Kunci pintu dibuka dahulu sebelum Alliya melangkah masuk ke dalam kedai, Suis yang berada di sebelah kanan pintu ditekan sebelum remote aircond diambil lalu menghalakan ke arah aircond.
Selepas Alliya meletakkan kembali remote aircond di tempatnya semula, dia mendengar loceng yang terletak di atas pintu berbunyi-menandakan ada orang yang masuk ke dalam kafe. Alliya memalingkan wajah memandang ke arah pintu, maka terserlahlah senyuman di wajah Saiful.
"eh... Cik Yaya sorang je? Mana bos?" Sepasang mata milik Saiful ligat mencari kelibat Azisya.
"Dia tak masuk kerja hari ni. Migraine"
Saiful hanya mengangguk mengerti.
"Lagi satu, hari ni kita berdua ja. Maya dengan Su ada kelas ganti, Reza jaga adik dia dekat hospital. So, hang kena tolong aku dekat depan." Alliya memberi amaran dengan nada agak keras.
Dia tahu Saiful sangat selesa dengan kerjanya kerana hanya perlu berada di Barista Area. Sejak dua menjak ini jarang pelanggan dine-in di kedai, jadi kurang permintaan air.
Terus Saiful membuat muka tidak suka.
Belum sempat Saiful merungut, Alliya lagi cepat memotong.
"Aku tahu hang tak suka. Nanti aku up la sikit gaji hang."
Dengan sepantas kilat senyuman mula muncul di wajah Saiful.
"Thank you Cik Yaya. Saya berjanji akan menjalankan tugas saya dengan sempurna hari ini"
.
.
.
.
"Saiful! Air meja nombor 3 mana?" Alliya menyoal sedikit kuat di kaunter air apabila pesanan meja nombor 3 masih belum siap.
Kakinya melangkah laju ke arah dapur belakang untuk meletakkan piring dan gelas kotor.
"Kejap Cik. On the way! "Tangan Saiful kalut mengacau air tanpa henti.
Alliya terus berlari mengambil makanan pelanggan meja bernombor 8. Masing-masing sudah pecah kepala. Entah kenapa hari ini tiba-tiba ramai pelanggan menyerbu kafe mereka.
Selepas kek pandan dapat dicapai, Alliya dengan pantas meletakkan kek itu di atas pinggan lalu bangun kemudian bergerak pantas ke arah meja bernombor 8.
Suasana menjadi agak kelam kabut. Tak pernah dalam sejarah AS Café, pelanggan datang seramai ini. Sehinggakan pada kaunter ramai pelanggan yang beratur untuk membeli kek. Disebabkan tiada pekerja yang menjaga di kaunter, pelanggan terpaksa duduk di kerusi menunggu.
Syed Faiq menolak perlahan pintu kafe. Dia tersenyum apabila melihat AS Café dipenuhi dengan pelanggan. Sedangkan meja bernombor 10, iaitu meja yang sering dia meluangkan masa juga diduduki. Selalunya pada waktu sekarang, pelanggan tidak ramai dan suasana tenang sahaja tetapi sekarang telah berubah.
Ketika Syed Faiq sedang ralit memerhati suasana kafe, Alliya melintas di hadapannya sebelum meletakkan air dan kek pada meja bersebelahan tempat Syed Faiq sedang berdiri. Baru sahaja Syed Faiq hendak menegur, laju sahaja Alliya bergerak ke kaunter air untuk mengambil minuman sebelum dihantar ke meja lain.
Bibir Syed Faiq ternaik sedikit. Kelakar pula melihat Alliya yang kelihatan sangat serabut ketika ini. Daripada gayanya, Syed Faiq dapat meneka yang Alliya jarang melayan pelanggan. Dia kelihatan agak kekok memegang pinggan kek dan gelas serentak.
Syed Faiq menyinting lengan baju kemejanya sehingga ke paras siku sebelum dua butang teratas dibuka. Dia melangkah ke arah kaunter minuman, lalu mengangkat pinggan kecil yang diatasnya mempunyai secawan penuh coconut shake dan nombor 2, iaitu nombor meja.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs Monseiur Revamp
Любовные романыKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...