Malam ini malam semua adik beradik Grey berkumpul di dalam bilik Habib sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Sesi membaca Al-Quran bersama Ustaz Habib Dhani.
Sejuk hati Puan Dairisya menjenguk dari luar bilik sebelum turun ke bawah. Dia labuh duduk di sebelah Tuan Huzhaid. Masa berdating. Sekali-sekala...
" Kita mulakan sesi mengaji kita dengan bacaan doa. Bismillahirahmanirahim. " Habib mengetuai bacaan doa diikuti Hifzan, Hadif, Heidi, Hafiy, Hafhiz, Hefzy dan Helena. Selesai bacaan doa, Hifzan yang tadi duduk bersebelahan dengan adik-adiknya bergerak ke hadapan sedikit dengan membawa Al-Quran dan rehal. Dia pandai baca Al-Quran, cuma harus disemak oleh Habib. Mana tahu ada kesalahan bacaan. Ilmu tajwid dan ulum Al-Quran Habib lebih tinggi, wajarlah Habib menjadi rujukan.
Setiap hari kalau Habib ada di rumah sesi mengaji wajib dilakukan.
" Juzuk berapa dah? " Soal Habib.
" Dah nak habis dah. Juzuk 28. " jawab Hifzan tenang. Songkok di kepala dibetulkan sedikit. Nervous pula. Tadi dia yang volunteer nak join.
" Al-Fatihah dulu. "
Hifzan membaca pembuka surah dan ayat suci Al-Quran mula meniti di ulas bibir selama beberapa minit.
" Sadaqallahulazim... " Hifzan menutup Al-Qurannya. Dari awal dia baca, Habib tak ada tegur apa pun. Makin gemuruh dibuatnya. Dia angkat kepala pandang wajah Habib.
Habib senyum nipis.
" Alhamdulillah... bacaan tajwid semua betul. Harkat pun cukup. Tahniah, tahniah. " Habib berjabat tangan dengan abang sulungnya. Hifzan senyum lebar. Bangga.
" Thank you. " Hifzan kembali berundur ke belakang. Tiba pula giliran Hadif. Hadif dengab tenang bergerak duduk bersila di hadapan Habib.
" Sedia? " Habib tanya macam nak pergi berlumba aje.
" Of course lah. Aku dah practice. " Hadif senyum senget. Ha'ah, dia dah ready lama dah.
" Kau practice kat mana? " Hadif ada belajar mengaji dengan siapa pula? Ustaz lain ke?
" Tiktok. Aku tengok live, ada ustaz tu mengaji bertarannum. Lagi sedap daripada kau baca. "
Habib putar bola mata. Suka hati kaulah bang.
" Dah baca cepat. "
Hadif mulakan bacaan. Baru baca bismillah sudah ditegur. Katanya tak cukup harkat.
Hadif baca pula ayat pertama. Tak habis baca lagi, kena tegur buat kali kedua. Jangan curi nafas.
Hadif ulang semula bacaannya. Pehanya ditepuk Habib.
" Ini bunyinya ha, bukan ca. Bahasa Arab mana ada huruf ca. "
Hadif pandang muka Habib. Ya ke?
" Tapi dulu kalau belajar yang tulis-tulis ada huruf ca. "
" Itu jawi. Huruf hijaiyyah tak ada huruf ca! " Dah banyak kali ulang dah, tak ingat lagi ke?
Hadif baca semula. Banyak bacaannya yang ditegur Habib. Tadi kata dah practice, tapi kesalahan sama masih diulang. Jadi hari ini dia baca separuh muka surat sahaja. Okeylah tu, daripada tak baca langsung Habib cakap. Kasihan pula tengok muka Hadif kendur.
Selesai sahaja Hadif membaca, dia pusing belakang. Geram dia tengok Hafiy tutup mulut tahan gelak. Kurang asam punya adik, gelakkan orang aje tau. Kecik besar dia tengok.
" Hafiy, sini. " Habib panggil Hafiy.
Terus Hafiy berhenti gelak. Terkejut. " Apa pula aku? Lepas Hadif kan Heidi. "
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL
РазноеGREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yang ceria cukup membuatkan keluarga Grey bahagia. Mempunyai tujuh orang...