" We own this beach!!! " Laung Hafiy lantang dengan suara garaunya. Syahdu betul bila dia sebut perkataan 'beach' itu.
Pak!
Hafhiz menampar belakang kepala Hafiy. " Elok sikit perangai. Nak menjerit bagai simpan kat rumah aje. " Nasihat Hafhiz. Dia mula berjalan ke arah pesisir pantai.
Rezeki mereka hari ini, tiada siapa yang berada di Golden Beach, Utara Cyprus. Bolehlah mereka meluangkan masa selama yang mereka mahu.
" Masya Allah. " Habib memuji keindahan alam ciptaan Allah di hadapan matanya.
Hafhiz pandang air laut yang berwarna biru jernih itu. Indah. Tenang fikirannya daripada stress melayan si kembar.
" Bro, ingat smart ke? Jalan dekat air cetek, pandang laut... Ingat handsome? Kalau berani kita lawan berenanglah! " Tempik Hafiy dari jauh. Dia mendabik dada. Sengaja mencabar abang kembarnya, Hafhiz.
Hafhiz buat tak endah. Biarlah Hafiy berenang seorang-seorang. Dia sudah malas mahu melayan. Baik dia tenangkan diri dan fikiran.
Hafiy mendengus apabila Hafhiz langsung tidak menghiraukannya. Dia mula memprovok.
" Takut kalah ke?! " Hafiy senyum sinis. Dia tahu kembarnya itu pantang dicabar.
Hafhiz toleh ke belakang dengan mata dipincing halus. Nampaknya dia sudah tercabar.
" Hm, mula dah. " Heidi yang melihat adik kembarnya hanya memutar bola mata. Dia labuh duduk di pesisiran pantai. Ditemani Helena di tepi yang mula membina istana pasir bersama Saleema.
" Siapa kalah, jadi imam solat isyak malam ni. " Hafhiz terus berlalu ke laut yang separas pinggangnya.
Hafiy senyum sinis.
" Jadi muazzin pun boleh lah! " Lagak Hafiy. Dia berlari ke sebelah Hafhiz.
" Sampai batu tu kita pusing. " Kata Hafiy dengan nada berlagak. Jari dituding pada sebuah batu besar di tengah laut yang tidak berapa jauh dari mereka.
Mereka berdua meregangkan tubuh.
Aunty Mariana di situ sudah bersedia dengan telefon mahalnya untuk merakam. Detik yang tak boleh disia-siakan. Bukan selalu dia boleh luang masa dengan anak-anak buah kesayangannya.
" I bet Hafhiz is going to win. " Ujar Hadif pada Hefzy. Tangan diseluk ke dalam poket seluarnya.
" Everyone thought so. " Ucap Hefzy bersahaja. Lihat pada gayanya, mustahil lah Hafiy boleh menang lawan Hafhiz. Hafhiz dulu pernah masuk acara renang di sekolah. Lagipun, Hafiy tak pernah menang kalau lawan dengan Hafhiz melainkan permainan catur.
Hefzy buka kerusi lipat. Dia duduk di situ, diam memerhati Saleema.
" What are they doing? " Hifzan yang baru muncul di situ menghamburkan soalan pada Hadif. Kedua manusia yang sibuk berenang di tengah laut itu dia pandang dengan muka tak percaya.
" We're having a small competition. " Jawab Hadif. Dia duduk tidak jauh daripada Helena dan Saleema. Niat nak bersantai aje, tapi dia tengok macam seronok pula buat istana pasir. Lebih baik dia join.
" What's the prize? " Soal Hifzan seperti berminat. Dah lama dia tak berenang, asyik sibuk saja dengan kerja.
" None. Siapa kalah kena jadi imam solat isyak malam ni. "
Hifzan hanya mengangguk kepala. Dia berlalu ke arah Habib.
" Mummy dengan daddy mana? " Rasanya tadi mereka datang bersama walaupun dengan tiga kereta.
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL
RandomGREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yang ceria cukup membuatkan keluarga Grey bahagia. Mempunyai tujuh orang...