Hifzan menatap beberapa adik lelakinya yang sudah berkumpul di sebuah meja di dalam markas mereka. Anak matanya jatuh ke arah bangku milik Habib Dhani dan Heidi Dahlan.
" ¿Dónde está Dahlan? ( Where's Dahlan? ) " Hifzan bertutur dalam bahasa Sepanyol. Nama kedua digunakan apabila berada dalam situasi tertentu. Dia memandang Hadif Daris dan Hafiy Danish. Dia tahu yang Heidi telah pulang. Heidi ada memberinya mesej sebelum bertolak dari lapangan terbang.
" Nobody know. " Serentak Hadif dan Hafiy membalas seraya mengangkat bahu. Abangnya yang seorang itu memang suka hilang dan muncul tiba-tiba.
" ¿Sabe de esta reunión? ( Does he know about this meeting? ) " Hifzan bertanya lagi.
" Em, no. " Jawab Hafiy.
Melihat keluhan berat yang dikeluarkan Hifzan, terus Hadif memberi penjelasan.
" Il est revenu de l'aéroport hier, nous ne voulons donc pas lui poser davantage de problèmes. Surtout à propos d'Helena, tu sais à quel point il est attentionné. Et désolé de ne pas lui avoir dit. ( He just came back from the airport yesterday, so we don't want to put up more problem on him. Especially about Helena, you know how caring he is. And sorry for not telling him. ) " Panjang Hadif menjelaskan justifikasi di dalam bahasa Perancis. Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga Grey untuk menggunakan bahasa asing ketika bermesyuarat.
" Heidi dah balik? " Hafhiz dan Hefzy menyoal serentak. Rasa seakan tertinggal sesuatu. Mana tidak terkejutnya apabila abang mereka bercakap tentang Heidi yang berada di Rusia tiba-tiba pulang ke tanah air.
Anak mata Hafhiz jatuh pada Hafiy yang duduk disebelahnya.
" Eh, apa pandang-pandang. Kau tak tanya, aku tak cakaplah. " Hafiy memeluk tubuh. Sebenarnya dia lupa nak beritahu Hafhiz, niatnya ingin memberitahu semalam terbatal apabila dia pulas tidur sebaik sahaja pulang dari menyelesaikan 'kerja'.
Hafhiz jeling, menyampah.
" Tapi dia balik tak lama, seminggu aje. " Jelas Hadif.
" Done? " Hifzan mencelah. Sebelah kening diangkat.
Semua mengangguk dan keadaan kembali senyap sebelum Hifzan menyambung ke topik utama.
" It's about Helena. "
Dapat dilihat wajah lelaki-lelaki yang berkumpul di meja bulat itu menegang dan serius.
" She's in Neo's hand. "
Suasana mula kecoh apabila Hifzan menuturkan ayat itu. Ada juga carutan yang keluar dari bibir Hafhiz dan yang lain. Anak buah keluarga Grey yang turut menyertai mesyuarat itu hanya meneguk air liur melihat wajah ketua-ketua mereka yang seakan mahu mengamuk.
" Bos, dia orang dah sampai. "
Neo mengalihkan pandangan apabila seorang lelaki mencelah perbualannya bersama Helena. Telinga Neo yang menangkap ayat yang keluar dari belahan bibir lelaki itu mengukirkan senyuman sinis.
" Abang you dah datang nak ambil you. You tunggu sini sekejap ya? " Neo mengusap rambut Helena dengan lembut sebelum menapak bersama orang kanannya pergi menjemput tetamu mereka.
" Hai, Hifzan! " Neo melambai tangannya sambil melangkah mendekati Hifzan di luar kafenya. Kegelapan malam itu hanya ditemani dengan satu tiang lampu yang menerangi kawasan itu.
Anak mata Hifzan memandang tajam lelaki yang telah membuat onar dengannya.
" Where's Helena? " Dengan keras Hifzan Dareeq bertanya. Mata kelabunya menatap setiap orang bawahan milik N&I.
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL
De TodoGREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yang ceria cukup membuatkan keluarga Grey bahagia. Mempunyai tujuh orang...