah, bilik air Helena menjadi sasaran.

" What the- kau makan makanan ke makan bangkai? Busuk gila! " Hafhiz menutup hidungnya dan hidung Helena apabila Hafiy melepaskan gas busuk.

Hafiy memegang perutnya yang kembali memulas.

" Lena, I pinjam toilet you lagi tau! " Hafiy kembali berlari ke arah tandas. Entah apa yang dimakan sampai berkali-kali ulang-alik ke tandas.

" Nooo, my toilet! " Tanpa rela, Helena terpaksa membiarkan Hafiy menggunakan tandasnya. Sudahlah dia lupa beli pewangi tandas semalam. Ikutkan lepas sahaja jumpa Neo, dia mahu ke kedai runcit. Pewangi tandasnya sudah habis. Hari ini ditambah pula dengan bau 'hajat' Hafiy.

" Helena. "

Helena panggung kepala memandang Hafhiz yang duduk di sofa biliknya.

" Kau buat apa jumpa Neo semalam? " Soalnya tegas. Semalam dia membuta daripada pagi hingga ke petang. Tak perasan langsung adik bongsunya keluar rumah.

" Em, minta putus. Abang Hifzan suruh. " Dipetik pula nama Hifzan walau kenyataan yang diberikan adalah benar belaka.

" Kenapa tak minta orang teman? Kau tahu kan kalau jadi apa-apa susah. Nasib baik semalam Hifzan balik awal. Kalau tak sekarang ni kau dah kena jual dekat Siam " Baru sahaja diceramah haritu, hari ini kena lagi. Habis Helena disoal siasat.

" Semua busy. Abang Hifzan kena masuk office, Abang Habib tak balik lagi. Abang Hadif keluar makan dengan girlfriend dia. Lena keluar seorang ajelah! " Helena menunduk. Wajah abangnya sudah serius, takut pula nak pandang.

" Hefzy? "

" Fokus dengan pasangan hidup dia. "

" Hah? Siapa? "

7 DEMONS 1 ANGEL Where stories live. Discover now