- welkem bek
•••
Kembar disebelahnya dipandang menyampah. Muka comot dengan air mata bertaburan. Kalau boleh dia tak nak berada di sini sekarang, lebih baik pergi konvoi motor dengan rakan-rakannya. Tapi disebabkan desakan ibunya, dia terpaksa akur.
" Kau apa hal menangis? " Soal Hafhiz. Mata-mata yang memandang mereka hanya diabaikan. Tak pernah tengok orang menangis ke?
Hafiy diam sesaat sebelum menjawab.
" Kamu nanya? " Dia sambung tangisannya. Apa punya soalanlah Hafhiz ni. Sekarangkan mereka di lapangan terbang.
Sudah dua minggu sejak kepulangan Heidi, dan hari ini dia harus menjalankan misi di Jerman pula. Semua ahli keluarga Grey mengiringinya ke lapangan terbang.
Hafhiz jeling Hafiy.
Lagi beberapa jam sebelum Heidi perlu memasuki balai pelepasan, Hafiy dah mula menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
" Weh Heidi, jangan lama-lama dekat sana. Nanti beruk ni rindu kau. " Hadif menepuk bahu Heidi. Senyum nipis diberikan kepada adiknya.
" Tak lama kut. Seb- "
" Ah, lama tak lama. Kau ambil beruk ni angkut sekali, geram aku tengok menangis macam budak-budak. Jatuh imej aku. " Hadif menjauh sedikit daripada Hafiy. Tak mahu terlihat seperti ada kaitan. Sudahlah banyak orang di sini.
Hafiy yang mengabaikan kata-kata Hadif hanya teruskan menangis. Dia tak kisah. Ini menandakan dia ada bakat berlakon. Mana tahu dia boleh cuba ceburu bidang hiburan?
" Jangan layan abang you tu Helena! Jom kita menangis sama-sama. " Hafiy menarik pula lengan Helena untuk sertai aktiviti lakonannya.
Helena senyum dalam tangis. Tak tahulah nak bangga ke tidak ada abang macam Hafiy.
" Helena pun tak menangis, kau aje yang beria. " Hefzy pula menyindir. Mata dipincing halus pada Hafiy.
" Eh, suka hati akulah! " Hafiy jeling Hefzy. Mata dia, suka hati dialah nak menangis air mata darah sekali pun.
" Dahlah, kita dekat public ni. " Sampuk Hifzan. Hari ini dia ambil cuti bukannya nak tengok adik-adiknya bergaduh.
Heidi geleng kepala perlahan.
" Heidi. " Panggil Habib.
Terus saja Heidi menoleh.
" Ini doa naik kepal terbang. Takut kau lupa aje. " Lipatan kertas kecil dihulur pada Heidi.
" Terima kasih. " Heidi sambut huluran itu.
Habib mengangguk sekali sebelum memeluk tubuh abangnya itu.
" Fi hifzillah. "
Heidi menepuk belakang Habib beberapa kali. Dia pandang pula mummynya yang sedang mengelap tubir mata dengan sapu tangan.
" Idi tak pergi lama lah, mummy. Dua minggu aje, lepastu nanti Idi cuti panjang kita buat family day. " Heidi memeluk tubuh ibunya lama. Baru saja nak lepas rindu, kena pergi mission lain pula.
" Jaga diri okey? You tu perwira negara, jaga diri betul-betul. Jangan kena tembak! Mummy akan selalu doakan you, Heidi Dahlan. " Puan Dairisya menyeka air mata. Rapuh hatinya sebagai ibu apabila anaknya perlu berada jauh daripadanya.
" Macam mana nak elak kena tembak, mummy? Cuba buat tutorial. " Kata Hadif. Wajah polos ditayangnya sambil menghirup secawan minuman yang dibelinya tadi.
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL
De TodoGREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yang ceria cukup membuatkan keluarga Grey bahagia. Mempunyai tujuh orang...