EDISI RAMADHAN II

548 36 2
                                    

Sebaik sahaja pagar besar dibuka oleh para pengawal, kereta mewahnya dipandu masuk memasuki kawasan rumah.

Kereta ditinggalkan di kawasan lapang di hadapan rumah, membiarkan anak-anak buahnya menguruskan kereta tersebut.

Dia berdiri di hadapan pintu rumah. Baju kerjanya dibetulkan sedikit. Hari ini dia pulang lebih awal daripada biasa. Anak sulungnya pula disuruh cuti, duduk di rumah menjaga adik-adik.

Bukan boleh percaya beberapa anak-anaknya itu. Lagi-lagi di bulan Ramadhan ini, sudahlah cuaca semakin panas.

Daun pintu ditolak lembut.

" Assalamualaikum. " Ucap Tuan Huzhaid.

Jeda.

" Wa-'alaikumsalam... " Jawab anak-anaknya. Semuanya bergelimpangan di ruang tamu. Hadif berbaring di sofa. Manakala Hafhiz dan Hefzy pula sudah meniarap di atas lantai. Mereka berpuasa macam pergi berperang pula, penat betul.

Tuan Huzhaid kalih pula pandangan.

Ternaik keningnya. Lebih-lebih lagi melihat gaya Hafiy yang tidur mengiring membelakanginya di atas meja ruang tamu.

Bertuah punya anak.

Habib yang menghampiri bapanya untuk bersalaman. Dia baru saja keluar dari bilik, setelah mendengar bunyi deruman kereta bapanya.

" Awal daddy balik. " Ujar Habib.

" Daddy? " Hefzy angkat kepala. Tak perasan pula bapanya sudah pulang. Dia ingatkan siapa tadi masuk rumah. Maklumlah, dia meniarap muka tenggelam dalam bantal.

Hefzy toleh ke kanan. Membesar matanya apabila melihat Hafiy yang elok berbaring di atas meja. Apakah?

Sudahlah dia tidur punggungnya menghadap wajah Hefzy.

Sangat tidak senonoh.

" Woi, Hafiy. Bangun! Daddy dah balik. " Kejut Hefzy. Kalau tidak, memang sampai Isyak lah dia tidur.

Bagai disumpah, perkataan daddy masuk ke telinga Hafiy membuatkan dia terduduk 90 darjah.

Alamak.

Terus dia turun dari meja. Wajah daddy nya yang merenung dirinya bagai tak lepas buat dia gelisah.

Tuan Huzhaid melipat lengan baju.

Hafiy teguk liur.

" Mummy mana? " Soal Tuan Huzhaid.

" Dekat dapur, baru nak masak. " Ujar Habib. Tadi masa dia keluar bilik ada nampak Puan Dairisya di dapur.

Terus saja Tuan Huzhaid berlalu ke dapur. Rindu bini kut.

" Aik, tak marah ke? " Hafiy garu kening. Dia ingat daddy nya akan marah apabila melihat dia berbaring di atas meja.

" Tak boleh marah ma, bulan puasaaa... " Kata Hadif dengan slang Cina nya.

Hafiy angguk kepala. Betul juga tu. Dia panjat semula meja.

" Woi, woi! Nak buat apa? "

" Tidurlah. "

" Jangan nak mengada tidur atas meja. " Marah Hefzy.

" Eleh, kau. Gelabah kenapa? Daddy tak marah pun. " Tetap juga Hafiy memanjat meja itu. Seketika dia berdiri di atas meja menampakkan betapa tingginya dia.

" Turunlah gila. " Hafhiz menyampuk. Kang tak pasal-pasal mereka semua kena marah disebabkan Hafiy. Kembarnya ini bukan pernah serius pun, nanti kalau dia gelek atas meja tu macam mana?

7 DEMONS 1 ANGEL Where stories live. Discover now