7D1A | 13

848 56 0
                                    

- last update (maybe) , lepas dua minggu gitu baru sye update lgi. kitonyo bz (';ω;`)

•••

Ting!

Kali kelima notifikasi telefonnya berbunyi. Masa dia tengah sibuklah, orang nak kacau. Hifzan yang terasa rimas mendengar bunyi bingit itu menghentikan seketika kerjanya. Telefon di hujung meja kerja dia capai.

Mesej yang masuk itu dia buka dengan harapan itu adalah sesuatu yang penting. Dia tak mahu bazir masa, banyak lagi kerja yang dia belum selesaikan.

Gambar yang dikirim itu dia buka bersama pesanan di bawahnya.

- Hafhiz demam lepastu menangis nak jumpa Hafiy, haha.

Emoji ketawa yang berderet dihantar Hadif dia tenung kosong. Tak ada kerja lain ke? Asyik nak kacau adik-adik dia aje.

Gambar Hafhiz yang sedang menangis itu dia lihat. Masih segar di ingatan memori semasa Hafhiz demam ketika berumur tiga tahun. Dia punyalah risau, tak tahu nak buat apa. Bagi ubat tak nak, suruh makan tak nak. Makin cuak dia bila Hafhiz meraung kuat.

" Hafhiz, janganlah menangis... nanti lagi sakit macam mana? " Hifzan cuba memujuk adiknya yang sedang berbaring di sofa dengan dahi ditampal cool fever.

Bila Hifzan pujuk, makin kuat Hafhiz menangis. Dia hulur gula-gula, Hafhiz tak nak. Dia sendiri tak tahu macam mana nak layan. Masa Hadif, Heidi dengan Habib demam tak adalah sampai tak nak makan, senang aje dia jaga macam penurut.

" Hafhiz makan bubur jom? Nanti tak sakit dah! " Hifzan gosok pipi Hafhiz yang basah dengan air mata. Hafhiz geleng-geleng kepala banyak kali. Dia tak nak makan, dia nak Hafiy!

Hafhiz meraung kuat. Ya Allah, kuatnya macam siren ambulans. Hifzan tekup telinga. Bingitnya hanya dia yang tahu.

" Hifzan! " Puan Dairisya cepat-cepat menghampiri si anak sulung apabila mendengar Hafhiz menjerit sampai ke luar rumah.

" You buat Hafhiz eh? " Tuduh Puan Dairisya. Tubuh Hafhiz terus dia dukung. Mata mengecil memandang Hifzan. Manalah tahu, Hifzan ada kacau Hafhiz. Kadang anak sulung dia ni nakal juga.

" Eh, mana ada. Tadi masa mummy jaga Hefzy, Hifzan tengokkan Hafhiz sebab dengar dia menangis. Hifzan bagi gula-gula dia tak nak! " Hifzan bela diri. Dia baik lah! Mana ada dia kacau adik!

Tiba-tiba suara bayi pula bergema dari tingkat atas. Hefzy yang baru berumur setahun Puan Dairisya tinggal di atas sekejap dengan abang dia yang lain termasuk Hafiy sebab nak tengok Hafhiz.

" Hifzan, panggil Hafiy. Nanti Hafhiz diam lah. " Puan Dairisya bawa Hafhiz masuk ke bilik anaknya. Hifzan pula berlari anak pergi ke bilik adik barunya, Hefzy Darwish.

" Aduh Heidi, dia menangis! Macam mana ni?! " Hadif menampar-nampar belakang tubuh Heidi. Gelisah dia apabila Hefzy menangis ketika Hadif ingin mengagah.

" Mana aku tahu. Kau kan abang. " Heidi dengan muka tenangnya menolak Hadif ke depan untuk memujuk Hefzy.

" Manalah aku tahu nak pujuk dia! Suruh Habib. Habib! Letak mainan tu, itu Hefzy punya! " Hadif berlari ke sudut bilik. Badan Habib dia angkat sedikit menjauh daripada mainan Hefzy, dia bawa Habib mendekat dengan si adik bongsu lelaki.

7 DEMONS 1 ANGEL Where stories live. Discover now