" Tragisnya... Huhu... " Air mata diseka. Hingus disedut-sedut kembali. Kembar dan abang-abangnya sudah memandangnya jijik. Hafiy menarik sehelai tisu daripada kotak yang dihulurkan oleh Lucas.
Ditengah-tengah detik penceritaan, sempat Lucas memunculkan diri dan menyambung kisah hidup Lorenzo yang sepatutnya disampaikan oleh tuan punya badan. Lucas juga tiada kurangnya, sama seperti Hafiy. Berkaca mata masing-masing, sedangkan dia yang bercerita.
Ketika Lorenzo bercerita, tiada sebarang emosi terlakar di wajah para lelaki di situ. Tetapi lain pula ketika Lucas membuka mulut. Mungkin cara penyampaian dan intonasi suara yang berbeza membuatkan munculnya perasaan seiring plot cerita.
Lorenzo rasa nak tepuk dahi sendiri. Difikirkan hanya ingin membuka kisah mengenai perbuatan Rodrigo pada keluarga Vitale, namun lain pula yang jadi ketika disampuk Lucas. Habis semua diceritakan. Memang mulut tembikar Lucas ni, dah tiada mulut tempayan.
" Tadi dia macam budak emo, bengis semacam. Sekarang macam bocah, menangis aje. " Hafhiz mengutuk kembar sendiri. Tak sedar agaknya tadi dia juga yang menahan benteng air mata daripada pecah, termasuklah Hadif, Hefzy dan Habib. Heidi pula kekal dengan riak wajah kesalnya.
Hifzan?
Poker face.
Hafiy abai kutukan si abang kembar, sudah lali sangat, hatinya jadi kebal.
" But still, the fact that you used to kidnap Helena doesn't change. " Ujar Heidi serius. Fakta yang tidak dapat diubah. Setengah tahun adiknya diculik orang, dan kini penculiknya pula muncul untuk meminta bantuan.
" I admit that. But! I returned her back, right? " Jawapan selamat dari Lorenzo. Gayanya nampak bersahaja, bagai tidak terkesan dengan amaran yang diselit oleh Heidi.
" And last night you kidnapped her. Again. " Hifzan angkat bahu. Tangan mencapai segelas kopi ais dan digoncang dalam gerakan bulatan sebelum diteguk melepasi tekak.
Lorenzo mengeluh. Kedua tangan diangkat pasrah tanda berserah dengan tuduhan tersebut dan telapak tangan mulai bercantum.
" Tolonglah. Kali ini aje kau orang tolong aku. Right after this mission, you can just give me any punishment. I promise I'll accept it. " Pintanya seakan merayu.
" Kejap. Macam mana kau tahu situasi masa bapak kau mati kalau kau tak ada kat situ malam tu? " Hafhiz menyoal soalan yang muncul di benak fikiran pada Lorenzo. Persoalannya membuat rasa ketidakpercayaan anak-anak Tuan Huzhaid pada Lorenzo muncul.
" Teliti rumah ni. This is the exact house that night. Lantai yang kau pijak tu pernah bermandikan darah. Rumah keluarga Vitale ni dibina semula. CCTV rumah ni masa malam tu terselamat daripada dijilat api. " Terang Lorenzo. Anak mata hazelnya melilau melihat isi rumah sendiri.
" Kalau macam tu, rakaman CCTV tu boleh jadi bukti untuk dakwa Rodrigo. Kenapa nak libatkan kami? " Soal Hafhiz lagi, gaya macam detektif minta jawapan daripada pesalah.
" Aku tahu kau orang ada dendam juga dengan Rodrigo. Memandangkan aku pernah culik adik kau, jadi biar aku tebus 'salah' aku dengan tolong kau balas dendam. In a kind way of course. So... help me. "
Lelaki-lelaki yang bernama Grey berpaling memandang satu sama lain.
Sepi.
" Dude, your uncle had killed all of my family. Leaving me as the last species. At least give me some pity. "
Wajah adik-beradik Grey itu seakan tidak mahu menerima. Masing-masing mulai membuat bulatan secara kelompok dengan tangan di atas bahu sesama beradik.
" Macam mana? " Hafiy menyoal dengan suara separa bisik.
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL
De TodoGREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yang ceria cukup membuatkan keluarga Grey bahagia. Mempunyai tujuh orang...