- sorry a bnyak typo, keyboard tanak bgi kerjasama
•••
Dia celik aje mata, kembar dia sudah tiada di katil sebelah. Perlahan dia angkat kepala sedikit sebelum kembali menjatuhkannya ke atas bantal empuk. Kantuknya lebih menguasai diri.
Lima minit dia lelap, mata dibuka semula. Dia angkat tubuh 90 darjah. Dengan rambut yang serabai dek tidurnya yang ganas. Katil Hafiy di sebelah dia pandang lagi. Tak ada langsung sosok si kembar.
Dia bangun membawa selimut di tubuh. Dia masih mengantuk, tapi dia kuatkan tubuh untuk turun ke bawah bersarapan.
Sampai di meja makan, dia lihat mummynya sedang membantu Kak Jiah mengemas dapur. Mungkin semua orang sudah bersarapan, tinggal dia aje yang belum.
Hafhiz tarik satu kerusi dan duduk. Selimut masih lagi memeluk tubuh kekarnya. Dia yang masih mamai terus meletak kepala di atas meja makan. Rasa macam nak tidur balik. Selalu kalau dia bangun tidur, terus segar. Hari ni macam pelik pula bila dia rasa mengantuk dan sakit badan lain macam.
" Hafhiz, morning! " Sapa Puan Dairisya. Dia mendekati anaknya. Pinggan yang terisi roti bakar disalut kaya dan air susu coklat kegemaran Hafhiz dia letak di sebelah kepala anaknya.
" Why Hafhiz? Kamu macam tak sihat aje. " Puan Dairisya tekap belakang tapak tangan di tengkuk Hafhiz. Panas. Tapi tak adalah teruk sangat.
" You demam. Kejap. " Puan Dairisya bergerak ke arah dapur. Dia datang balik dengan sekotak cool fever. Satu diberi pada Hafhiz.
Hafhiz angkat kepala lemah dan sambut huluran Puan Dairisya. Malas mahu mandi, dia terus pakai cool fever tersebut. Rasanya dia mana ada mandi hujan semalam, macam mana boleh demam?
" Patutnya you mandi dulu! " Puan Dairisya merengus geram. Anaknya yang ini dari kecil lagi liat betul kalau bab mandi.
" Nantilah mummy... " Hafhiz bersandar di kerusi. Sakitnya badan.. kepala pula pening-pening. Tambah lagi dengar mummy dia bercakap. Sekejap I you, sekejap ber-saya saya. Ikut mood kut.
" Hafiy mana? " Tengah demam-demam pun dia masih cari kembarnya, memang pantang berjauhan. Tapi bila dah dekat bergaduh aje.
" Dia keluar tadi. " Puan Dairisya mengelap tangan Hafhiz dengan kain basah yang diambil tadi.
" Pergi mana? "
" Entahlah. Dia kan suka keluar rumah. Nanti dah balik baru nak cari mummy. " Itulah, hampir setiap hari keluar entah ke mana. Bila tanya mesti cakap jumpa kawan. Nasib baik kadang-kadang dia suruh Hifzan tengokkan. Hifzan kata Hafiy okey aje, tak ada punya singgah ke kelab tiba-tiba.
Hefzy turun bawah. Dia pandang mummy dan Hafhiz bersilih ganti. Dia menghampiri dua insan tersebut.
" Kau dah kenapa berbalut macam mumia ni? " Hefzy menggosok belakang tubuh Hafhiz apabila melihat hidung mancung itu memerah.
" Fever. " Balas Puan Dairisya.
Hefzy angguk perlahan. " Nak pergi klinik tak? " Kebetulan, hari ini dia tiada kelas. Assignment pun semua dah siap. Dah alang-alang Hafhiz demam, boleh dia tolong hantar pergi klinik.
Hafhiz geleng perlahan.
" Nak... "
Puan Dairisya dan Hefzy mendekatkan telinga ke bibir Hafhiz. Perlahan betul bercakap. Kalau tidak lantang aje suara.
" Nak Hafiy... " Dia tekup muka, malu. Entahlah, memang kalau dia sakit ke apa, Hafiy yang selalu jagakan. Sebab tu kalau dia sakit, ramai tak tahu. Dia tak suka orang tengok dia lemah. Lagipun bukan orang perasan, sebab dia memang suka berkurung dalam bilik. Hari ini nak atau tak kena juga turun cari si kembar.
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL
AcakGREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yang ceria cukup membuatkan keluarga Grey bahagia. Mempunyai tujuh orang...