7D1A | 15

696 47 0
                                    

Satu hari, Hifzan mengajak Xayn untuk tinggal bersamanya.

" Hah? Tinggal dengan kau? Habistu ibu aku macam mana?! Aku tak boleh tinggalkan ibu! " Bentak Xayn. Dia mahu bersama Hifzan, tapi keadaan ibunya tidak mengizinkan...

" Xayn, ibu kamu dah tak ada... Kamu balik tinggal dengan auntie jom? " Tutur Puan Dairisya lembut. Dia tak kisah nak jaga Xayn. Lagipun dia suka rumahnya banyak penghuni.

" Tak, mana ada! Ibu aku hiduplah! " Xayn berlari mendekati rangka yang dipenuhi ulat. Mayat itu sudah dibiarkan hampir sebulan. Tiada yang mengurus.

" Xayn... "

" Kau! Kau kata kau kawan aku! Tapi kau nak pisahkan aku dengan ibu sebenarnya kan?! " Tengking Xayn. Dia tak nak berpisah dengan ibunya. Ibu yang telah membesarkannya dan melindunginya daripada segala bala dan seksaan yang dicipta oleh bapanya sendiri.

" Bukan Xayn... aku nak kau hidup macam budak-budak normal. Tinggal dengan aku, Xayn. Aku janji akan bagi kau kasih sayang macam adik sendiri. Kita hidup sama-sama eh? " Hifzan cuba meraih tangan Xayn namun ditepis.

Xayn menatapnya dengan marah.

" Tak Hifzan. Aku nak duduk sini, dengan ibu. Ibu segala-galanya bagi aku. Aku tak nak tinggalkan dia! " Xayn mula menangis. Tubuh si ibu dia dakap erat. Tak mahu berpisah.

Tuan Huzhaid tiada pilihan lain selain memaksa Xayn. Dia perlu menyedarkan anak itu bahawa ibunya telah pergi. Dia tak boleh biarkan Xayn terkontang-kanting mencari makan minum sendirian dengan mencuri.

" Ibu, Xayn tak akan pernah tinggalkan ibu macam mana ibu tak pernah tinggalkan Xayn. Xayn sayang ibu macam mana ibu sayang Xayn. Xayn tak nak pergi... "

Tuan Huzhaid menghampiri Xayn. Xayn yang masih menangis dia tarik perlahan dari tubuh mayat itu. Mayat itu sudah rosak dan busuk. Kalau dia tak ambil Xayn, pihak kebajikan yang akan ambil. Dia mahu jadikan Xayn sebagai anak angkat, dia nak ubah hidup Xayn menjadi lebih baik. Dengan meletak Xayn di bawah jagaan pihak kebajikan, dia tak mampu mengotakan janji rakannya. Dia dah berjanji pada Kyle Maverick untuk menjaga anaknya. Walau dengan apa cara sekalipun.

" Ibu!! Xayn sayang ibu!! Jangan tinggalkan Xayn, ibu!! "

Xayn menolak tubuh Tuan Huzhaid. Dia tak nak tinggalkan ibu. Tak, dia tak akan.

" Ibu... ibu! Tolong Xayn, ibu! Xayn tak nak pergi!! " Panggilan Xayn disela tangisan dan esakan.

Puan Dairisya sudah mengalirkan air mata melihat betapa rapuhnya anak itu. Ditinggalkan di lorong gelap, terpaksa mencuri demi kelansungan hidup, dia sebak.

" Ibu!! "

Lerai aje dakapan Xayn dari ibunya, terus Tuan Huzhaid memeluk tubuh Xayn walau Xayn masih meronta-ronta.

" Ibu!! Xayn tak nak!! Ibu... ibu!! Bangunlah, ibu!! " Xayn menangis kuat. Dia meraung sepuasnya. Lama Tuan Huzhaid memeluknya sehingga dia tertidur bersama esakan kecil. Dia tak larat. Dia penat. Dari kecil hanya ibu yang menyalurkan kasih sayang. Pemergian ibu secara tiba-tiba membuatkan dia terlalu takut akan kehilangan. Sudahnya dia menganggap bahawa ibu tidak akan pergi meninggalkannya.

" Ibu... "

Hifzan mengusap kepala Xayn. Dia cuma mahukan yang terbaik untuk Xayn. Tanpa dia sedar, air matanya turut mengalir.

Berat mata ingin dibuka, tapi dipaksa juga. Matanya yang sembap agak menghalang penglihantannya. Sedang dia cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, pipinya disentuh sesuatu.

Dengan lemah di menoleh. Tubuhnya masih berbaring.

" Dah bangun? " Suara kecil keluar daripada bibir seorang kanak-kanak perempuan. Dengan kepala yang terasa pening, dia cuba sentuh tangan kecil yang mencubit pipinya.

7 DEMONS 1 ANGEL Where stories live. Discover now