7D1A | 30

664 33 0
                                    

Dewan besar itu dipenuhi dengan seluruh ahli keluarga Grey dan tetamu yang berkumpul pada malam ini.

Keluarga Tuan Huzhaid semua berkumpul di satu meja besar. Termasuk Aunty Mariana. Dia tiada keluarga besar, kahwin pun tidak pernah.

Setiap meja diduduki oleh adik-beradik Grey. Sepuluh meja utama untuk sepuluh adik- beradik Tuan Huzhaid, dan yang lain semua untuk anak buah teratas mereka dan juga tetamu luar.

Tuan Huzhaid mempunyai 10 adik-beradik. Mereka ialah adik-beradik yang sama bapa tetapi lain ibu.

" Attenzione. ( Attention. ) "

Kini semua perhatian diberi kepada seorang lelaki yang berusia 60an di atas pentas.

Rodrigo Grey. Anak sulung serta pemimpin keluarga Grey. Mengikut tradisi keluarga, ketua mereka akan digelar Throne.

" Grazie per essere venuto oggi.qui ci riuniamo per celebrare il 35° anniversario del regno della famiglia Grey. ( Thank you for coming today. Here we gather to celebrate the 35th anniversary of the reign of the Grey family. ) " Lelaki tua itu berucap. Disisinya terdapat beberapa orang pengawal yang menjaganya.

" Grazie a tutti voi che hanno dato un grande contributo a questa grande famiglia. ( Thanks to all of you who have made a great contribution to this huge family. ) " Jelas nada suara gembira dari orang tua itu.

Keadaan dewan menjadi sepi.

Perlahan-lahan wajah lelaki tua itu mengendur.

" Ma ultimamente... la nostra famiglia sta avendo una grande perdita. La nostra azienda è stata attaccata dalla polizia. La maggior parte di essi è avvenuta in Asia! ( But lately... our family is having a big loss. Our company was being attacked by the police. Most of them occurred in Asia! ) " Katanya dengan suara yang meninggi. Menunjukkan kemarahannya kepada semua.

Tak lama selepas itu, matanya memandang ke arah Tuan Huzhaid.

" Ci sono traditori nella nostra famiglia?( Are there traitors in our family? ) " Matanya memincing halus memandang Tuan Huzhaid. Bibirnya tersenyum sinis. Suasana yang tadinya sepi dan tenang berubah sedikit kecoh dengan jelingan ke arah meja keluarga Tuan Huzhaid.

Hafhiz dan Hafiy menggit bibir bawah mereka. Dari dulu lagi memang pakcik mereka yang seorang itu tidak pernah puas hati dengan keluarga mereka.

Tuan Huzhaid hanya memandang abangnya yang berucap di atas pentas itu dengan pandangan yang tajam. Mereka berdua tidak pernah sebulu.

Semuanya bermula apabila Rodrigo mengetahui bahawa Huzhaid telah memasuki agama Islam.

Adik-beradiknya yang lain tidak terlalu serius tentang hal ini. Kerana mereka memang jenis yang tidak mengambil tahu hal sesama mereka. Yang dipentingkan hanyalah maruah keluarga.

Walau begitu, hanya Rodrigo sahaja yang masih membenci Huzhaid. Kalau diikutkan mahu saja dia membuang Huzhaid daripada keluarga itu namun Mariana mempertahankannya.

7 DEMONS 1 ANGEL Where stories live. Discover now